Setelah kejadian tadi, tanpa apa-apa Afaf kembali semula ke kereta. Dia berniat ingin menunggu ibunya di dalam kereta saja. Lelaki itu pula dia tidak tahu ke mana. Selepas dia habis makan tadi, lelaki itu pun sudah tiada.
Setelah dia masuk ke dalam kereta, dahinya disandarkan pada stereng kereta. Panas dan hangat tapi langsung dia tidak kisah. Kunci kereta dia masukkan ke dalam lubang kunci. Dia mengeluh berat. Kereta itu tidak hidup pula. Dia cuba sekali lagi namun tetap juga sama.
Dia rasa nak menangis. Apa malangnya hidupnya hari ini. Dijadikan bahan jenaka dan berjumpa dengan lelaki yang hampir membunuhnya.
Mainan apa pula kali ni.
Sungguh dia penat.
Tiada siapa yang tahu apa yang dia lalui kecuali dia dan 'seseorang' itu.
Tidak mahu terlalu memikirkan Afaf angkat muka semula. Dia pegang pipi yang terasa panas terkena stereng tadi. Saat dia ingat sesuatu, laju saja tangan membuka semula dashboard kereta. Di situ, ada beberapa batang lolipop pelbagai jenis perisa.
Afaf ambik dan dia buka plastik lolipop tersebut. Terpejam matanya saat manisan itu bersatu. Disaat hati rasa resah gelisah, manisan itu kembali menenangkan dia.
Lolipop.
Afaf tertawa kecil selepas itu. Lolipop ini mengigatkan dia dengan lelaki itu semula.
He's lot of surprise, it's?
Pipi memerah saat ingat insiden itu. Baju koyak tapi digantikan dengan lolipop. Confident ya lelaki itu.
Tapi, hari ini banyak mulut pula lelaki itu. Dia pula yang segan. Dia pegang dada sendiri. Berdegup tidak menentu bila mana wajah itu terlayar di mata.
Afaf cepat-cepat hapus bayangan nakal itu.
"Er,ibu...." Afaf dekati semula Puan Hajar yang rancak bersembang dengan kaum ibu-ibu.
"Aik, kenapa tak balik lagi? Ibu balik lambat lagi ni adik."
"Ibu nak balik dengan apa?" Beria-ria ibunya suruh datang katanya nak balik sekali. Alih-alih tak jadi pula.
"Takpa,nanti ibu tumpanglah siapa-siapa yang nak balik. Segan pula ibu nak balik awal sedangkan majlis tak selesai lagi."
Afaf selesakan duduk. Biarlah dia tunggu ibu. Mana tahu sekejap lagi keretanya itu nak hidup. Kalau tunggu dalam kereta mahu mati rentung dia di dalam sana.
"Kenapa ni dik?" Soal Puan Hajar dengan nada risau. Setahu dia Afaf bukan boleh duduk lama-lama di tempat ramai orang.
"Ibu sembanglah dulu. Adik tunggu. Kita balik sekali." Afaf tarik senyuman lebar.
"Kereta rosak lagi, ya?" Lambat-lambat Afaf angguk.
Puan Hajar bangun tinggalkan Afaf termanggu-manggu sendiri.
YOU ARE READING
AFFAN_ADRA | In Editing
Romance'Dia adalah amanah yang akan aku jaga sehingga akhir hayat.' Afaf Adra binti Mohd Azhar. Seorang gadis yang bertubuh berisi dan mempunyai gummy smile. Dan penampilannya juga tidak menarik. Dalam diam dia menyukai seorang lelaki yang dia temui di ca...