BAB 51

429 11 0
                                    

JANTUNG berdupdap-dupdap bagai nak gila. Dah macam-macam  doa aku  back dalam hati supaya tenang. Supaya aku yakin dengan keputusanku. Sering kali keraguan itu datang, tap aku kuatkan hati untuk menepis. Berfikir yang apa yang aku sedang lakukan ini adalah yang terbaik. Demi Hilman! Demi rumah tanggaku!

Lama aku berfikir. Semuanya bertemu dengan satu jawapan. Aku tak sanggup hilang Hilman! Aku kena berjuang untuk Hilman kalau aku sayangkannya! Aku kena tunjukkan yang aku sayangkan Hilman. Dan kerana itulah aku berdiri di depan bilik Hilman sekarang ini. Nekad untuk menjalankan misi tergandalanku tadi.

Projek memikat suami!

Dengan baca bismillah, aku buka pintu bilik tetamu yang menjadi tempat Hilman beradu sejak kami berperang dingin itu. Perlahan-lahan. Nasib baik tak kunci. Macam pencuri aku menyelinap masuk ke dalam bilik itu.

Pintu bilik kututup perlahan dan aku dengar pintu bilik air juga tertutup pada masa yang sama. Aku terkaku.  Bersandar pada pintu kayu itu. Hilman yang baru keluar dari bilik air itu juga turut sama terkaku. Terhenti seketika tangannya yang mengeringkan rambut itu. Dia panggung kepala.

Kenapa tiap kali aku masuk bilik dia, mesti dia baru keluar dari bilik air? Atau pun cuma bertuala? Sebab kali ini, Hilman juga cuma bertuala putih yang diikat longgar pada pinggangnya. Aku telan liur bila terpandangkan dada bidangnya itu. Jantung terus hilang kawalan.

Siapa nak goda siapa sekarang ni?

Hilman juga sedang menilikku dari atas sampai bawah. Tiba-tiba jadi kurang senang di bawah renungannya namun aku cuma berlagak biasa. Yakin itu penting! Biarkan Hilman dengan persepsinya bila melihat aku cuma berkemeja putihnya. Dahlah kolar baju sedikit jatuh mendedahkan sedikit bahu putih kiriku. Hilman pernah cakap yang dia suka melihatku dalam bajunya.

Hilman perlahan-perlahan menapak ke arahku. Aku cuma memerhati sehinggalah dia berdiri di depanku. mendominasiku dengan ketinggiannya, bagaikan dia adalah pemangsa dan aku mangsanya. Kepalaku diangkat sedikit untuk melihat wajah Hilman. Pandangan yang sukar kutafsirkan.

Namun, semua keyakinanku mula goyah bila melihat renungan dalam mata Hilman. Aku tahu apa yang dia inginkan dan itu buatkan aku jadi takut tiba-tiba. Syaitan mula berbisik dalam hatiku. Dan aku mula ragu-ragu.

Again... Here goes my plan! Batal! Abort mission! Tak jadi! Rasa tak yakin. Takut. Gentar. Tak bersedia.

Aku ingin berlari keluar. Tangan mula meraba tombol pintu. Kaki mula mengengsot. Hilman yang bagaikan dapat membaca niatku terus lekapkan kedua-dua tangannya ke pintu. Menghalang pintu dari dibuka. Juga memerangap aku di tengah-tengahnya. Makin cemas aku dibuatnya.

"Too late, sweetheart!" Garau suara Hilman. Dan terasa bibirku terus disentuh.

Aku tergamam. Lembik terasa lutut dengan tindakan Hilman itu. Sebelah tangan Hilman diturunkan dan terus memeluk pinggangku, menarikku rapat ke tubuhnya.

Hilman menekup pipiku dengan tangan kanannya. Kemudian dia senyum, ala-ala boyish. Ikhlas tapi mengusik. Lesung pipitnya cantik terbentuk. Giginya lawa berbaris. Ya Allah... Kenapa senyum dia lawa sangat? Dan tanpa ragu, aku turut membalas senyumnya walaupun  aku masih malu-malu. Gembira.

Lama kami sebegitu. Kami tak perlu berbicara untuk tahu keinginan hati kami yang serupa. Cukup dengan pandangan mata kami.

"Beautiful." Hilman menghadiahkan ciuman.

"You're mine, Hazel. Mine only!" Possessive! Bagaikan amaran. Menggigil kedua-dua lututku dibuatnya. Tapi... Yang anehnya, dadaku tetap berdebar kencang.

Aku telan liur. Tahu ke mana arh tujunya selepas ini. Berharap aku dah bersedia. Jujur... Aku takut. Takut aku tak bersedia. Juga takut dengan penerimaan Hilman selepas ini.

DR. ALPHA MALEWhere stories live. Discover now