BAB 8

1K 25 0
                                    

SATU malam aku tak tidur. Satu malam aku berfikir tentang cara-cara untuk mengatasi masalah ini. Anas dan Adira turut menghubungiku semalam. Aku cuma tadah telinga apabila dibebel. Aku tahu mereka marah denganku. Dan sebab itulah aku berjanji akan cuba merayu dengan Dr. Hilman.

Maka, terpacaklah aku  di depan pintu bilik berwarna coklat itu pada keesokan harinya. Lima minit aku berdiri, tulisan terukir pada pintu itu tak berubah-ubah. Tetap juga tertulis Dr. HILMAN UKASYAH. Rasa tangan seakan-akan lumpuh untuk dilayangkan ke pintu kayu itu.

Ya Allah... Lembutkanlah hati Dr. Hilman hari ini. Semoga semalam dia mimpi indah dan hari ini hatinya berbunga-bunga. Aku berdoa. Kuatkan semangat sendiri dulu. Sempat dibaca-baca ayat penenang hati sebelum aku menggigihkan diri untuk mengetuk pintu itu.

Tiga kali ketuk, akhirnya suara penuh authority dari dalam menyahut.

"Masuk."

Telan liur dulu. Masuk aje suara macho ke telingaku, tiba-tiba kaki terus menjadi jeli. Tiba-tiba keberanian yang aku kumpul tadi runtuh. Tiba-tiba juga kakiku rasa ringan nak lari.

Hesy... Jangan nak buat hal, Hazel! Aku tarik nafas dalam-dalam. Tepis segala setan yang menghasut sebelum tombol pintu dipulas.

Maka... Tegak berdirilah aku di dalam bilik Dr. Hilman, berhadapan dengan mejanya. Dr. Hilman hari ini di atas kerusi empuk ya. Ada beberapa helai kertas bertaburan di atas meja kerjanya itu. Seketika kemudian, dia angkat wajah.

"Yes, Hazel! What can I help you with?" soalnya. Wajahnya tak senyum, tak juga marah. Menanti kata daripadaku.

Haaa... Apa aku nak cakap kat dia ni? Semalam bukan main menghafal karangan. Menghadap aje mata coklat tua di pagi ni, subjek ke laut, predikat ke darat. Hilang semuanya.

Aku berdehem dulu. Dia masih senyap.

"Saya nak jumpa Dr.," jelasku.

"Obviously. Sebab awak bukan berdiri dalam bilik depan fakulti." Sindirannya memang kelas satu.

"Saya... Saya nak minta maaf sebab tak datang kelas Dr. semalam." Aku memberanikan diri untuk bersuara.

"Oh, awak ke yang tak datang kelas saya semalam?" Dia menyindir lagi.

Aku cuma telan sajalah sindirannya itu.

"Saya minta maaf sebab tak datang semalam. Saya nak minta jasa baik Dr. untuk beri peluang kedua kepada kumpulan saya." Aku memberanikan diri untuk berkata.

"So, mana MC?" Pintanya.

"Hah?" Aku tercengang.

"Surat sakit yang mengatakan kenapa awak tak datang kelas saya semalam. Atau surat lain yang bertandatangan Encik Faizul?" Sekali lagi dia meminta.

Aku terdiam. Semalam sibuk tulis karangan. Tak sempat nak tulis surat. Kalau aku tulis surat, nak auta apa? Saya tak datang ke kelas Dr. kerana saya sibuk keluar dating dengan tunang saya? Huh... Silap-silap dia gumpal kertas tu, lancar masuk kerongkong aku.

"Tak ada surat? So, no second chance," jawabnya mudah.

"Tapi..."

"Told you before, don't mess with me." Suaranya keras semalam. Aku tunduk. Tak sanggup nak tenung mata tajamnya itu. Seram.

Seketika kemudian aku dengar dia mengeluh. Kemudian dia bersandar ke kerusinya sambil merenung wajahku.

"Let's hear your excuse. Where were you yesterday?" soalnya.

Soalan itu sayangnya tak membantu langsung. Rasa makin terjerut leherku. Nak bagi jawapan jujur atau tak? Aku teguk liur lagi.  Aku rasa hari  ni aku dah tak payah makan tengah hari sebab kenyang dengan air liur sendiri.

DR. ALPHA MALEWhere stories live. Discover now