BAB 38

605 20 0
                                    

Sorry.
Got an urgent meeting to attend
suddenly.
Maybe kita kena  postpone ke besok.

AKU mengeluh selepas baca mesej WhatsApp daripada Hilman. Terus aku campak telefon pintarku ke atas sofa hitam itu. Malas nak balas balik. Geram!

Hujung minggu macam ni la nak ada mesyuarat bagai! Postpone lagi! Masuk ni dah kali ketiga. Hilman dah berjanji denganku untuk teman aku pergi survey komputer riba baru  sebab komputer riba lamaku tiba-tiba kena serang penyakit hidup segan mati tak mahu. Kenapa? Sebab komputer riba aku  ni selalu tiba-tiba tertutup dengan sendirinya.

Akhirnya Hilman yang cadangkan supaya aku cari komputer riba baru memandangkan semester ni memang  banyak gunakan khidmat komputer riba. Dah lama kami ingin keluar mencari, namun ada sahaja halangan yang melanda.

Aku mengeluh. Remote control TV Plasma enam puluh inci itu ditekan. Mencari siaran yang sesuai untuk menghiburkanhati yang tengah kesunyian ni. Namun lepas dari awal sampai akhir siaran Astro tu aku tekan, semuanya hambar. Lantas aku tekan punat Off.

Terus baring atas sofa empuk itu. Sambil tenung siling putih bersih itu. Penthouse Hilman. Kali kedua aku ke sini. Kali pertama adalah ketika malam date pertama kami dulu. Ya... Hilman cuma ajak aku makan  malam di rumah ni. Katanya, biarlah kali pertama kami date menjadi  kali pertama dia perkenalkan rumah kami. Rumah kami!

Mengingatkan date pertama kami itu buatkan aku tersengh sendiri. Malam tu, kami jadi sahabat. Kami berbual mesra. Setiap detik dipenuhi dengan saat bahagian. Terasa bagaikan kami dah kahwin lama. Boleh dikatakan Hilman menjadi seseorang yang berbeza bila bersama aku. Hanya bila bersama aku. Dan sekarang, sedar tak sedar genap seminggu aku bergelar isteri Hilman.

Tapi satu masalah Hilman ni. Over protective. Ke mana-mana sahaja jangan bersendirian. Kalau bukan dengan dia, dia akan suruh aku ajak Sabiha. Tak pun bodyguard tak bergaji baru aku. Siapa lagi kalau bukan adinda ipar aku Si Gorila Kuning Hariz tu?

Macam pasal komputer riba ni. Bukan tak boleh aku keluar survey seorang-seorang, tapi Hilman tak izinkan. Dia risau kalau jadi apa-apa. Tapi macam ni la jadinya. Tiap kali janji, mesti ada hal  dan tertangguh lagi. Sampai bila nak macam ni?

Jadi... Memandangkan Sabiha ada hal, keluar pula dengan si gorila kuning tu, jadi aku membuat keputusan untuk  keluar sendirian hari ni. Keluar bukannya lama. Bukannya  jauh. Aku terus duduk dari perbaringan. Daripada  aku bosan mereput seorang-seorang di dalam rumah ini, ada baiknya aku keluar  sekarang. Dah lama aku tak jadi lone ranger.

I guess... One survey doesn't hurt!

NIAT untuk keluar survey laptop baru semata-mata terus bertukar sebaik sahaja aku lalu di depan Golden Screen Cinemas. Kalau dah namanya kaki wayang, memang aku dapat rasakan kakiku bagaikan tertarik-tarik untuk melangkah ke kaunter jual tiket.

Akal berkata jangan, tapihatiberkata pergi. Penat nak berperang dengan diri sendiri, akhirnya aku ikutkan kata hati. Sebab kalau ikutkan aku memang dah lama tak tengok wayang. Apa yang bahayanya kalau setakat tonton wayang?

Ya... Masa menoton wayang memang tak ada apa-apa. Aku lupa fikirkan kesan selepas menonton tu. Wayang tamat tepat-tepat pukul lapan malam. Berkejar aku cari Subaru untuk solat maghrib yang hampir ke penghujung waktunya.

Bateri Telefon pula memang dah kosong. Aku lupa nak cas sebelum keluar tadi. Tiba-tiba teringatkan Hilman. Aku sebenarnya tak bagi tahu dia tadi. Sebab aku memang cadang nak balik sebelum dia balik.

Usai solat maghrib, aku terus berlalu ke kereta.  Dalam kereta  sekurang-kurangnya ada tempat mengecas. Aku kena hidupkan telefon cepat-cepat sebab aku tahu mesti Hilman sedang mencariku sekarang. Aku dapat bayangkan muka  Incredible Hulk Hilman lepas aku berjaya dijejaki. Apatah lagi kalau dia tahu aku keluar sendirian.

DR. ALPHA MALEWhere stories live. Discover now