Part 33

3.9K 168 1
                                    

'You Win if I lower my ego and show you my clingy side.'

and 

'You Win if i show you my childish side.'


Afaf tunduk menekur lantai. Dia ketika itu sedang duduk bersila di atas katil. Sesekali dia mengangkat wajah memandang belakang tubuh Affan yang diam sejak dia naik ke bilik. Dia berdehem beberapa kali untuk menarik perhatian Affan, namun hampa bila lelaki itu masih diam.

Afaf ketuk kepala sendiri. Apa lah yang kau buat Afaf? Hari pertama dah jadi isteri, macam-macam kau buat ya? Tak cukup lagi ke bukti yang Affan tunjuk dekat kau?

"Ab...Ab.." Afaf tepuk bibir sendiri. Apa yang susah sangat nak mula ni wahai Afaf Adra?

Afaf tunduk lagi. Dia memejam mata seketika sebelum buka semula. Dia pandang lagi belakang Affan yang mana lelaki itu sedang tunduk bermain telefon pintar di tangan. Dia mengambil bantal peluk di sisi lalu diletakkan di atas riba. Dia berfikir-fikir nak gunakan bantal ini saja nak tarik perhatian Affan. Tapi, kalau baling dekat Affan nanti, dicop isteri derhaka pula. Dia tidak suka bila Affan diam lagi bila dia memanggil lelaki itu. Sah, suaminya itu marah. 

"Kalau dah tergeliat lidah nak panggil tu, tak payah nak memaksa. Affan cakap apa dengan Adra sebelum ini. Slow-slow sudah." Ujar Affan setelah lama berdiam diri. Lenguh dah dia berdiri dari tadi. Bibir dikemam supaya ketawa tidak meletus. Dia boleh bayang dah macam mana muka toya Afaf. 

Astagfirullah.. mengumpat Adra tak baik, Affan.

"Ab..Ab...Affan." Tergagap-gagap suara Afaf. Dia dah kena tegur dengan ibu sebab tak tukar lagi panggilan buat suami. Nak tergeliat lidah nak sebut perkataan yang satu itu. Memanglah dia rasa Affan tak marah tapi...

"Itu basic adik. Ibu berani jamin Affan akan cair." 

Afaf rasa nak terjun balkoni sekarang juga. Puan Hajar tidak tahu ke perkataan itulah yang Afaf susah nak sebut. Tetapi, itulah yang Puan Hajar suruh buat. Siap mengusik lagi, kata nak pujuk Affan, kan? 

Memanglah dia nak pujuk Affan, tapi tak ada cara lain ke? 

Bagi makan dekat Affan ke?

Bagi coklat, kalau tidak bunga ke? 

Bila dia tanyakan kepada ibu. Ibu cakap..

"Kalau tak mau panggil 'abang', peluk dia terus. Confirm ibu dapat cucu awal." 

Afaf tepuk pipi mengingatkan hal itu. Memang tidaklah dia nak buat begitu. Afaf hembus nafas berkali-kali. Kedua-dua pipi yang menghangat dan memerah disentuh. 

Affan kerling di hujung mata. Bibir terjongket senyuman kecil. 

"Kenapa tu Adra? Panggil Affan atau nak test vokal? Dari tadi tergagap-gagap?" 

Niat dia tadi nak memanggil Afaf selepas dia selesaikan cucian di dapur, ingat nak ajak Afaf ke cafe sekali. Tapi, bila dia mendengar perbualan tersebut, dia terasa hati. Jadi, dia terus naik ke bilik. 

'Fan, lambat lagi ke?' - Khairil

'Sat, tengah pujuk isteri ni. Kau tunggulah.' Affan 

'Untunglah dah ada isteri. Aku ni jugak lah tak laku-laku. Nak mengorat anak dara orang, kau tak bagi.' - Khairil

AFFAN_ADRA | In EditingWhere stories live. Discover now