Seawal jam 4 pagi Afaf bangun. Bunyi berdeting dari ruang dapur membuatkan senyuman kecil Afaf terbit. Nampaknya Puan Hajar sudah bangun dahulu. Afaf mengeliat kecil. Katil dikemaskan. Tidak mahu melayan kantuk dia bangun mencapai tuala yang disangkut di belakang pintu.
Hampir 15 belas minit dia mandi, dia keluar dengan lengkap berpakaian baju batik kedah dan berkain batik. Simple. Sempat juga dia dirikan solat sunat tahajud mendoakan kebahagian keluarga kecilnya. Dan juga jodoh untuk dirinya.
"Selamat pagi, ibu." Sapa Afaf ceria. Tubuh Puan Hajar dipeluk dari belakang.
"Adik dah solat?" Melihat anggukan Afaf, Puan Hajar tersenyum kecil.
Afaf dan dia, hilang tempat bergantung. Encik Azhar, suaminya meninggal dunia ketika Afaf dan Ardina masing-masing berusia 4 tahun dan 6 tahun akibat kemalangan jalan raya. Dan pada usia Afaf meningkat usia 23 tahun, Ardina pula dijemput ilahi.
Bagai separuh nyawa dia hilang saat Afaf berlemuran darah tidak sedarkan diri. Manakala, Ardina meninggal di tempat kejadian. Andai Afaf juga tinggalkan dia, entah apalah puan Hajar nak buat.
"Ibu.." Afaf senyum kecil. Melihat lamuman puan Hajar tahulah dia apa yang ibunya fikir.
Puan Hajar senyum kecil. Tidak mahu larut dengan masa lalu, Puan Hajar meneruskan kerja yang tergendala tadi. "Adik, sambal ayam ibu belum buat. Boleh adik buatkan?"
Afaf mengangguk laju.
Hampir 2 minggu berlalu, setelah berbincang dengan ibu, mereka mengambil keputusan untuk mencuba dahulu. Serta merta ingatan kembali dua minggu yang lepas.
"Ibu, adik ada cadangan. Apa kata kita berniaga dekat lain pula?" Affan menghampiri Puan Hajar. punggung dilabuhkan di sisi ibunya.
"Berniaga dekat mana tu adik? Adik sendiri tahukan susah nak cari tempat berniaga. Lagi-lagi kalau majlis masuk campur, susah kita nak berniaga. Mujurlah tempat yang kita niaga sekarang tak ada orang report, tidak naya kena serbu dengan pihak majlis."
Kad nama cefe Af_Dry disuakan kepada Puan Hajar. "Masa adik niaga minggu lepas, orang yang selalu beli nasi lemak kita tu bagi adik kad ni. Dia kata nak letak nasi lemak kita sebagai menu utama dekat cafe tu. Adik nak tanya ibu dulu. Kalau ibu tak ada masalah, baru adik call."
Puan Hajar ambil dan baca nama serta nombor yang tertera di situ. "Kalau dari segi harga macam mana adik. Ibu bukan apa, risau kalau tak laku. Kalau tempat biasa tu, orang dah kenal kita. Tapi, kalau letak dekat sini, ada orang nak beli ka?"
"Ibu juga cakap dengan adik kena percaya dengan rezeki. Kita cuba dulu boleh, ibu? Kalau tak laku, kita berniaga tempat biasa semula." Ujar Afaf lagi. Tangan Puan Hajar digenggam lembut.
"Kalau macam itu, okaylah. Kita cuba dulu. Nah, adik call tanya dia macam mana." Puan Hajar serahkan semula kad itu kepada Afaf.
YOU ARE READING
AFFAN_ADRA | In Editing
Romance'Dia adalah amanah yang akan aku jaga sehingga akhir hayat.' Afaf Adra binti Mohd Azhar. Seorang gadis yang bertubuh berisi dan mempunyai gummy smile. Dan penampilannya juga tidak menarik. Dalam diam dia menyukai seorang lelaki yang dia temui di ca...