"Hazel, bangun, sweetheart. Dah pukul tujuh ni. Lepas ni ada ceramah." Aku dengar suara Hilman mengejutku.
Aku cuma mengeluarkan bunyi. Mata masih terkatup. Malasnya nak tinggal katil. Baru setengah jam aku sambung tidur lepas solat subuh tadi. Bagilah aku tidur lagi.
"Hazel!" Terasa tubuhku digoncangkan sedikit. Kemudian dahiku diraba.
"Hazel, Hazel demam ni. Tak payahlah pergi."
Haaa... Yang tu buatkan aku terus buka mata. Nampak Hilman dengan kening yang berkerut sedikit. Sesuatu yang selalu aku perasan bila Hilman risaukan sesuatu.
"Eh, mana boleh! Kalau tak pergi baik tak payah datang."
"Tapi, Hazel kan tak sihat. Berehat aje la dalam bilik," nasihat Hilman.
Aku terus duduk dari perbaringan. Pening sikit bila aku berubah posisi tapi tak kupedulikan itu semua. Hilman yang cuma berseluar slek hitam itu dipandang.
"Tak kira. Hazel nak pergi juga!" Aku berdegil. Tak tahulah kenapa aku terlebih rajin. Mungkin menyenangkan kebosanan tahap maksima bila terpaksa terperuk di dalam bilik tidur.
"Hazel..."
Kata-kata Hilman itu mati sebaik sahaja mendengar bunyi loceng ditekan dan pintu diketuk beberapa kali. Kami sama-sama pandang pintu bilik.
"Hilman!" Suara Dr. Alana.
Kami saling berpandangan. Kejung sesaat.
"Menyorok dalam bilik air," arah Hilman.
Tanpa membuang masa, selimut tebal terus diselak dari tubuh. Berdesup aku lari masuk bilik air. Pintu ditutup rapat. Berdebar. Haraplah tiada petanda yang menunjukkan ada perempuan tidur dalam bilik Hilman.
Senyap. Gara-gara sikap ingin tahu yang menggunung tinggi, daun pintu bilik air ditarik sedikit. Cukup untuk aku mengintai. Nasib baik pintu bilik air menghadap pintu bilik. Jadi aku boleh tengok apa yang mereka berdua buat.
Hilman buka pintu bilik. Dr. Alana dah terpacak dengan senyuman manisnya. Walaupun dari jauh, sempat aku menangkap mata Dr. Alana yang mengusyar tubuh Hilman. Dua kali! Nasib baik pintu ni pintu kayu. Kalau tak mahu tembus menyenangkan betapa dalamnya kukuku mencengkam. Sakit hati!
Pagi-pagi lagi dah cari laki orang! Yang Hilman ni pun satu. Pergi buka pintu tak pakai baju tu kenapa? Meluap-luap api kemarahan dan cemburuku. Apatah lagi bila mendengar gelak ketawa Hilman dan Dr. Alana yang aku tak tahu berpunca daripada apa.
Dengan sakit hati yang menggunung, pintu bilik air kembali dikatup. Pakaian semalamku dicapai. Dah kering. Tanpa membuang masa, baju kemeja putih Hilman ditanggalkan lalu aku sarungkan pakaianku ke tubuhku. Siap bertudung. Bila aku siap semuanya, aku buka pintu bilik air. Ketika itu, Hilman baru tutup pintu bilik.
"Bila bersiap?" Hilman sedikit pelik.
Mana nak perasan kalau tengah seronok bergerak tawa dengan perempuan lain.
"Abang ni memang sengaja, kan? Dah tahu Dr. Alana kat luar, tapi abang still buka pintu shirtless, kan?" Serangku tanpa mempedulikan soalannya.
Hilman tunduk pandang tubuh sendiri.
"Mana ada. Demi Allah abang langsung tak perasan. Dalam kepala abang ni cuma abang tak nak dia perasan Hazel ada dalam bilik abang," jelas Hilman.
"Yalah tu. Padahal abang memang suka kalau berjaya tarik perhatian perempuan. Tak pun abang sengaja sebab abang tahu Alana kat luar. Dia tu... Buat apa cari abang pagi-pagi lagi?"
"Mana ada, sayang. Abang tak nak perhatian perempuan lain. Cukuplah Hazel sorang. Alana cuma ajak abang keluar breakfast sebelum pergi seminar." Suara memujukku.