Part 1

8.8K 242 2
                                    

"Fan, terima kasih tolong pakcik hari ni." Ujar Pakcik Hassan lembut seraya menepuk mahu Affan. Di umur seperti itu ramai anak muda lebih memilih untuk bekerja di bawah aircond dan mempunyai pekerjaan tetap. Tapi, tidak pada Affan. lelaki itu lebih memilih untuk berniaga sendiri. Kalau dia ada anak perempuan, memang sudah lama dia kenankan lelaki itu dengan anaknya. Tapi, anak dia seorang saja itupun lelaki.

"Terima kasih Fan sebab sudi berkawan dengan Khairil dan bagi pekerjaan pada dia. Kalau tak.." Dia berterima kasih dengan pemuda itu sebab Khairil kenal dengan Affanlah anak dia itu jadi baik. Dia terkilan sebab tidak mampu mendidik Khairil dengan baik. Sibuk dengan kerja sehingga terkadang anak dia tidak mendapat perhatian. Kalau diikutkan Khairil lebih rapat dengan Puan Aishah, isterinya. Namun semua berubah selepas kematian isterinya 3 tahun lalu.

"Bukan asbab saya dia berubah. Tapi, Allah yang jentik hati dia untuk berubah, pakcik." 

Khairil yang dia kenal sebelum ini memang liat untuk diajak solat. Selalu menengking Pakcik Hassan dan berlaku kurang ajar dengan penduduk setempat. Nama saja anak ajk masjid tapi perangai dia tak macam itu. Kalau solat pun, kadang cukup kadang tidak. Tapi, sejak dia mengenali Khairil lebih rapat baru dia tahu rupanya lelaki itu sebenarnya ingin berubah cuma tidak ada yang sudi membantu. Pakcik Hassan pula tiada masa. 

Mesin pemotong ikan Affan tutup. Manakala, Pisau yang digunakan untuk memotong ikan diletakkan di atas kayu pemotong. Bekas berisi air bersih dihampiri dan kedua tangan yang berbau hanyir dan bercampur darah ikan, Affan cuci bersih. Lalu, kain yang tergantung di bahu kiri Affan guna untuk lap tangannya. Tempat yang berisi pelbagai jenis ikan hampir berkurangan memandangkan sudah pukul 6 petang.

"Ada apa-apa lagi tak pakcik?" Soal Affan sambil tangan kanan diseluk ke dalam poket seluar track suit miliknya. Telefon Affan buka, memeriksa andai ada mesej dari sesiapa. 

"Setakat ni tak ada apa-apa. Affan baliklah. Yang selebihnya pakcik boleh kemas. Lagipun, dah tak banyak mana yang tinggal ni." Affan hanya memandang pakcik Hassan yang sedang menghampiri kotak duit.

"Nah, untuk Affan. Tak banyak, tapi harap Affan terima."

"Tak perlu pakcik. Simpan." Huluran pakcik Hassan ditolak lembut. Affan hulurkan tangan untuk bersalam, namun laju saja pakcik Hassan sembunyikan tangan dengan alasan tangan masih berbau ikan, belum dibasuh.

Setelah meminta izin, Affan berjalan kaki untuk ke kereta. Dia parking jauh sedikit kerana tidak mahu menjadi perhatian.

"Assalamualaikum, umi

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Assalamualaikum, umi." Icon hijau ditekan dan dilekapkan di telinga. Sebelah lagi tangan masih di stereng kereta.

Sebaik saja signboard tesco kelihatan, signal kiri diberikan. Mata sempat melihat cermin sisi andai ada motosikal di belakang. Sebaik saja memastikan tiada kenderaan barulah kereta Affan memasuki simpang.

"Boleh umi. Lagipun along baru sampai ni. Tengah cari parking." Affan menarik nafas lega bila mata terpandang petak kosong di sebelah kereta kancil itu. Nasib dia baik bilamana parking betul-betul dekat dengan pintu masuk.

AFFAN_ADRA | In EditingWhere stories live. Discover now