BAB 17

622 15 0
                                    

SEBAIK sahaja aku mendekati kumpulan-kumpulan pelajar tertumpu kepadaku. Apabila melintas di dpan orang-orang yang mengenaliku, semua bertanya sama ada aku okey atau tidak. Aku cuma senyum Dan menjawab apa yang patut.

Kan aku dah cakap. Sekarang ni mesti semua orang kenal aku. Kalau sesiapa yang tak ingat aku, aku rasa cuma perlu cakap 'Alah... Kakak yang baju koyak masa family day tu,' aku gerenti semua boleh ingat.

Malu la pula rasanya. Tapi aku buat selamba. Pedulikan perhatian semua orang. Sampai masanya, semuanya akan redaa dan bakal tinggal sejarah. Nasib baik aku berjalan dengan cik presiden yang memang dikenali ramai. Tak adalah segan sangat jadinya.

Mata melilau sekeliling. Mencari susuk Dr. Hilman di balik kumpulan orang ramai. Sekarang tengah rehat. Aktiviti bebas dan ramai berkumpul di bawah kanopi besar. Ramai juga yang sedang menjamu selera. Kumpul balik tenaga yang habis pagi tadi dan bersedia pula untuk berperang pada petang nanti.

Jumpa apa yang kucari. Dr. Hilman sedang duduk di meja bulat yang dikhaskan untuk para pensyarah. Sedang berbual dengan Encik Zaidi. Dr. Hilman masih tak berbaju. Cuma dibaluti ole sehelai tuala coklat di atas bahunya untuk menutup sedikit tubuhnya. Mungkin dipinjam daripada salah seorang pelajar lelaki yang tinggal di kolej kediaman. Aku kumpul kekuatan sebelum melangkah ke arahnya. Seharusnya aku seret Sabiha jadi peneman.

"Assalamualaikum, Dr., sir." Aku beri salam. Pandangan mereka berdua terarah kepadaku dan Sabiha sebelum salam dijawab.

"Haaa... Hazel! Awak okey tak?" Encik Zaidi berkata sebelum sempat Dr. Hilman buka mulut.

"Okay, sir. Saya pinjam baju Sabiha," jawabku sebelum sengih.

"Tak ada cedera apa-apakan masa jatuh tadi?" soal Encik Zaidi lagi. Sebagai anak buahnya, memang aku di bawah tanggungjawabnya.

Aku geleng kepala. Setakat calar tapak tangan tu, tak payahlah aku nak kecoh sangat. Perkara kecil sahaja walaupun nak menangis juga aku bila kena air.

Pandanganku teralih kepada Dr. Hilman yang sedari tadi cuma diam menjadi pemerhati. Aku hulurkan baju T kepada Dr. Hilman. Pulangkan hak dia.

"Errr... Terima kasih. Dr., sebab pinjakan baju ni kepada saya," ucapku. Baru berpeluang untuk berterima kasih kepadanya.

Dia hanya senyum sebelum huluranku bersambut.

"Sama-sama."

Tuala yang tersangkut di atas bahunya tadi diletakkan di atas meja. Dr. Hilman terus menyarungkan kemabli baju T hitam itu ke tubuhnya macam tiada orang di sekelilingnya yang memerhati.

"Nasib baiklah awak dah bagi balik baju dia, Hazel. Kesian Dr. Hilman  ni, tak berbaju. Budak-budak lelaki yang duduk kolej ni semua kecik. Tak boleh nak pinjamkan baju kepada Dr. Hilman ni," cerita Encik Zaidi.

Oh... Patutlah sedari tadi dia tak berbaju. Nasib baiklah aku cepat-cepat bagi balik baju Dr. Hilman tadi.

"Sorry, Dr." Tiba-tiba rasa bersalah.

"No hal la. Lagipun saya ni lelaki. Takkanlah saya nak biarkan awak kat tengah-tengah gelanggang ttdi. Kalau student lain pun, saya akan buat benda yang sama," balas Dr. Hilman pula.

Aku jeling Sabiha di sebelah. Kau dengar tu! Kan aku dah cakap  tadi. Kalau student lain pun dia buat benda yang sama. Ada faham? Itulah. Sibuk aje nak reka hikayat cinta tak kesampaian untukku.

"Bodi dia lawa, bolehlah buat macam tu. Cuba kalau kita, Di. Mahu sakit mata semua orang," sampuk Encik Hamidi yang tiba-tiba muncul. Encik Zaidi ketawa. Aku dan Sabiha di tengah-tengah ni tak tahu nak bagi reaksi apa.

"Kita mana boleh nak tarik baju macam tu, Abang Mi. Tak lepas kat perut. Silap-silap orang pula carikan baju nak tutup kita," balas Encik Zaidi pula sebelum sibuk ketawa bersama Encik Hamidi. Aku berdiri Cuba tahan  mulut daripada ketawa. Geli hati dengan kata-kata Encik Zaidi itu.

DR. ALPHA MALEWhere stories live. Discover now