JAM di tangan menunjukkan pukul sebelas pagi. Tapi suasana di sekitar tanah lapang yang dipenuhi dengan pelbagai kanopi itu dah meriah dengan orang ramai. Hari ini merupakan hari keusahawanan untuk Fakulti Matematik dan Sains Komputer.
Setiap program diwajibkan untuk membuka sekurang-kurangnya satu booth jualan ataupun promosi. Usahawan-usahawan luar juga dipanggil untuk membuka booth jualan. Ada yang jual tudung, baju, buku dan macam-macam lagi. Tahun ini, hari keusahawanan turut terbuka untuk orang-orang luar dan gara-gara itulah tempat ini kian dibanjiri umat manusia.
Aku kipas-kipas muka sendiri menggunakan kertas A4 yang dilipat dua. Panas membahang. Dari pukul sepuluh sampai dua petang, aku ditugaskan untuk menjaga booth jualan bersama beberapa rakan dan juniorku. Kali ini, program kami membuka booth menjual hasil seni yang dibuat khas oleh orang-orang tua yang kreatif. Dalam menjual, kami juga boleh membantu mereka pada masa yang sama.
"Hazel, bagi aku air." Anas muncul di sebelahku. Muka keletihan. Sedari tadi suara dia lantang mempromosi barangan booth kami. Itu yang boleh tahan ramai juga yang singgah memberi. Nak harapkan aku memang tak la. Tarik simpati aku legend. Nak tarik minat suruh beli tu memang aku fail la. Haha.
"Nah. Cas balik energy kau, Nas. Suara kau aje yang jadi magnet tarik prang ke sini," ujarku sambil menghulurkan sebotol air mineral kepada perempuan itu.
Anas cuma ketawa sebelum teguk rakus air jernih itu. Kemudian dia kembali bangun untuk jalankan tugasnya. Gigih! Mahu tak gigih semua orang? Pihak atasan dah wajibkan yang jualan hari ini kena mencecah seribu ringgit. By hook or by crook,memang kena pastikan target itu tercapai.
Pening kepala dibuatnya. Semua kena ikhtiar dengan cara masing-masing supaya booth jualan kami mendapat sambutan yang hangat. Apa strategi aku?
"Weh... Hot gila mamat tu!" Aku dengar Anas bersuara. Tanganku dicuit perlahan. Terus aku menoleh ke arah itu.
Ada seorang jejaka tinggi lampai yang segak berbaju kemeja hitam yang dilipat lengannya hingga ke siku dan berseluar slek hitam sedang berjalan sambil memerhati booth sekeliling seakan-akan mencari sesuatu.
Hai la... Tak pernah tak pakai baju kemeja dan seluar slek hitam tiap kali aku jumpa dia! Nasib baik blazer hitam dah campak jauh-jauh hari ini.
Apabila dia terpandangkan ke arah booth kami, dia melangkah yakin ke arah kami. Bersama itu, beberapa pandangan orang sekeliling turut mengikut langkahnya. Terutama sekali mata anak gadis. Aku baru perasan di belakangnya, ada seorang gadis cantik yang turut mengikut.
"Dheo!" Lebar-lebar aku sengih bila dia mendekat. Datang juga dia akhirnya. Inilah strategiku. Aku akan pastikan Dheo beli barang-barang di sini nanti. Haha.
"Hazel," tegur Dheo sepatah.
"Hai, Nurissa." Lagi lebar sengih aku bila Dheo bawa Nurissa sekali. Bukan main aku berdrama ketika aku mengajaknya ke sini dulu. Menyuruhnya untuk membawa Nurissa sekali. Nasib baik Dheo mengikut kataku.
Nurissa senyum manis.
"Hai, Hazel."
"Ni... Kawan saya, Farhanah. Tapi orang panggil dia Anas." Aku memperkenalkan Anas yang sedari lagi kejung tengok orang kacak macam Dheo ni singgah di booth kami. Melalui gaya Dheo, semua orang dah boleh agak yang Dheo memang bukan calang-calang orang.
"Anas, ni Dheo, kawan aku. Dan ni Nurissa, kekasih dia. Eh... Silap, kawan dia." Sinis senyumanku bila melihat riak wajah dingin Dheo yang berubah manakala muka Nurissa puas tiba-tiba jadi merah. Suka aku kenakan mereka berdua ni. Kan aku dah cakap dulu. Aku dapat rasakan mereka berdua ada apa-apa.
Mereka semua cuma berbalas senyuman sebelum Anas minta diri untuk menyambung tugasannya. Maka, tinggallah kami bertiga.
"Tengoklah apa-apa yang menarik. Awak berdua kena beli. Kalau tak saya tak kasi balik!" Sempat aje aku mengugut mereka berdua.