BAB 54

354 10 1
                                    

WAKTU makan tengah hari dah hampir ke penghujungnya, tapi suasana di tempat kerjaku itu masih sepi. Selagi tak pukul dua, selagi itulah semua tak tunjuk muka. Cuma aku dan beberapa orang staf yang berada di situ. Kesemuanya jenis yang malas turun makan gara-gara membawa bekal. Termasuklah aku. Hari ini entah kenapa aku rajin bawa bekal.

Usai solat zohor, aku kembali ke mejaku. Tika itu, masih tiada bayang staf lain. Kakak-kakak yang ada tadi pun ah tiada. Mungkin belum habis solat.

Sesuatu di atas mejaku itu menarik perhatian. Kotak sederhana besar berwarna hitam diletakkan di atas mejaku. Sebelum keturun tadi, rasanya tiada. Siapa yang letak? Kerja baru aku la tu! Haih.... Mengeluh!

Aku ambil tempat duduk. Kotak itu dibuka. Saat terpandangkan isi kotak itu, aku tergamam. Tanganku menggigil mengambil isinya. Beberapa keping gambarku yang diambil candid. Gambar ketika aku berada di pantai dengan kawan-kawanku. Dua tahun lepas!

Seram sejuk tiba-tiba! Terus aku pandang kiri kanan. Siapa punya angkara ni? Kenapa tiba-tiba hantar gambar macam ni kat aku? Nak prank  ke? Tapi ini sangat tidak kelakar. Apatah lagi gambar-gambar ini tak tahu ditangkap oleh siapa dan aku tak pernah tahu kewujudannya.

Mr. Stalker! Terlintas nama itu tiba-tiba. Takut! Tapi pada masa yang sama, aku mahu tahu dia siapa. Kalau betul memang dia, maksudnya dia ada dekat-dekat sini. Kalau dia masih ada di sini, mungkin aku boleh tahu dia siapa.

Tapi... Melihat aras itu makin dipenuhi ramai orang, aku tak rasa si stalker itu masih berada di sini. Dia pasti lakukannya ketika tiada siapa-siapa. Atau sebenarnya dah lama aku dperhatikannya?

Mengenangkan itu, aku jadi gerun. Kiri dan kanan kupandang lagi. Terasa diperhatikan. Kemudian aku cuba menenangkan diri. Aku kena buat-buat selamba. Aku kena tunjuk yang aku kuat.

Kotak itu cepat-cepat aku letak bawah meja. Kepala masih memikirkannya. Apa motif sebenar dia menghantar gambar itu? Dan siapakah gerangannya? Adakah betul Mr. Stalker? Atau orang lain?

Tapi... Firasatku kuat menyatakan bahawa semua ini perbuatan si stalker. Mungkin selama ini dia masih memerhatikanku. Cuma dia selesa diam. Like a snake in the grass! Tiba masanya, keluar tanpa amaran untuk mematuk mangsanya!    

"TADI... Ada tak laki datang bawa kotak untuk staf sini?" siasatku. Aku buat keputusan untuk bertanya di meja pertanyaan di tingkat G. Sesiapa yang muncul untuk ke mana-mana syarikat di dalam bangunan ini, pasti pihak khidmat pelanggan yang nampak dulu.

"Tak adalah pula, dik. Kenapa?"

"Betul tak ada? Cuba akak ingat balik. Dia bawa kotak. Mungkin nampak mencurigakan?" tanyaku lagi. Tak puas hati.

"Akak tak pastilah, dik. Mungkin tak perasan. Sebab masa lunch, akak tak ada tadi. Kenapa, dik? Ada barang-barang ofis hilang ke? Ofis mana?"

Aku geleng kepala.

'Tak ada, kak. Saja nak tahu. Sebab tiba-tiba ada hantar barang. Takut kompeni punya, tapi tak ada invoice," autaku laju.

Kemudian aku berterima kasih kepadanya meskipun apa yang aku cari tak jumpa. Mengeluh lemah. Kaki diayun ke lif dengan perasaan kecewa.

"Hazel! Apa yang awak buat ni? Haaa... Ponteng ke?" Teguran itu buatkan aku hampir melompat. Aku pegang dada sebelum pusing pandang Zaquan.

"Awak terkejut ke? Sorry."

Aku cuma geleng. Tak ada mood nak bercakap.

"Awak nampak pucat. Kenapa? Ada hantu kejar awak ke?" Zaquan bergurau. Tak lalu aku na layan. Cuma senyum.

Pintu lif terbuka. Kami berdua mula melangkah masuk. Tingkat lima ditekanku. Cuma kami berdua di dalam lif itu.

Tiba-tiba berlaku gegaran di dalam lif, buatkan lif tu terangkut-sangkut seketika dan lampu juga berkelip-kelip. Aku menjerit kecil. Terkejut.

DR. ALPHA MALEWhere stories live. Discover now