Part 16

3.7K 166 6
                                    

Sedar tidak sedar sudah genap sebulan sejak dia meminta umi dan abah menghantar rombongan merisik kepada Puan Hajar. Namun, sehingga kini tiada berita diterima dari pihak sana mahupun dari Puan Aida, uminya. Uminya tidak pula bertanya kerana dia sendiri tidak memberitahu apa-apa kepada mereka. Dia hanya amanahkan kepada Puan Aida untuk serahkan kotak itu saja pada si dia. Hanya kepada si penerima dia mengharapkan jawapan namun sepi. Jawapan tidak diterima kotak baldu pun tidak dapat kembali.

"Abah, along nak kahwin."

Cukup padat dia menyampaikan hasrat itu ketika mereka berdua duduk santai di luar rumah sambil menikmati angin petang. Anggun pula di dalam bilik sedang menyiapkan kerja sekolah.

Encik Fathi yang ketika itu sedang menikmati teh panas tersedak. "Ulang sekali lagi along."

"Hah, along nak kahwin?" Puan Aida yang baru muncul dengan sepinggan karipap di tangan buru-buru duduk. Setelah pinggan karipap itu diletakkan di atas meja kopi, perhatian diberikan sepenuhnya kepada Affan.

"Ingat lagikan pesan abah? Jangan pernah berkawan andai tak serius. Kalau betul-betul suka, jangan tunggu lama-lama. Kita buat cara baik. Berkenalan dengan cara baik."

Affan diam sejenak.

"Along serius abah."

"Along. Nak. Kahwin." Affan eja satu-satu ayat. Nampak tenang namun dalam hati bagai nak tercampak jantung. Gemuruh. Lihat dari wajah kedua-dua abah dan uminya, dia yakin mereka seperti tidak percaya dengan kenyataan itu. Namun, itu apa yang dia mahukan saat ini.

Sudah sampai masa untuk tamatkan zaman bujang!

'"Along tak main-main, kan? Jangan buat gurau dengan hal-hal macam ni." Ujar Encik Fathi tegas. Tidak ada angin, tidak ada ribut anaknya seorang ini nak kahwin. Masa bila anak dia ni berkawan?

AFFAN_ADRA | In EditingWhere stories live. Discover now