"Abang, tolong angkat Adra. Penat." Affan mengukir senyuman. Bawah ketiak Afaf disauk lalu diangkat keluar dari kereta. Afaf pula menarik nafas lega. Lenguh apabila duduk terlalu lama di dalam kereta. Selepas selesai solat isyak tadi, tekak pula tiba-tiba teringin nak makan sotong buncit jahat.
Perjalanan yang mengambil masa hampir satu jam setengah memandangkan di sekitar rumah mereka tidak ada kedai yang menjual makanan yang dia inginkan. Membayangkan saja sudah buat dia kecur air liur. Terpejam mata Afaf sambil membayangkan kelazatan sotong besar itu masuk ke dalam mulut.
"Sayang okay tak ni? Nak abang urutkan tak?" Sisi pinggang Afaf diurut lembut. Bila tiba saja malam atau Afaf duduk lama dalam kereta, memang Afaf selalu mengadu lenguh pinggang.
"Tak apa abang. Adra okay aje. Kalau Adra penat, abang boleh tolong papah Adra, kan?" Afaf tersengih lebar. Beg sandang yang melorot jatuh ditarik ke paras bahu semula. Bukan ada apa pun, hanya kudap-kudap yang Afaf bawa dari rumah saja. Duit, bank bergerak di sebelah sudah ada.
"Boleh aje sayang. Nak abang kendong sayang sampai depan kedai pun tak apa." Tangan Affan yang berada di pinggang Afaf, ditarik rapat ke arahnya. Risau sangat tengok Afaf yang belum berdiri sepenuhnya.
"Abang nak sweet pun agak-agaklah. Nanti orang tengok, diorang kata apa pulak! Ada pula bini besar macam tong drum, lelaki kurus kering minta kena gendong. Patah riuk pinggang abang nanti. Lagipun, Adra rasa berat Adra makin naik, hurghh..." Afaf pandang tubuh sendiri.
"Apa guna sayang kita bukak gelanggang WWE tengah-tengah malam kalau tak dimanfaatkan. Rugi." Affan smirk. Senyuman nakal tertayang buat Afaf laju saja menekup mulut Affan. Mata diliarkan sekeliling, risau kalau ada orang yang mendengar perbualan mereka.
Affan mengangkat bahu tanda tidak kisah. Tahu pula segan. Setiap kali Afaf mengadu berat badan dia naik, Affan suka menyuruh Afaf naik di atas belakang lelaki itu ketika Affan membuat push up. Itulah yang Affan maksudkan apa guna dia workout kalau tidak diajak Afaf sekali untuk menguji ketahanan badan.
"Kalau melayan abang sampai esok Adra tak menang. Dah, jom. Adra lapar." Afaf mengusap perutnya. Affan yang melihat menahan bibir supaya senyuman tidak terlakar lebar. Dengan memek muka Afaf macam budak-budak yang tak sabar. Afaf cepat memaut lengannya. Setiap kali tekak Afaf menginginkan sesuatu, jauh perjalanan yang memakan masa berjam pun Affan sanggup redah. Janji kempunan Afaf tertunai.
"Abang, nanti order sotong yang paling besar tau." Becok mulut Afaf bercakap apabila mereka berjalan seiringan ke arah restoran tersebut.
"Adra boleh habiskan ke? Tak nak berkongsi dengan abang? Nanti tak habis membazir pula." Affan tunduk melihat wajah Afaf.
"Ishh, abang ni, kan. Adra tahulah seekor sotong tu mahal. Tapi, tekak ni teringin nak makan hat paling besar. Kalau tak nak belikan tak apalah. Jom kita balik." Bibir Afaf mencebik. Affan kedekut. Afaf hentak kaki tanda protes. Tubuh Affan ditolak kemudian dia berpaling menuju ke arah kereta semula.
Affan tepuk bibir sendiri. Tersalah cakap lagi. Langkah besar diayun semula ke arah Afaf. Bibir dikemam lagi melihat langkah Afaf yang sedikit mengah ketika berjalan itu. Sebaik saja dia tiba di belakang Afaf. Tubuh Afaf dipusing ke arahnya. Afaf kalau merajuk, memang belakang bonet itu dia tuju dahulu.
"Sini, duduk dulu dekat abang." Affan menurunkan separuh tubuh. Kaki kanan dijatuhkan sehingga lutut mengenai tanah. Sebelah kaki lagi menahan tubuh. Affan tepuk pahanya mengamitkan Afaf ke arahnya. Lambat-lambat Afaf melabuhkan duduk di pangkuan Affan. Sempat dijeling wajah Affan. Nak romantik tak kena tempat.
"Kenapa marah-marah ni, hmmm?" Sebelah tangan dibawa ke belakang tubuh Afaf untuk menyokong. Jatuh kang, naya. Kemudian, Affan mengusap bahu Afaf lembut. Tangan sebelah lagi menggengam erat tangan Afaf.
YOU ARE READING
AFFAN_ADRA | In Editing
Romance'Dia adalah amanah yang akan aku jaga sehingga akhir hayat.' Afaf Adra binti Mohd Azhar. Seorang gadis yang bertubuh berisi dan mempunyai gummy smile. Dan penampilannya juga tidak menarik. Dalam diam dia menyukai seorang lelaki yang dia temui di ca...