Part 3

5.3K 214 7
                                    

Sebaik saja kereta Affan memasuki rumah dua tingkat itu, matanya menangkap tubuh kanak-kanak berbaju tidur tiger sedang elok bercekak pinggang menatapnya dengan pandangan geram.

Anggun Mikayla.

Affan sengih. Enjin kereta dimatikan. Setelah memastikan kesemua beg plastik barangan dapur telah diambil, Affan keluar dan mendekati Anggun.

"Kenapa anak walid muncung-muncung ni? Panas ke? Nak cendol?" Usik Affan. Beg plastik diletakkan di sisi. Lalu kasut dibuka dan kedua lutut dijatuhkan untuk menyamai ketinggian Anggun.

"Walid janji dengan Anggun pukul berapa? Sekarang dah pukul berapa? Anggun lapar tau Walid." Bibir dicebik. Berpeluk tubuh menatap wajah Affan yang redup memandangnya.

"Minta maaf Anggun walid lambat. Jalan jem." Affan senyum sambil ubun-ubun Anggun diusap lembut.

"Sini, Walid nak kiss sikit anak cengeng walid ni." Affan lantas tunduk berura2 ingin mencium pipi Anggun. Lebih kepada mengusik Anggun.

"Eeee...Anggun dah besarlah walid. Walid pergilah cari orang lain." Bibir Affan, Anggun tolak dengan kedua tangannya. 

Affan pula seolah-olah tak mahu mengalah. Lagi ke depan wajah Affan sehingga hampir jatuh anak dara itu.

"Walid..." Anggun menjerit geram. Hampir nak terjatuh dia. Mujur tangan Affan sempat sambut belakang tubuh dia.

"Ya Allah, along. Ingat ini drama hindustan ke. Dari dapur umi dengar suara Anggun. Tak habis di kacau si Anggun tu." Puan Aida muncul bersama senduk di tangan. Siap dengan pakej cekak pinggang. 

Pap..

Tak semena, senduk itu mengenai lengan Affan. "Ouchh, umi." Mengadu Affan.

Puan Aida mencerlung tajam. Padahal bukan sakit pun dia ketuk. Affan saja yang mengada-ada.

"Itulah tokumi. Penatlah Anggun nak layan perangai tak matang Walid ni." Anggun berpeluk tubuh.

"Amboi, mengata Walid. Awak tu dah cukup matang ke?" Affan angkat kening, menyoal.

"Eee..kalau bercakap dengan walid ni memang takkan menang lah Anggun."

"Sudah. Jom ke dapur. Dah nak masuk magrib. Abah dah lama tunggu nak makan sekali. Nanti lambat abah kamu nak ke masjid pula."

Affan bangun dan beg plastik yang diletakkan di atas lantai tadi diambil semula. Ketiga-tiga beranak itu berlalu ke dapur. Encik Fathi yang mendengar celoteh tiga beranak itu sempat berpaling sebelum dia meneruskan kerja semula.

Affan dan Anggun, masing-masing melakukan tugas seperti biasa. Affan sudah terbiasa di didik dengan melakukan kerja di dapur. Manakala, Anggun tanpa perlu disuruh juga berbuat hal yang sama. Beg plastik yang Affan letak di table top diambil lalu Affan mengeluarkan barang-barang kering dari plastik dan disusun di dalam kabinet. Anggun pula tidak kekok kerana dia tahu tugasnya menyusun segala sayur-sayuran, buah-buahan serta kotak minuman di dalam peti sejuk.

"Ida, bihun goreng ni abang perlu letak dalam bekas bulat ni atau dalam bekas leper ni?" Encik Fathi bertanya. Untuk makan malam ini, dia yang menyediakan bihun goreng.

"Dalam bekas leper pun tak apa, abang. Air belum buatkan abang? Kejap Ida buatkan untuk abang." Laju tangan Puan Aida ingin mengambil cawan yang terletak di rak yang telah disediakan.

"Eh, tak payah. Setakat secawan air tu abang boleh buat sendiri. Awak bawak bekas bihun ni ke depan, yang lain nanti abang buat." Laju saja Encik Fathi mengambil cawan yang dipegang oleh Puan Aida.

"Baik, abang." Tidak membantah, bekas berisi bihun goreng bertukar tangan lalu tubuh Puan Aida menghilang ke ruang makan. Encik Fathi pula membuat air sendiri dan tidak lama juga membontoti langkah si isteri. Ingin membantu apa yang patut.

AFFAN_ADRA | In EditingWhere stories live. Discover now