Part 83

2.3K 107 3
                                    

Recommended song : Percaya padaku by ungu

Rambut yang masih basah dilap dengan tuala.  Telefon pintar dicapai lalu nombor Puan Hajar didail. Rindu dengan ibunya. Beberapa kali didail baru ibu mengangkat panggilannya. 

"Assalamualaikum, ibu. Buat apa tu? Ibu sihat?"

"Waalaikimussalam.  Alhamdullilah, ibu sihat. Ibu dekat luar tengah siram pokok bunga itu yang lambat angkat panggilan adik." 

"Tak kena masa lah adik call ibu ni, ya?"

Afaf terkekeh kecil. Setiap pagi memang rutin harian Puan Hajar menyiram pokok bunga. Kalau harapkan dia, layu juga pokok bunga ibu tu. 

"Adik berpantang dekat kampung tu semua okay ke?" 

Afaf terdiam. Dia gigit bibir perlahan. Kemudian, dia tunduk memandang telapak tangan yang tidak sengaja dicederakan tempoh hari. Pada masa yang sama, otak ligat berfikir sama ada dia perlu berterus terang atau tidak kepada Puan Hajar.

"Adik..."

Hanya deruan nafas Afaf yang terhela di hujung talian.

"Alhamdullilah semua okay aje ibu. Adik seronok berpantang kat sini. Nek Minah dan Tok Aki layan adik baik. Affan pun jaga adik dan Aariz tiptop." Panjang lebar dia bercerita. 

Puan Hajar yang mendengar tidak langsung menyampuk. Dia baru saja mendapat panggilan dari Affan subuh tadi yang mereka bertiga akan bertolak pagi ini. Itupun setelah didesak beberapa kali baru Affan membuka mulut. Kerana dulu pernah berlaku situasi itu di depan mata jadi dia mahu tahu cerita yang lebih lanjut. 

"Ibu...ibu dengar tak apa yang adik cakap?"

"Dengar. Adik dah siap kemas ke semua barang?" Tidak mahu larut, puan Hajar segera menukar topik.

"Dah, ibu." 

"Hati-hati balik. Dah sampai rumah jangan lupa call ibu. Kirim salam ibu pada Affan, ya. Ibu sayang anak ibu."

"Adik pun sayang ibu. Muah.." 

Tamat saja panggilan, Afaf bangun dan menuju ke arah bagasi yang terletak di tepi katil. Pakaian yang terletak di atas  bagasi itu dicapai. Affan yang memilih pakaiannya. Katanya mahu sedondon. Blouse bercorak bunga tanah pink pekat dan skrit kembang putih menjadi pilihan lelakk itu. Digayakan pakaian itu di hadapan cermin. 

Afaf mengukir senyuman hambar saat mata terpandang parut yang terbiasa pada cermin saat dia ingin menukar pakaian. Serta merta soalan Puan Hajar berlegar-legar di fikiran. Entah berapa kali dia perlu mengingatkan diri bahawa semua akan baik-baik saja. Semua itu sudah berlalu walaupun perit dia harus menerima. Mata dipejam rapat untuk membuang bayangan itu dan dia menarik nafas dalam sebelum dilepaskan perlahan. Dada yang terasa sesak dan sempit cuba ditenangkan sehabis baik. Ulas bibir tidak henti-henti mengucap kalimah Allah.  

Setiap kali berseorangan. Begitulah apa yang dia rasakan setiap kali melihat diri sendiri di dalam cermin. Hati dia mudah rapuh  maka dia sangat memerlukan pelindung seperti Affan untuk menenangkan jiwanya resah. Bukankah memang begitu sifat seorang perempuan? Atau hanya dia saja yang terlalu banyak berfikir yang bukan-bukan.

"Sayang.." Pintu yang terkuak lantas meyentakkan lamunan Afaf. Afaf bingkas rapikan baju dan sisa air mata yang mula bergenang dihapus laju. Di muka pintu tersembul wajah Affan yang kelihatan berpeluh-peluh. Affan baru balik dari berjongging di sekitar kampung. 

"Sayang dah siap kemas?" Afaf menggeleng tanpa suara. Berpandangan seketika dengan anak mata Affan sebelum dia bertindak melarikan mata ke arah lain. Dia melangkah ke arah katil semula sambil tangan lincah memasukkan segala keperluan diri di dalam beg kecil. 

AFFAN_ADRA | In EditingWhere stories live. Discover now