BAB 27

528 13 5
                                    

BAJU sejuk tebal itu ditarik rapat ke tubuh. Sejuk. Di luar hujan renyai-renyai, di dalam perpustakaan ni pula suhu tinggi sikit aje daripada peti ais. Sejuk. Sunyi. Memang damai kalau aku syahid ni! Mata ni pun tunggu masa untuk terkatup.

Aku menguap. Sampai berair hujung mata. Mengantuk gila! Kenapa aku boleh setuju nak datang studi kat perpustakaan hari ini? Ini semua salah Sabiha. Gara-gara ayat drama reject di tu lah, aku akhirnya setuju. Cis!

Perpustakaan ini dipenuhi dengan ramai pelajar. Maklumlah... Musim nak exam. Baru semua sibuk nak cari library. Kalau tak? Mahu kalah tanah perkuburan sunyinya. Tiada bayan manusia. Aku nampak semua pelajar khusyuk membaca. Macam-macam gaya.

Suasana yang sunyi-sepi itu tiba-tiba dimeriahkan oleh konsert Growl daripada EXO. Apa lagi? Ada orang telefon aku la tu maksudnya. Ops... Lupa pula nak senyapkan tadi! Cepat-cepat aku gesek ikon hijau itu apabila melihat nama umi.

"Assalamualaikum, umi." Perlahan aku memberi salam.

"Waalaikumussalam. Dah kenapa suara kakak macam berbisik dengan nyamuk ni?"

Aku ketawa perlahan.

"Kakak dalam library dengan Bihar la, umi. Dia pergi toilet. aku boleh na tinggal barang untuk jawab phone kat luar. Kenapa umi call kakak?" soalku.

"Oh, exam kakak macam mana? Tinggal satu paper aje lagi, kan?"

"Exam? Hmmm... Tawakal aje la. Okey ke tak okey ke, jawab aje la. Haah... Kakak tinggal satu paper aje lagi. Paper Software Engineering lusa. Umi nak tanya pasal  tu aje ke?" soalku. Hati kuat mengatakan ada benda penting lain yang umi mahu beritahu aku.

Um senyap sekejap.

"Umi cakap ni, kakak jangan marah pula. Umi cuma beritahu kakak sebab kakak ada hak."

Aku berdebar-debar. Makin tak sedap hati lepas umi cakap macam tu. Aku tunggu umi sambung kata.

"Umi terima lamaran Hilman untuk kakak." Kata-kata umi itu buatkan aku hampir jatuh kerusi.

"What?!" Bergemma suaraku di dalam bangunan perpustakaan itu. Terkejut! Semua pandangan tertumpu kepadaku. Aku rasa sekarang ni dari tingkat tiga sampai tingkat LG, mahu semua kepala cari aku. Cepat-cepat aku tutup muka dengan buku nota di tangan.

"Apa dia, umi?" Aku minta umi ulang sekali lagi. Bukan sebab tak dengar, tapi sebab aku mahu sahkan apa yang aku dengar.

"Umi terima lamaran Hilman untuk kakak." Umi ulang lagi. Ayat yang sama. Nada yang sama. Dan sekali lagi aku rasa macam nak menjerit kuat-kuat.

Umi bukan na cakap Hilman masuk meminang,  Tapi umi cakap dia dah terima terima lamaran Hilman.  Untuk aku! Tak tanya aku pua tu!

"Hilman anak Mak cik Lyn tu, kan?" Aku minta kepastian. Kita bercakap pasal Hilman yang sama, kan? Pensyarah aku merangkap anak kepada jiran aku, kan?

"Yalah. Ada berapa Hilman yang kakak kenal?"

Sah! Kami bercakap tentang Hilman yang sama.  Hati jadi tak tenang.

"Umi... Kenapa tak cakap dia pinang kakak?" Aku kawal suaraku. Tak nak sekali lagi Jai tumpuan semua orang.

Rasa macam nak marah pun ada. Kenapa tiba-tiba terima pinangan entah siapa-siapa? Pinangan Hillman pula  tu! Dan lagi pelik anak angkat ajaib, kenapa Hilman pinang aku? Rasa macam tak percaya. Tersalah pinang ke? Dia nampak aku ni macam darling dia? Atau kami ada persamaan? Apa yang sama? Bulu kaki? Macam-macam persoalan timbul.

"Hari tu kakak sendiri yang cakap umi boleh terima sesiapa aje yang pinang kakak, kan?" Umi berkata tanpa menjawab pertanyaanku. Tuntut janji.

Hari tu? Bila? Aku ada pernah cakap ke? Aku berusaha unuk mengingat kembali. Kemudian, terlintas kembali perdebatan hangat kami sekeluarga pada malam  perkahwinan Iwan dan Safura dulu. Kisah hampir sebulan yang lepas. Mataku terus meluas.

DR. ALPHA MALEWhere stories live. Discover now