"Afaf duduk sini dulu, boleh?" Puan Aida menarik lembut tangan Afaf. Kini tubuh Afaf berdiri tegak di tengah-tengah. Empat pasang mata hanya melihat Afaf menanti jawapan dari Afaf.
Afaf garu kening.
Puan Hajar yang melihat situasi itu segera menyampuk. "Sekejap saja adik. Ibu nak jumpa kawan-kawan makcik Aida sekejap. Lagipun Afaf tak makan lagi, kan?"
Afaf geleng lagi. Dia sempat juga tengok lauk-pauk yang terhidang tadi. Tak sempat dia makan lagi sebab sibuk cari ibunya.
Tubuh Afaf ditolak lembut sebelah kerusi kosong bersebelahan Affan.
"Ril nak ikut makcik." Mendadak Khairil bangun. Seolah-olah faham bahasa tubuh kedua wanita itu.
"Anggun nak ikut juga." Anggun juga sama naik dengan Khairil. Segera digenggam tangan Khairil.
"Woi, jangan tinggal akulah." Tak sempat Affan nak tarik tangan Hairil untuk ikut serta.
Rasa kekok. Mujur mereka tidak menarik pandangan orang lain memandangkan kedudukan mereka hujung sedikit. Takut andai jadi buah mulut orang.
Melihat lelaki itu seolah-olah diamkan diri. "Err, awak duduklah sini. Saya cari tempat lain."
"Eh takpa. Duduklah." Affan bangun meninggalkan Afaf termanggu-manggu sendiri.
Afaf duduk juga. Takkan lah nak cari tempat lain pula.
Hampir 10 minit Afaf menunggu, tubuh sedikit menginjak ke depan bilamana wangian versace eross menyapa hidungnya.
"Makan." Dan sepinggan nasi yang dipenuhi lauk pauk diletakkan di hadapan Afaf. Afaf nak tarik nafas lega tak jadi bilamana Affan kembali duduk di belakangnya. Wangian itu cukup buatkan Afaf rasa lelaki itu dekat.
Tidak mahu terlalu larut, Afaf pandang semula pinggan nasi di depannya. Ada gulai daging rebung, ulam-ulam, sambal belacan.
Afaf cuit sedikit. Berdoa dia dalam hati supaya tak terasa rebung itu. Sebaik saja suapan pertama masuk ke dalam mulut, terpejam mata Afaf. Nampaknya telahan Afaf salah. Terlalu rasa rebung. Nak paksa telan pun tak boleh. Tekak Afaf tak boleh terima.
"Along, Afaf belum makan lagi tu. Ajak dia makan sekali. Makcik Hajar lambat lagi rasanya."
"Lagipun Afaf sorang-sorang tu. Dia tak biasa ramai-ramai. Along teman dia tau. Umi amanahkan Afaf pada along."
Sedari tadi Affan pandang telefon. Cara Puan Aida ni macam nak kenenkan dia dengan anak makcik Hajar ke macam mana. Sesekali dia menjeling sisi wajah gadis itu. Nampak macam belum terusik lagi makanan dalam pinggan gadis itu.
"Along, masuk dalam rumah sat. Ambik sambal ayam dekat dapur. Umi lupa Afaf tak makan gulai daging rebung."
Affan segera bangun. Dia masuk semula ke dalam rumah.
Pesanan ringkas dari Puan Aida membuatkan dia terjongket senyuman kecil. Dia perasan tingkah laku Afaf. Patutlah tidak luak makanan dalam pinggan gadis itu, rupanya dia tak makan gulai rebung.
"Berat mulut awak ya nak cakap tak suka?" Affan duduk kembali di meja yang diduduki Afaf. Dia duduk selang sebuah kerusi di sisi gadis itu. Dia kembali semula dengan sepinggan nasi berlaukkan sambal ayam. Dia memang nak tinggalkan Afaf memandangkan dari tadi gadis itu tidak selesa dengan dia. Tetapi, megingatkan kembali pesanan dari Puan Aida, dia membatalkan niat. Mungkin awal perkenalan mereka tersalah laku sedikit, biasalah dia pun tiba-tiba nak usik gadis itu.
YOU ARE READING
AFFAN_ADRA | In Editing
Romance'Dia adalah amanah yang akan aku jaga sehingga akhir hayat.' Afaf Adra binti Mohd Azhar. Seorang gadis yang bertubuh berisi dan mempunyai gummy smile. Dan penampilannya juga tidak menarik. Dalam diam dia menyukai seorang lelaki yang dia temui di ca...