BAB 18

580 11 0
                                    

TAK  tahulah kenapa sejak kebelakangan ini, aku rasa nasib malang selalu melanda ku. Tiga hari lepas, baju koyak masa tengah-tengah family day. Dua hari lepas, menelungkup aku jatuh  tangga. Sampai ke hari ni lebam di lutut kanan tak hilang-hilang lagi. Semalam pula, bila sampai di depan rumah, baru aku sedar kunci rumah dah hilang. Tak tahulah macam mana boleh hilang. Terjatuh agaknya. Nak tragis kan cerita, masa tu lah telefon aku nak habis bateri. Tak pasal-pasal sejam aku kena jadi pungguk tunggu kawan pungguk balik dari kuliah.

Dan hari ini, kereta Perodua Myviku dah derhaka dengan tuan dia. Boleh pula dia lancar mogok. Dah beberapa kali aku cuba hidupkan enjin, tapi yang kedengaran cumalah bunyi macam kereta tua kena semput. Apalah malang nasib aku ni? Balik nanti kena mandi bunga agaknya. Biar luntur segala badi malang yang melekat.

Sepatutnya hari ni aku balik ke kampungku. Ikutkan hati memang malas nak balik sebab minggu ini memang aku sangat sibuk. Tapi, ada kenduri kahwin pula di rumah nenekku. Bukan nenek aku yang nak kahwin, tapi ibu saudaraku, Cik Ita. Cik Ita ni adik tiri umi aku. Baru berusia dua puluh sembilan tahun. Aku dengan dia memang rapat.

Dan sekarang, baju dah lawa, siap dengan labuci-labuci di hujung lengan. Tapi aku dah macam gengster duduk bercekak pinggang di tepi kereta dengan satu hadiah besar di hujung kaki. Ni yang malas nak pergi ni!

Dengan hati yang tengah panas, aku menelefon umiku. Nak minta dijemput la kononnya. Tapi... Cuba teka berita gembira apa yang dia sampaikan? Dia, Abi dan Abang Thaqif tak boleh tinggalkan majlis sebab rombongan pengantin lelaki bila-bila masa akan sampai. Cara penyelesaiannya apa? Dia cadangkan aku balik dengan Dr. Hilman. Yay! Huh... Macam manalah nama Dr. Hilman boleh muncul dalam masalah ni?

Nak tak nak aku terpaksa menerima cadangan umi. Kata umi, Dr. Hilman pun balik kampung hari ini. Rasa segan bertingkat-tingkat sewaktu menelefon Dr. Hilman untuk minta tumpang. Nasib baik dia dah tahu sebab umi aku terlebih dahulu menelefonnya. Lega.

Setelah memberikan alamat rumah sewaktu kepadanya, aku dah ala-ala Juliet tengah tunggu Romeo. Dengan baju lip-lap apabila labuci kena cahaya matahari, warna putih pula tu, sah orang ingat aku nak kahwin. Sengaja aku tunggu di luar rumah supaya boleh cepat-cepat seludup masuk kereta Dr. Hilman. takut ada orang nampak. Mesti tertanya-tanya apa hubungan aku dengan Dr. Hilman kalau sampai dia datang jemput.

Sepuluh minit menunggu, akhirnya Romeo yang aku tunggu tiba. Macam yang aku rancang, sepantas kilat aku lompat masuk ke dalam kereta dia selepas letak hadiah di tempat duduk belakang. Kemudian pandang kiri kanan. Macam pencuri pun ada.

Nampak dia kerutan dahi.

"What are you today? A FBI in disguise?" soal Dr. Hilman. Dia mula memandu keluar dari perkarangan rumah teresku itu.

"Mana adalah. Saya takut orang lain nampak Dr. jemput saya. Nanti tak pasal-pasal orang ingat kita ada skandal. Fitnah jadinya nanti. Kesian Dr. tak pasal-pasal tercalar imej Dr. sebab cuba nak goda saya."

Statusku bukan main. Dia goda aku ya, bukan aku goda dia. Haha.

Mulutnya senget bagaikan cuba menahan sesuatu yang lucu, mungkin fikirkan perkara yang sama. Namun dia cuma diamkan sahaja. Tenang memandu.

"Terima kasih, Dr. sebab sudi tumpangkan saya. Nasib baik ada Dr., kalau tak memang kena joging la saya balik sana."

Kali ini dia tak sembunyikan lagi senyuman lawannya itu. Walaupun kepala tetap menghala ke depan. Agaknya  tengah bayangkan aku joging balik kampung dengan baju kurung moden ni.

"No Hal la. Lagipun sehaluan." Mudah jawapannya.

"Ni kereta Dr. ke?" Sibuk aku bertanya. Sekeliling keretanya diperhatikan. Kali pertama dapat merasa naik kereta mahal dia ni. Kalau tak, kebiasaannya cuma nampak cantik terparkir dalam kotak parkir staf. Hanya mampu memuja dari jauh aje la. Haha.

DR. ALPHA MALEWhere stories live. Discover now