"JERK! Awak dah buka aib orang!" marahku kepada Hilman. Ketika itu kami cuma tinggal berdua. Jauh Dari mata khalayak.
Dia cuma selamba memandangku. Langsung tak ada riak bersalah.
"Saya cuma jalankan tugas saya sebagai khalifah bumi untuk menegakkan kebenaran. False accusation has to be mended. Right the wrong. Tell the truth. It's how our world revolves, my dear," balasnya pula. Seenak bahasa kerongkong dia aje nak 'my dear' kan aku!
"Tapi cara awak tu salah. Tak patut cakap depan semua orang kampung."
"Well again, I'm a jerk. Do I look like I care?" Itu pula jawapannya. Sakit pula hatiku yang mendengarnya.
"Apa yang Salah? Dia orang bercerita pasal awak. Kutuk awak macam-macam. It's very wrong," sambungnya. Suara agak marah di hujungnya. Macam tak puas hati orang kutuk-kutuk aku.
"Mulut orang, memang kita tak boleh tutup. Biarlah apa orang nakkata. Saya peduli apa. Awak pun sepatutnya jangan peduli apa orang cakap pasal saya." Aku dah lama tutup mata, pekakkan telinga dengan persepsi semua orang.
Hilman tersenyum herot. Okey... Aku sangat tak suka bila senyum spesies tu terukir di bibirnya. Lawa. Selawat bahasanya yang baka keluar lepas ini, yang aku gerenti menjadi pemangkin kakiku ke muka orang!
"Siapa cakap semuanya sebab awak? Saya cuma nak selamatkan orang kampung ni daripada tanggung dosa fitnah. Fitnahkan lebih teruk daripada pembunuh. Sekarang semua dah tahu. Lepas ni kalau nak mengumpat, lantak dia orang la.Sekuarng-kurangnya mengumpat benda yang betul," katanya selamba.
Kan aku dah cakap! Panas aje hati selepas mendengarnya. Cuma Hilman yang mampu berfikir macam itu.
"Antara tutup aib orang dengan sorok kebenaran adalah dua perkara berbeza. Awak nak tutup aib orang tapi awak biarkan aib awak terbuka. Ada dia orang fikir pasal awak? Tak ada, kan? It's selfishness. Selfish people got lessons in a selfish way."
"You are too nice, Hazel. And I told you beforehand, I'm far from being nice. I'm jerk. A jerk does what a jerk always does. Orang lain kena tahu.Supaya bekas tunang dan sepupu awak tak perlu lagi bergembira atas kesengsaraan awak."
Aku terdiam. Mengeyakan. Tapi Hilman salah. Aku tak baik macam yang dia ingat. Jujurlah aku cakap. Aku memang puas hati tahap infiniti lepas tengok muka kejung dua orang tadi.
"Tapi saya dah janji dengan mak Su yang saya akan tutup mulut pasal ni." Tiba-tiba rasa bersalah. Tapi masalahnya, aku lebih rasa bersalah sebab aku tak rasa bersalah lepas bergembira dengan apa yang dah jadi. Jahatkah aku?
"In case awak amnesia, Hazel, saya yang ceritakan semuanya, bukan awak. Theoretically, you keep your promise," balas Hilman balik.
Betul apa yang dikatakan oleh Hilman. Sepatutnya aku berterima kasih sebab Hilman tolong lakukan sesuatu yang aku tak sempat lakukan dulu.
"So, you're welcome," sinisnya bagaikan tahu apa yang sedang bermain dalam fikiranku. Kemudian dia tinggalkan aku sendirian.
Sekarang semua dah tahu. Dan semuanya bukan dari mulutku. Aku tak mungkir janji dengan Mak Su Halijah. Bahkan, aku pernah beri amaran awal-awal yang aku takkan bertanggungjawab kalau ada orang lain yang buka mulut tentang hubungan Iwan dan Safura. Aku lupa Hilman merupakan saksi paling sahih.
Hari ini membuktikan bahawa balasan Allah itu pasti. Allah Maha Adil. Kalau dulu aku mendapat malu kerana tali pertunangan diputuskan angkara maruahku yang diperkotak-katikkan, hari ni maruah Iwan dan Safura pula tercemar angkara pembongkaran tentang hubungan skandal mereka.
"AKU dah agak dah, mesti ada yang tak kena bila dua orang tu nak kahwin cepat-cepat. Kononnya Si Iwan tu tengah frust putus tunang dan Si Safura tu sanggup jadi pengganti Hazel. Kena paksa kahwin la kononnya." Suara pertama.