BAB 32

953 22 0
                                    

APA yang paling dibenci untuk sebuah lakonan? Ya... Masa rehearsal. Nak menghafal dialog satu hal. Nak menjiwai watak satu hal. Lepas tu kena cari chemistry dengan watak-watak lain. Kenapa aku macam tak puas hati?

Sebab aku kena jadi Snow White! Benci betul aku. Rasa nak cekik siapa yang undi setuju nama aku itu. Salah seorangnya adalah Sabiha. Berdekah-dekah ketawa Si Sabiha lepas dapat tahu. Katanya aku sepatutnya jadi salah seorang orang kerdil. Cis! Dia beruntung kerana dia cuma terlibat dengan props. Dengki betul aku. Kenapa nama dia selalu terlepas dan kenapa nama aku selalu terpilih? Tak puas hati!

Semua yang terlibat berkumpul di bilik Pelajar Zon. Tempat yang selalu kami gunakan untuk berlatih. Dah beberapa kali kami berlatih. Kadang-kadang terserempak juga denan budak semester lain yang turut sama berlatih persembahan mereka.

"Oh, buah epal? Tapi say sua buah oren. Kenapa tak bawakan saya buah oren?" Aku baca skrip yang diberikan.  Dialog bila ahli sihir bagi buah epal untuk digigit Snow White. Parodi sangat. Siapalah yang tulis skrip ni?

"Nasib baik masih buah epal dan tak tukar jadi buah oren. Kalau tak jenuh aku nak kopek kulit oren atas pentas nanti," bebelku kepada Sabiha. Sabiha  gelak dengan kata-kataku.

"Kenapalah tak buat aje Charlie Chaplin? Tak payah aku buka mulut. Senang," bebelku lagi. Makin kuat Sabiha ketawa.

"Aku rasa memang gelak habis masa kits perform nanti. Kelakar gila kut story line persembahan kita."

Aku tahu. Dan setuju. Parodi separodinya. Kami cuma gabungkan fairy-tale. Cinderella, Beauty and The Beast, Snow White dan Sleeping Beauty. Kiranya ada lapan tunggak utama termasuk aku. Menjadi cabaran kepada si tukang tulis skrip untuk gabungkan cerita-cerita itu.

Dan bila kali pertama aku baca cerita tu, aku hampir gelak guling-guling. Yang paling ta boleh blahnya adalah pada hampir ke pengakhirannya, ketika babak Snow White dan Puteri Aurora tertidur. Kami  gabungkan serentak. Kemudian dua Prince Charming datang nak selamatkan mereka. Boleh pula mereka main osom untuk pilih puteri mana yang nak dicium. Sengal betul.

"Hazel, dah ready belum? Lepas ni scene kau dengan Muiz," panggil Hawa yang jadi tuan pengarah kali ini.

Aku mula bersedia untuk ambil alih babakku dan Muiz. Ya... Kali ni, dia jadi Prince Charmingku. Jangan risau, dah tentu tiada adegan bercium. Gila kau nak letak adegan tu? Mahu kena tepuk Si Muiz tu dengan Hilman. tak pasal-pasal jadi kenduri arwah masa majlis makan malam  kami itu.

Tak payah tunggu Hilman bertindak. Kalau Muiz berani nak pegang aku, itu namanya minta tanganku ke pipiku. Kalau berani cium aku, itu namanya minta kakiku ke mulutmu. Lakonan kami versi sihat. No touching-touching. No kissing-kissing.

BILIK yang agak bising itu tiba-tiba sunyi. Semua pandangan tertumpu pada pintu masuk. Dr. Hilman menapak dengan penuh gaya ke dalam bilik itu. Ada Dr. Alana di belakangnya.

"Dr. Hilman dan Dr. Alana nak tengok kita practice," kata Hawa.

Aku teguk liur. Kurang senang. Kenapa dia nak tengok? Tak boleh la aku nak berlakon kalau Hilman ada. Rasa semacam aje. keras habis bahasa tubuhku.

"Just ignore us," kata Dr. Hilman. Ya... Macamlah boleh!

Dr. Hilman cuma berjalan ke sekeliling bilik itu. Melihat ativiti-aktiviti yang sedang dilakukan oleh semua orang. Bilik itu hari ni cma dipenuhi oleh rakan-rakan sekelasku. Setiap sudut dieksploitasi oleh kami. Ada yang siapkan props, tengah melukis dan ada juga yang tengah berlatih dialog.

Beberapa minit berlalu, aku rasa mula selesa dengan kehadiran dua pensyarah itu. Walaupun sedikit frust dengan Hilman yang langsung tak pedulikanku, tapi aku faham. Sebelum kami bertunang, itulah gayanya. Dan selepas kami bertunang, tiada apa yang berubah kalau di universiti. Dia tetap pensyarahku. Hilman memang seorang yang professional.

DR. ALPHA MALEWhere stories live. Discover now