SEDAR tak sedar, dah sebulan berlalu. Sebulan yang lepas aku hampir kehilangan Hilman. Sebulan yang lepas adalah waktu yang genting untukku dan Hilman. Berulang-alik dari hospital untuk menjaga Hilman. Tapi aku rela demi Hilman. Tanpa merungut, tanpa mengeluh. Aku jaga Hilman sampai dia sihat. Dan sekarang, alhamdulillah semuanya kembali normal.
Ketika Hilman masuk hospital, tak putus-putus orang datang melawat. Saudara-maraku. Rakan sekerja Hilman. Anak didik Hilman. Dan gara-gara itulah semua dah tahu hubunganku dan Hilman. Dah tak payah tunggu majlis resepsi dah. Macam yang aku cakap, boleh dikatakan semuanya terkejut dan tak sangka.
Dheo juga ada datang melawat. Dan aku tahu rupa-rupanya Dheo juga banyak menolong Hilman. Macam mana? Itu adalah rahsia di antaranya dan Hilman. Bak kata Dheo... Men's business! Huh!
Sesekali Dheo bawa Nurissa bersama. Melihat mereka berdua, aku rasa cinta sedang berkutik. Kan aku dah cakap! Mereka berdua pasti ada apa-apa. Aku gembira tengok mereka berdua. Asalkan mereka bahagia! Tunggulah... Ada masa nanti, aku korek daripada Nurissa! Aku dengan dia sekarang dah memang berBFF forever. Haha.
Inspektor Aziz juga ada datang. Sesekali datang sebagai polis, sesekali datang sebagai teman Hilman. Dia yang selalu membawa perkembangan kes polis aku dan Hilman. Menyatakan Zaquan bakal dijatuhi hukuman setimpal. Dan aku lega bila akhirnya aku datang hidup dengan tenang. Semuanya dah berakhir.
Aku juga telah meminta maaf dengan Mizan. Sebab aku dah syak dia yang bukan-bukan. Sebenarnya dia cumalah bodyguard yang diupah Hilman untuk meenjagaku. Pada masa yang sama cuba mencari-cari orang yang mencurigakan. Pengajarannya, jangan pernah menilai buku dari kulitnya!
Gara-gara Hilman ditikam, majlis resepsi kami ditangguh lagi. Masuk kali ni, dah kali ketiga majlis resepsi ditangguh. Aku haraplah ini kali terakhir. Bukannya apa. Malas nak dengar cakap orang kampung yang semestinya banyak berfikiran negatif daripada positif.
Hubunganku dengan Hilman sudah pastinya bertambah baik. Malah sangat baik. Selepas peristiwa itu, aku sedar betapa pentingnya Hilman dalam hidupku. Betapa Hilman juga sangat sayangkanku sehingga sanggup bergadai nyawa untukku. Sesungguhnya semuanya ada hikmah.
Aku masih menjalani latihan industri di tempat yang sama. Tinggal beberapa hari lagi untuk berakhir. Sedih juga sebenarnya. Biasalah... Tiap yang bertemu, pasti ada berpisah. Yang penting, semua drama hidupku dah pun berakhir. Sekarang hanya perlu tumpukan kepada rumah tangga sepenuhnya.
"MANA bulu ayam ni? Tadi ada kat sini?" Aku membebel seorang-seorang.
"Kenapa ni, sayang?" tegur Hilman yang baru muncul. Berpeluh peluh dahinya. Kemas rumah punya pasal. Aku dah melayang, tapi dia tetap degil nak menolong.
"Cari bulu ayam. Nak sapu almari. Tadi Hazel letak sini. Mana perginya?"
"Sure Hazel letak situ? Sebab dalam rumah ni cuma kita berdua. Kalau bukan abang ambil, maksudnya Hazel salah letak."
"Abang na cakap Hazel nyanyuk?" Aku cekak pinggang. Marah entah kenapa.
"Eh, mana ada, sayang! Abang cakap mungkin Hazel salah letak."
"Samalah maksudnya. Abang nak cakap yang Hazel ni dah tua. Dah nyanyuk!" Aku mula beremosi.
"Abang kemaslah rumah sorang-sorang. Hazel tak nak!" Tangan disilang ke dada.
Hilman pandang aku macam aku ada sepuluh kepala. Pelik agaknya aku yang beria-ia nak kemas rumah pagi tadi tiba-tiba boleh berubah fikiran. Itulah... Siapa suruh sorokkan bulu ayam aku?
"Kenapa pandang Hazel macam tu?" soalku pelik.
"Your breasts look bigger!" komen Hilman selamba.
Meruap darahku. Malu atau nak mengamuk, aku pun tak tahu! Pertama, bukan main aku membebel, yang dia sibuk tengok adalah dadaku? Kedua, boleh dia komen yang dada aku ni bertambah saiz dengan selambanya? Dahlah sejak akhir-akhir ni, dadaku sering terasa sakit.
![](https://img.wattpad.com/cover/356114347-288-k661161.jpg)