Part 19

3.7K 181 7
                                    

Setelah selesai makan malam dan solat magrib, Afaf berbaring di atas sofa ruang tamu. Television dibiarkan terpasang supaya rumah itu tidak sunyi. Puan Hajar pula masih di dalam bilik. Kalau waktu begini ibunya menghabiskan masa dalam bilik membaca al-quran sementara tunggu isyak. Afaf pula hobi dia macam biasa sibuk dengan telefon.

Ting.

Sedang ralit Afaf scroll tiktok, satu notification masuk. Afaf abaikan saja. Lagipun dia bukannya ada kawan. Hidupnya hanya berkawan dengan ibu. Dan tidak lupa juga si kecil Anggun itu.

Ting.

Ting.

Ting.

Makin banyak pula. Semua dari nombor yang tidak dikenali. Dia sebenarnya malas nak melayan. Siapa pula yang mesej malam-malam ini, ya. Tak mungkin scammer.

Dia keluar dari aplikasi tiktok. Selepas itu, dia membuka tingkap hijau. Namun dia tidak terus membuka mesej tersebut sebaliknya dia menekan icon profile. Gambar motosikal ducati sebagai wallpaper. Merah terang, cantik. Afaf mencebik bibir. Mesti gambar dari google. Tidak pun dari pinterest.

Habis smartlah tu.

'Moto tonggek'

Afaf gelar sebab bahagian belakang kalau naik memang menonggek. Orang kecik molek boleh lah naik. Kalau dia, memang terlebih muatan.

Kemudian, barulah dia membuka mesej tersebut.

Pap.

- Assalamualaikum
- Cik Adra, tunang Affan

"Aduh.." Tak semena telefon Afaf terlepas mengenai batang hidung sendiri. Memang elok sangat perangai baring sambil tengok telefon. Mak aihh, sakitnya. Afaf gosok hidung.

Dia bangun dari baringan dan duduk bersila di atas kusyen. Nafas ditarik dan dihembus perlahan. Dia mengusap jantung yang mengepam laju. Telefon yang masih menyala dia capai semula.

Sebut pasal tunang, Afaf megangkat tangan kanan. Jari manis yang selama ini kosong kini tersarung sebentuk cincin belah rotan. Simple saja tapi Afaf suka. Terletak cantik dan muat-muat saja dengan jari dia yang seketot itu. Tak runcing pun tangan dia.

Malam ini tiba-tiba dia rasa nak pakai sebab sebelum ini dia gantungkan di rantai leher saja.

Ibu pula tidak tahu menahu tentang hal ini.

Dia minta masa sebulan untuk terima dan genap hari lahirnya, dia pulangkan semula bekas cincin kepada pihak sana. Cincin dia pakai, cuma bekas dia pulangkan. Tapi, peliklah dia seminggu berlalu masih tiada jawapan dari pihak sana.

Sebab itulah dia ke cafe petang tadi sebab nak cari lelaki itu. Namun, hampa bila mana lelaki itu tidak pedulikan dia.

Dia nak mulakan perbualan tetapi lelaki itu macam tidak layan. Dia bagi hint pun lelaki itu masih tidak nampak.

Sebulan lebih dia tidak berjumpa dengan lelaki itu. Nak terus bertanya dengan Puan Aida segan pula rasanya. Sebab dia sudah kembalikan kotak baldu itu.

"Ibu, adik dah buat keputusan. Nanti ibu serahkan semula bekas ini pada makcik Aida, ya?" Afaf meletakkan kotak baldu di tangan Puan Hajar.

"Adik betul-betul dah buat keputusan? Adik takkan menyesal? Atau sebab parut itu adik tolak pinangan dari pihak sana?" Sayu suara Puan Hajar. Dalam diam berharap namun andai itu keputusan Afaf, dia tidak boleh berbuat apa-apa.

AFFAN_ADRA | In EditingWhere stories live. Discover now