BAB 11

838 14 1
                                    

HARI Khamis. Huh... Mengeluh! Mahu ponteng lagi? Tidak sama sekali. Kalau aku kena strok pun aku memang akan seret badanku ke kelas Dr. Hilman. Tak nak ulang salah yang sama. Trauma dowh!

Tak ada semangat langsung bila aku masuk ke kuliah Research and Statistics. Aku duduk di tempat biasa. Semestinya dengan Sabiha. Dewan kuliah macam biasalah kalau tiada pensyarah. Mengalahkan pasar bisingnya.

"Dah settle ke?" soal Sabiha.

Aku cuma angguk. Hujung minggu aku berhempas-pulas siapkan slide pembentangan untuk minggu ini. Aku yang gabungkan kesemuanya. Memang banyak kerja aku. Tapi aku memang rela hati kerana mahu menebus segala kesilapanku. Harus berikan yang terbaik kerana kumpulan kami agak ketinggalan.

Beberapa minit kemudian, hiruk-pikuk dewan kuliah makin mereda sebelum berhenti sepenuhnya. Maksudnya cuma satu. Dr. Hilman dah tunjuk remos dia.

"Afternoon, class," sapa Dr. Hilman. Mata melilau sekeliling dewan kuliah. Dia ada kuasa magis ke? Atau mata kuasa CCTV? Dapat kesan siapa tak datang kelas dia dengan sekali imbas?

"Okay, class! We proceed to our today's topic," kata Dr. Hilman sambil menukar slaid pembentangannya.

Semua mata tertumpu pada skrin besar di tengah-tengah dewan. Semua khusyuk mendengar. Aku juga turut keluarkan buku nota untuk menyalin isi-isi penting syarahan Dr. Hilman.

"KALAU tiada sebarang persoalan, bolehlah kita mulakan pembentangan. Kumpulan siapa dulu?" Mata Dr. Hilman pandang sekeliling dewan kuliah.

Sunyi.

Dr. Hilman capai satu kertas.

"Okey... Disebabkan tiada yang rela hati, saya mudahkan kerja awak semua. Presentation bermula mengikut nama ketua kumpulan. Alphabetical order. So, first group, please lend them your ears or do your works quietly," seru Dr. Hilman selamba.

Dr. Hilman berjalan dan duduk di atas kerusi pelajar yang paling depan. Terkocoh-kocoh aku nampak satu kumpulan yang terdiri daripada dua lelaki dan tiga perempuan berlalu ke depan dewan kuliah. Kumpulan pertama yang dipanggil Dr. Hilman.

Kemudian baru perasan sesuatu. Kumpulan pembentangan ikut nama ketua kumpulan. Ketua kumpulanku adalah aku. Namaku bermula dengan huruf T. Aku dapat rasakan kumpulanku bakal menjadi kumpulan terakhir.

Aku mendengus perlahan. Sabiha pandang aku. Sebelum dia tanya, aku terus bersuara.

"Nama aku T. Berjanggutlah kita nak tunggu kumpulan kita." Dahlah minggu lepas tak bentang. Minggu ni pula bentang di penghujung waktu. sabar aje la.

"Nak buat macam mana. Dah Dr. Hilman tanya siapa nak volunteer, tak ada yang nak. Dia ikutlah kepala sendiri," balas Sabiha.

Aku mengeluh. Semua orang gerun untuk menjadi kumpulan pertama. Tapi, semua memang tak nak jadi kumpulan terakhir. Jenuh nak tunggu. Apa nak buat? Bila aku pandang sekeliling, semua dah buat kerja masing-masing.

Sabiha sibuk dengan telefon pintarnya.  Tengah sibuk dengan tugas presiden la tu. Adira dan Anas pun turut melakukan kerja sendiri. Akhirnya aku turut buka komputer riba, sambung baca jurnal. Hanya itu yang boleh dilakukan untuk mengisi masa lapang.

Sedar tak sedar, lagi lima minit jam menunjukkan pukul lima petang. Kelas dah nak habis. Aku tak tahulah berapa banyak lagi kumpulan yang belum bentang. Bentang  cuma lima minit. Kurang tak apa, tapi jangan lebih. Nanti kena potong markah.

"Kelas dah nak habis. Kumpulan yang dah siap tu, bolehlah balik dulu. But, please keep quiet. Do not disturb your friends here. Masih ada dua kumpulan yang belum present. Kumpulan Syarifah Fazira binti Syed Hamidi dan kumpulan Tristin Hazel binti Tahir.

DR. ALPHA MALEWhere stories live. Discover now