Part74

3.4K 175 4
                                    

"Abang dah tengok, kan sisi buruk Adra? Kalau abang nak tinggalkan Adra, Adra dah tak kisah. Aariz lebih perlukan abang daripada Adra. Adra tak layak untuk jadi seorang ibu. Mana ada seorang ibu yang berperangai buruk macam Adra. Adra tak nak orang hina Aariz sebab ada ibu macam Adra. Tinggalkan Adra, abang. Adra tak layak untuk abang."

Luluh hati Affan mendengar luahan Afaf. Langkah perlahan-lahan dibawa merapati Afaf. Wanita itu sedang berdiri menghadap tingkap. Sudah tidak nampak rupa orang dengan rambut panjang yang mengerbang bebas. "Tinggalkan Adra, abang..Tolonglah.." Bagaikan direntap jiwanya mendengar esakkan kecil dari bibir Afaf.

Seandainya Afaf tahu yang dia takkan pernah tinggalkan Afaf sendirian. Air mata jantan Affan mula mengalir.

"Sakit.. abang, Adra sakit... Abang takkan faham apa yang Adra rasa.." Bibir Afaf gigit hingga tidak sedar ia mula pecah dan merekah. Tambahan pula dadanya mula membengkak kerana terlebih susu badan. Badan mula kesakitan terkena angin. Namun, hati lebih sakit mendengar hinaan dari Makcik Senah.

Tubuh Affan mengeras sebaik saja dia berdiri di belakang Afaf.

"Sa....sayang.." Affan tergamam saat mata disapa dengan serpihan kaca di tangan kiri Afaf. Tangan kanan Afaf pula menekan-nekan bahagian dada kanan yang kian membengkak.

"Mana awak dapat kaca itu sayang?" Bisik Affan dengan nada lirih. Mata meliar sekeliling. Bagai nak luluh jantung dia melihat serpihan kaca berselerak di atas lantai di tepi katil. Tidak cukup dengan itu, ada titisan darah pada lantai kayu tersebut. Berkerut kening sambil mata dia mengikut titisan darah itu sehinggalah matanya terhenti pada kaki Afaf. Dia sangat yakin yang darah itu dari telapak kaki Afaf.

"Kalau Adra buat lakaran lagi dekat tubuh Adra mesti abang akan tinggalkan Adra, kan? Abang pun mesti jijik dengan Adra. Macam makcik tadi tu, dia langsung tak tengok parut Adra. Mata dia pejam aje dari pandang parut hitam ni. Buruk, hodoh. Siapa yang nak Adra ni, kan?Hahahaha.." Afaf mula terkekeh kecil berselang seli dengan esakkan. Telinganya mula mendengar berbagai bisikkan. Segala hinaan, cacian dan makian berselang seli dengan ketawa ejekkan dari mulut-mulut orang luar. Bertahun-tahun dia hadap seorang diri. Tiada siapa yang tahu. Tiada siapa yang mendengar luahan hatinya. Tak ada siapa!

"Biarkan Adra mati abang. Kalau dengan kematian Adra boleh puaskan hati makcik mulut busuk tu, Adra akan buat." Tempik Afaf kuat dengan tangisan makin menderu laju. Kaca yang dipegang dari tadi dibawa ke bahagian leher.

"Kakak, bawa adik sekali jumpa kakak. Adik nak kakak. Dekat sini, semua dah tak nak dengan adik." Afaf tersenyum manis. Mata terarah pada satu pokok yang pernah dia duduk bersama Affan dulu. Seolah-olah dia nampak bayang-bayang Ardina sedang tersenyum sambil menggamit dia untuk mendekat.

"Ya Allah, mengucap Afaf Adra binti Mohd Azhar." Keras nada Affan.

Tubuh Afaf dipusing laju menghadapnya. Tingkap yang terbuka luas ditutup rapat. Sudah hampir waktu magrib. Emosi Afaf kian tidak stabil. Dia sangat risau. Apa-apa boleh jadi dengan Afaf kerana tubuh Afaf mula melemah. Segala pesanan Doktor Asiah berlegar-legar di dalam fikirannya.

"Saya tahu Afaf seorang yang banyak memendam. Apa pun yang jadi, slow talk dengan dia. Jangan biarkan dia seorang diri kalau emosi dia terganggu. Saya tahu kamu jaga dia dah cukup baik. Kamu suami yang baik. Tapi, orang yang berada di sekeliling Afaf tu yang saya risau. Saya tahu pandangan orang terhadap Afaf."

"Jangan biarkan si ibu sampai meroyan. Bahaya."

"Lepaskan Adra, lepaskan Adra..biar Adra mati.." Pekik Afaf lantang. 

"Ni, tengok. Cantik lakaran yang Adra buat dekat tangan. Abang nampak tak?" Langsung wajah tidak menunjukkan riak sakit. Malah, Afaf tersenyum lebar menyaksikan darah merah mula tercemar di telapak tangan.

AFFAN_ADRA | In EditingWhere stories live. Discover now