SEAWAL pukul tujuh pagi lagi semua pelajar berkumpul di lapangan kolej kediaman, baik pelajar diploma mahupun pelajar ijazah bagi jurusanku. Hari ini merupakan sambutan hari keluarga. Semua dikehendaki untuk berpakaian sukan yang sopan.
Objektif hari keluarga adalah untuk mengeratkan silaturahim sesama pelajar dan juga pensyarah. Mahu utuhkan ukhuwah dan mengelakkan sifat berpuak-puak sesama pelajar. Ketika inilah semua orang mahu berkawan tanpa mengira semester, baik program ijazah mahupun diploma. Dan ketika ini jugalah nak bersosial dengan pensyarah-pensyarah yang sebelum ini serius maut di dalam kelas.
Semua pelajar dibahagikan secara rawak oleh ahli jawatankuasa program hari keluarga in. Ada lima belas kumpulan yang diketuai oleh seorang pensyarah. Setiap kumpulan kebiasaanya terdiri daripada sepuluh atau sebelas orang pelajar.
Aku berada di bawah kumpulan Encik Zaidi, Kumpulan 7. Encik Zaidi memang seorang yang mesra pelajar. Dia pernah mengajar ku semasa semester satu subjek Physics 1. Kelas dia memang tak stres. Asyik gelak aje dengan lawak-lawaknya. Sebab tu ramai yang suka dengan kelasnya. Leganya juga aku satu kumpulan dengan Encik Zaidi. Tapi yang menyedihkan, aku tak sekumpulan dengan Sabiha. Dia kumpulan 1, di bawah kumpulan Dr. Hilman.
"Hazel-nut butter." Termengah-mengah Sabiha berdiri di sebelahku. Baru sampai. Sukaneka tak mula lagi, Sabiha dah semput. Haha.
"Haaa... Lambat!" sergahku.
Dia sengih.
"Overslept la. Nasib baik tak start lagi. Mati aku kalau tak sempat nak bagi speech nanti."
Aku mencebik. Untunglah asrama sekangkang kera aje. Lambat bangun pun masih sempat nak pecut ke sini.
Memandangkan kami masih bebas berkumpul tanpa mengira kumpulan, aku dan Sabiha beratur bersama kawan-kawan sekelas ku yang lain. Berkawan sebelum kami menjadi musuh sebentar lagi.
"Kau tengok Dr. Hilman, handsome gila!"
Of course.... Kalau sehari aku tak dengar nama Dr. Hilman memang tak lengkap hidup aku.
Aku tayang muka menyampah. Terus kupandang ke arah punca suara itu. Datangnya daripada kumpulan juniorku. Semester tiga kalau tak silap aku.
"Weh... Hot gila kut Dr. Hilman hari ni. Lawa betul body dia. Cuba kau tengok," bisik orang sebelahku pula. Kali ini bukan juniorku. Ini kawan baikku. Pantas aku menoleh ke arah Sabiha.
"Bihar... Aku dengar benda tu sejak buka semester lagi. Tiba-tiba hari. Kau ingat aku tak tahu ke?" Menyampah bertingkek-tingkek. Bukan menyampah dengan Dr. Hilman. Tapi menyampah dengan orang yang terlebih-lebih memujanya. Padahal dia tak buat apa-apa pun untuk menarik perhatian khalayak.
Huh... Alpha Male!
"Hari ni lainlah. Hari ni dia pakai sport attire. Cuba kau cakap lelaki mana yang nampak hot dalam tracksuit merah?"
Aku menoleh ke arah Dr. Hilman. Macam mana aku boleh tahu? Senang saja jawapannya. Semestinya aku menoleh ke arah yang diteleng-teleng oleh kebanyakan kepala anak gadis tika ini. Aku faham yang Dr. Hilman cuma mengajar pelajar ijazah. Dia pun baru masuk semester ini. Jadi ramai yang belum betul-betul kenal dengannya. Ketika acara macam inilah, semua boleh tatap dia puas-puas.
Tepat sangkaanku. Dr. Hilman segak berdi sambil berbual-bual dengan Dr. Rahim dan Encik Faizul. Sedikit pun tak peduli dengan perhatian yang diperolehnya. Perhatianku sudah tentu pada susuk tubuhnya. Dalam hati mengiyakan kata-kata Sabiha. Dr. Hilman memakai baju T berwarna hitam yang mengikut bentuk tubuhnya.
Dada bidang. Biceps cantik terbentuk. Hmmm... Patutlah Sabiha cakap lawa. Berseluar sukan berwarna merah dan berkasut sukan. Tapi, aku tak nampak pula apa masalahnya dengan merah walaupun cuma Dr. Hilman satu-satunya lelaki berseluar merah?
![](https://img.wattpad.com/cover/356114347-288-k661161.jpg)