BAB 31

728 17 1
                                    

TIADA apa-apa yang menarik sepanjang aku bercuti semester melainkan aku yang setiap minggu beating dengan Dr. Rina. Dan setelah itu aku kebiasaannya akan menghabiskan masa di kampung. Dengan Hilman pun aku jarang berjumpa. Kali terakhir adalah ketika aku dan keluargaku diajak untuk makan malam di rumah daddynya.

Alhamdulillah semua berjalan dengan lancar meskipun pada awalnya aku rasa seperti jantung mahu loncat ke tekak sebaik sahaja berdiri di hadapan ahli keluarga Hilman. Walaupun aku pernah jumpa mereka dulu, tapi kali ini lain kerana status kami dah berubah.

Nasib baik mereka semua ramah. Abiku dan Dato Uzair pun boleh sekepala. Rancak bertanya itu dan ini macam dah kenal lama. Umiku dengan Datin Shafa, hmmm... Aku nampak pada mulanya yang umiku agak kekok. Mungkin sebab Datin Shafa muda. Tapi, dengan Datin Shafa yang gaya ibu-ibu sebaya umi, mereka akhirnya berbual mesra. Lega!

Dan sekarang, berlalu sudah cuti semester. Ucapkan selamat kepada semester enam. Secara teknikalnya adalah semester terakhirku kerana selepas ini semua pelajar akan mula internship.

"Hazel. Hazel-nut butter! Rindunya aku kat kau!" jerit Sabiha seraya memelukku.

Deja vu? Aku gelak. Aku rasa tiap-tiap semester baru dibuka, itulah ayat rasmi Sabiha bila kami berjumpa.

"Aku pun rindu kau juga," kataku.

Memang betul aku rindukannya. Sabiha orang Kelantan. Sepanjang cuti sester, memang kami tak pernah berjumpa. Hanya media sosial la tempat kami berrhubung. Dia  tak perlu jumpa supervisor macam aku. Jangan tanya aku kerana sebab aku dan Sabiha berlainan supervisor.

Sabiha ambil tempat duduk di tepi ku. Pagi ini kami punya kuliah Partial Differential Equations. Dewan kuliah ini hanya  menempatkan  rakan sekelas ku seramai empat puluh lima orang. Tapi bisingnya memang dahsyat. Memang semua jadi hiperaktif bila kembali bertemu.

"Aku suka sem ni. Banyak masa free. Tak adalah penat sangat. Khamis cuma kelas pagi. Jumaat tak ada kelas. Lepas tu Isnin kelas start pukul sepuluh. Heaven gila,"    kata Sabiha. Mesti dia dah teliti jadual kelas kami.

Sabiha memang dah daftar semua subjek untuk semester ni. Aku belum lagi. Malas. Kelas pagi ni pun aku tanya Sabiha.

"Wow... Heaven. Aku sayang orang yang aturkan jadual kelas ni." Aku turut setuju. Teruja. Habis kelas pagi Khamis dah boleh cabut. Pagi Isnin balik kampus pun tak apa. Boleh cuti lama-lama. Yay!

Kemudian nampak Sabiha seperti mengeluh. Kenapa?

"Tapi sem ni tunang hot kau dah tak ajar kita. Aku sedih."

Pap! Aku tepuk bahuuu Sabiha kuat-kuat. Buat tak peduli dengan suara ikan lumba-lumba Sabiha yang menyeringai kesakitan, mata laju memandang sekeliling. Tapi aku kosong. Tapi Sabiha tak ada orang. Orang di depan dan belakang kami sibuk bercerita. Lega! Nasib baik tak ada orang dengar. Buat pertama kalinya aku bersyukur dengan suasana pasar ni. Membant menenggelamkan suara Sabiha tadi.

"Kau ni... Kau nak semua orang dengar ke?" marahku. Sememangnya cuma Sabiha yang tahu aku dan Hilman Selamat bertunang. Biarlah mereka ingt aku masih bertunang dengan Iwan, aku peduli apa.

Sabiha sengih tak bersalah.

"Relaks la. Bukannya ada orang dengar pun. Aku dah scan kiri kanan sebelum cakap," cebik Sabiha. Yalah tu!

"Kau nak dengar gosip tak?" tanya Sabiha pula.

"Apa dia?" Suara malas. Cik presiden dan gosip memang tak boleh dipisahkan. Tiap kali semester dibuka, tiap kali itulah gosip baru muncul. Biasanya mesti berkaitan dengan staf baru masuk. Sebagai presiden persatuan, memang Sabiha cepat dapat info.

"Sem ni ada lecturer baru masuk."

Automati aku juling mata ke atas. Kan aku dah cakap. Deja vu kuasa dua! Aku cuma diam, menunggu Sabiha menyambung kata. memuji melambung-lambung betapa pensyarah baru itu bikin dia tak boleh tidur atau penyebar virus T.I yang baru. Hai... Ada pesainglah Dr. Hilman lepas ni.

DR. ALPHA MALEWhere stories live. Discover now