BAB 39

716 14 0
                                    

BUNYI pintu diketuk. Berselang-seli dengan bunyi loceng ditekan. Lucca berlalu untuk membukanya. Seketika kemudian, lelaki tinggi ala-ala model melangkah masuk dengan satu beg bimbit. Ini pasti kawan Dheo.

"Hazel, ni Arrazi, kawan merangkap doktor peribadi saya. Arrazi, Hazel." Dheo memperkenalkan kami.

Aku dan Arrazi cuma berbalas senyuman. Dia  duduk di sebelahku selepas membuka begnya yang mengandungi beberapa peralatan penting dan ubat-ubatan. Kemudian dia meminta izin untuk memeriksa  pergelangan kakiku. Beberapa tempat di kawasan buku laliku ditekan dan sekali-sekala aku mengaduh kesakitan.

"Ada bunyi masa jatuh tadi? Macam bunyi pop?" soal Arrazi. Aku geleng kepala.

"Awak bertuah sebab ni cuma ligament overstretch. Mild swelling. No bruise. Tapi nanti kena banyak rest. Saya bagi krim hilangkan sakit dengan ubat surutkan bengkak,"  kata  Arrazi sambil tangan ligat membalut pergelangan kakiku dengan bandage putih.

"Banyakkan apply ais bila sakit. Bandage ni kalau boleh jangan buka untuk tiga hari melainkan untuk mandi atau ambil wuduk. Sebab bandage  ni untuk hilangkan bengkak dan membantu untuk hadkan pergerakan kaki," pesannya lagi. Aku angguk.

"Terima kasih, doktor."

Arrazi cuma senyum. Barang-barangnya kembali disimpan.

"Dheo, aku tak boleh duduk lama-lama. Aku balik dulu."

Dheo cuma angguk selepas mengucapkan terima kasih.

Baru beberapa saat Arrazi melepasi pintu, sekali lagi kedengaran bunyi  loceng ditekan. Siapa? Tak mungkinlah  Hilman. Melainkan Hilman tiba-tiba dianugerahkan kuasa teleport macam dalam cerita Korea My Love from Another Star tu, aku tak rasa itu adalah Hilman.

Kali ini seseorang gadis cantik beruniform melangkah masuk bersama satu troli. Room service. Mungkin wanita itu adalah salah seorang staf hotel ni.

"Awak mesti lapar. Saya dah oderkan makanan untuk kita semua," kata Dheo.

Waaa... Baiknya dia! Memang aku lapar gila ni. Nafsu makan dah tahap sebenar gajah.

"Kat mana saya perlu letak makanan-makanan ni, Encik Han?" Lembut suara wanita itu bertanya.

"Here."

Wanita itu cuma angguk. Aku cuma memerhatikan tindak-tanduknya. Satu per satu pinggan yang berisi menu yang dipesan Dheo diletakkan di atas meja di depan kami.

Sepi.

Itu cuma perasaan aku atau sebenarnya suasana sekarang dah berubah menjadi canggung. Aku nampak tangan wanita di depanku itu seakan-akan memanggil. Risau aku kalau-kalau pinggan besar itu sujud ke tanah. Tak merasalah  aku makan makanan yang bikin air liur meleleh hanya dengan sedut baunya itu.

Wanita itu... Nervous? Sebab kena hidang makanan untuk bos dia agaknya. Lantas kualihkan pandangan ke arah dheo. Dheo tak perasan dengan pandanganku. Kenapa? Sebab matanya sepenuhnya tertumpu kepada wanita itu. Tak lepas macam ingin diterkamnya. Macam mana wanita tu tak gabra?

"Nanti kemas ofis saya," arah Dheo. Perempuan itu  terus angguk.

Mata Dheo tak lepas pandang perempuan tu sehinggalah susuk tubuhnya menghilang di balik satu pintu. Aku terus berdehem untuk mengalih perhatian Dheo.

"Siapa dia tu? Cantik." Aku ingin tahu.  Memang aku tak nafikan wanita itu memang cantik. Berwajah lembut dan nampak innocent.

"She is... One of my employees," jawab Dheo. Aku cuma angguk. Malas nak  tanya  lebih-lebih.

"Makan , Hazel. Sementara tunggu suami awak sampai," pelawa Dheo. Bila sebut pasal suami, sekali lagi rasa macam rama-rama terbang dalam perut. Nervous!

DR. ALPHA MALEWhere stories live. Discover now