Nek Minah yang berada di dapur menoleh sebaik saja mendengar derapan tapak kaki menuruni tangga. Dia melihat Affan sudah siap dengan baju thirt lengan pendek bewarna koko gelap dan berseluar tracksuit hitam
"Kamu nak pergi mana pula ni?" Pagi lagi, Affan sudah menghilang entah ke mana. Bukan dia tidak nampak muka Afaf yang ingin bertanya pada dia di mana keberadaan Affan, tapi Afaf hanya diam. Ingatkan balik kampung, melekatlah dekat rumah dengan anak isteri, tapi aih menghilang kerjanya. Bila ditanya,
"Orang kampung ni Nek jumpa Affan saja tengah jalan, ajak bersembang. Mau tak terlajak."
"Dah janji dengan Haikal nak pi rumah dia bayar upah tolong jagakan bendang Affan. Lepas tu, ada kerja dengan Khairil sat lagi. Biasalah Nek, cucu Nek ramai peminat. Jenuh beratuq nak tunggu turn. Mujuqlah bukan tunggu turn nak buat menantu." Affan menarik kerusi perlahan sebelum dilabuhkan duduk di kerusi meja makan. Nasi goreng dicedok ke dalam pinggan.
"Aipps, apa kata lagu tu. Melawak pun aku tak suka dengaq." Tamparan tangan tua Nek Minah hanya mengundang tawa Affan.
"Affan minta maaf, nek. Tok Aki mana? Tak makan sekali?" Affan menukar topik.
"Sat lagi tok Aki kamu tu datanglah."
Deringan telefon pintar milik Affan menghentikan suapan ke dalam mulut. Segera digesek ke punat hijau. "Assalamualaikum Pakcik Rahim. Sepuluh minit lagi saya sampai. Mesin dah ada? Okay, cun." Usai menjawab salam, Affan letakkan semula telefon itu di atas meja.
Beberapa hari Affan membuat tinjauan di bendang. Kebetulan waktu dia pulang ke kampung sudah musim orang kampung mengambil padi. Tidak putus-putus panggilan telefon masuk dari penduduk kampung meminta dia untuk mengambil hasil tuaian mereka. Kerja dia di kampung bawa mesin padi juga. Seperti biasa akan ada Khairil yang akan menemani. Sekejap lagi sampailah tu.
"Kamu tak kejutkan Afaf dulu ke? Sat lagi dia bangun mau teriak cari kamu tak jumpa. Berapa hari dah kamu tinggai dia macam gitu." Bibir Nek Minah terjuih ke arah Afaf yang sedang lena di ruang tamu. Sudah beberapa malam Afaf curi-curi keluar cari Affan. Tapi, Nek Minah dapat tangkap. Semalam, Nek Minah biarkan saja kelakuan itu.
"Nek juga yang suruh Affan pantang lekat dengan Afaf. Alah, Nek jangan risaulah. Sikit masa lagi dia keluaq taring jangan terkejut pula nah." Affan terkekeh kecil.
"Afaf cerita dengan Affan yang Nek suka peluk dia malam-malam. Pasai pa? Dia kata segan nak tolak sebab dia hormat Nek sebab orang tua-tua. Dia kata Affan aje yang suka peluk lagu tu." Teringat pagi tadi becok mulut Afaf bercerita beberapa malam isterinya itu tidur dengan Nek Minah. Bukan main menggeliat isterinya apabila tangan Nek Minah tidak duduk diam. Afaf itu mudah geli kalau orang lain peluk. Dengan Affan pun bukan kemain lama Afaf nak biasakan diri. Macam terkena renjatan elektrik kalau tiba-tiba kena pegang. Sebab itulah kot Afaf suka bermain tarik tali dengan dia dulu.
"Maulah aku tak peluk lagu tu, dia meracau-racau panggil nama kamu. Aku buat gitu, baru dia tau diam. Kalau ikut aku ni hah, aku tekup mulut dia terus. Tapi, tak bernyawa pulak satu haqu nak hadap." Bebel Nek Minah sambil menuang teh panas ke dalam cawan sebelum disuakan kepada Affan. Pening juga dia menjaga Afaf semasa dalam pantang kalau Affan tidak ada di rumah.
"Akal dia panjanglah tu. Dengan Affan elok aje dia tidur Nek. Tapi, tak apa. Mujuq kaki tangan tak naik atas badan, okay dah tu." Balas Affan lagi.
"Hah, hat tu satu lagi. Sikit lagi tangan tembun dia nak bagi aku hilang nyawa. Aku baru nak tidoq lena, pelekup tangan dia naik atas muka aku. Kaki naik juga atas perut aku ni Affan ooiii.." Sambung Nek Minah lagi. Nek Minah turut mengambil pinggan kosong sebelum punggung dilabuhkan di hadapan Affan.
YOU ARE READING
AFFAN_ADRA | In Editing
Romance'Dia adalah amanah yang akan aku jaga sehingga akhir hayat.' Afaf Adra binti Mohd Azhar. Seorang gadis yang bertubuh berisi dan mempunyai gummy smile. Dan penampilannya juga tidak menarik. Dalam diam dia menyukai seorang lelaki yang dia temui di ca...