Part 40

3.8K 157 6
                                    

Afaf yang sedang duduk bertinggung menegakkan tubuh. Bibir bernyanyi kecil untuk menghilangkan rasa sunyi. Tubuh direnggangkan ke kiri dan kanan. Hampir sejam lebih dia mencuci pinggan mangkuk yang digunakan semasa gotong royong siang tadi. Esok hari barulah diadakan kenduri kesyukuran meyambut cucu menantu. Dia dan Affanlah cucu menantu yang akan disambut itu.

Tangan yang sedikit basah itu dilap dengan kain batik yang dipakai. Dia masuk ke dalam rumah bersama pinggan mangkuk yang dicuci tadi. Setelah itu, kain batik sebagai alas yang sudah siap didamparkan oleh Nek Minah tadi di penjuru dapur, dihampiri. Kemudian, pinggan mangkuk yang dia bawa masuk bersama tadi disusun di situ. Bibir mengoyak senyuman lebar melihat pinggan mangkuk itu sudah siap disusun cantik.

Kerusi meja makan dihampiri dan dia melabuhkan punggung di situ untuk melepaskan lelah. Alas tangan menjadi tempat untuk dia melapik kepala. Suara ketawa di ruang tamu, menyapa telinga Afaf membuatkan dia tersenyum hambar. Hanya tinggal kaum hawa saja di rumah memandangkan kaum lelaki termasuk Nek Minah ke surau.

Affan tidak ada. Dia ditugaskan untuk menjadi penceramah di surau. Sempat Affan berpesan untuk masuk tidur terus dan tidak perlu buat apa-apa tetapi dia sudah melanggar arahan. Dia sendiri yang sibukkan diri di dapur sendirian sebab dia rasa kehadiran dia di sini seperti tidak diraikan. Rasanya Nek Minah dan Tok Aki saja yang baik dengan dia, sepupu sepapat Affan semua pulaukan dia. Sesekali tangan yang sudah kecut bermain air sabun, digenggam erat. Kalau Affan dapat tahu, macam mana agaknya?

"Uishh, dah cuci calat pinggan mangkuk kau basuh. Aku baru nak datang tolong kau." Sinis suara Hani yang sedang bersandar di anak tangga. Afaf hanya tersenyum sambil melihat langkah kaki Hani yang kian menghampiri.

"Kenapa? Teringin nak jadi cucu menantu kesayangan pulak? Tak malu ke nak jadi attention seeker kat sini?" Hani menolak tubuh Afaf ke belakang ketika gadis itu bangun dari duduk.

Afaf senyum saja. Fizikal dia sudah penat nak berbalah dengan orang. Dalam fikirannya hendak masuk tidur saja memandangkan Affan akan pulang bila-bila masa saja. Dia tidak mahu kalau Affan melihat keadaan tegang begini, lelaki itu akan bertindak di luar jangkaan. Lagipun, dia sudah masak dengan perangai Affan yang satu itu.

Kalau Affan melarang dan dia tidak mendengar cakap, bersedialah untuk menerima silent treament dari Affan.

"Bukan main kau mengeletis dengan abang long. Kau ni tak ada rasa malu ke dengan orang kampung? Orang lain sibuk dok gotong royong, yang kau dok berkepit dengan laki? Kau ingat kau sorang yang ada laki?" Suara petir dari Hani menampar telinga.

Afaf mengemam bibir rapat. Nak membela diri? Buat apa? Sedangkan memang betul cakap Hani. Sepanjang gotong royong berlangsung, memang dia berkepit dengan Affan. Affan langsung tak bagi dia ruang untuk bersendirian. Mungkin sebab inilah Hani pandang dia tidak puas hati dari tadi. Lagipun dia sendiri tidak tahu apa motif Hani yang sebenar. Dia bukan kacau orang pun, kan?

"Kau ni bisu ke? Aku tanya jawablah!" Menyinga wajah Hani.

"Hani, abang long dah balik." Mata Afaf terarah pada seorang lagi sepupu Affan, Aina tidak silap dia berlari anak mendapatkan Hani. Setelah itu, mereka sedang berbisik sesuatu.

"Woi, pergi masuk bilik." Afaf yang baru mengurut pinggang tersentak saat tubuh dia ditolak kasar sehingga terkena dengan bucu meja. Bibir melepas decitan sakit. Diusap sisi pinggang yang terasa sedikit perit dan pedih.

Lambat-lambat kaki Afaf memijak anak tangga. Mujur bilik mereka berdekatan dengan tangga. Affan kata senang nak ulang alik kalau Afaf nak ke tandas. Lagipun ruang tamu depan sudah dipenuhi dengan sepupu-sepupu yang lain. Rumah Tok Aki dan Nek Minah ada 3 bilik saja. Satu bilik dihuni oleh tuan rumah itu sendiri dan lagi satu bilik sembahyang. Hanya mereka berdua saja pasangan suami isteri di dalam rumah itu. Kaum lelaki pula menyewa di homestay.

AFFAN_ADRA | In EditingWhere stories live. Discover now