Mata Afaf meliar ke arah garaj rumah. Affan kata tunggu dia di dalam kereta saja sementara lelaki itu tukar baju. Tetapi, hanya ada satu saja kereta di situ. Kaki melangkah ke arah kereta itu dengan dahi yang berkerut seribu. Tidak puas hati, dia berpusing mengelilingi kereta tersebut. Macam dia pernah nampak kereta ini, tapi dekat mana ya?
Kereta kesukaannya dan warna hitam berkilat. Kemudian, Afaf menyengih lebar. Teruja.
"Kenapa tak masuk dalam kereta lagi cik puan?" Sergah Affan dari belakang. Khairil pula awal lagi dia halau. Marah juga lelaki itu kerana terpaksa menunggu lama, penyudahnya dihalau olehnya pula.
Namun sebaik saja dia mengunci pintu rumah, kelihatan wajah Afaf benar-benar teruja seolah-olah tidak pernah nampak kereta itu pula.
"Ini kereta Affan ke? Bukan Affan sewa?" Soal Afaf dengan teruja. Digoncang tubuh Affan berkali-kali. Tidak cukup dengan itu dicubit lengan Affan. Bila Affan meringis sakit, barulah dia percaya kereta itu wujud di hadapannya.
"Iyalah, kereta Affan. Kenapa?" Jawab Affan sambil membuka pintu di bahagian tempat duduk penumpang. Dia bergerak ke tepi dan menjemput isterinya untuk masuk ke dalam kereta. Afaf tidak tunggu lama, terus masuk ke dalam dengan riak wajah masih belum percaya.
Affan menutup pintu lalu berlari anak ke arah bahagian pemandu pula.
"Seriuslah kereta Affan? Eeee... Adra baru berangan nak naik kereta macam ini, tahu? Tak sangka Adra boleh naik jugak! Selesa sungguh ni Affan. Cantiknya." Suara ceria Afaf kedengaran sebaik saja Affan memboloskan diri ke dalam kereta. Matanya bersinar dan sesekali tanganya teruja menyentuh bahagian dashboard kereta tersebut. Nampak mewah dan kemas sungguh. Tidak cukup dengan itu, jemarinya menyentuh logo di stereng kereta tersebut. Seketika, dia memejam mata menyedut bauan Affan yang turut bercampur di dalam kereta itu.
"Patutlah Adra usya kereta Affan macam nak tembus biji mata." Affan ketawa kecil melihat reaksi si isteri. Masih dia ingat lagi kelakuan Afaf, bukan main teruja lagi gadis itu melihat kereta dia.
"Hah? Mana Affan tahu?" Membulat mata Afaf dengan jawapan dari Affan. Dia memang begitu, kalau dia nampak sesuatu yang dia suka, memang tak boleh nak sorok dah muka teruja dia.
Affan tidak terus menjawab. Sebaliknya dia berpusing menghadap Afaf dan bibir mengoyak senyuman tipis melihat wajah polos Adra. "Mana boleh bagitahu."
Afaf mencebik geram. Main rahsia pula si Affan ini.
"Pakai tali pinggang dulu Adra." Mengendur tubuh Afaf sebaik saja Affan mendekat dan tanpa kata suaminya menarik tali pinggang di sisi pintu lalu ditekan di tempatnya.
"Af...Affan.." Terpejam mata Afaf sebaik saja wangian dari tubuh Affan menusuk hidung. Bauan kuat namun tidak menyakitkan langsung hidung Afaf.
"Kenapa sayang?" Affan berbisik di hadapan Afaf.
"Errk... Khairil dah tunggu, kan? Jomlah pergi cafe dulu." Afaf tolak tubuh Affan menjauh. Otaknya laju berfikir apa yang berlaku di dalam bilik tadi. Cukuplah jantung dah lari tempo ni.
Affan tunduk seketika. Bibir tersengih malu setelah itu dia menjauhkan tubuh dan turut memasang tali pinggang di tubuh lalu brek tangan diturunkan. Kereta audi tersebut bergerak perlahan-lahan keluar daripada rumah Encik Fathi.
Kereta Audi hitam milik Affan berhenti di sebuah rumah setingkat itu. Dia melepaskan tali pinggang keledar. Tubuh di sendengkan ke arah Afaf yang masih diulit mimpi. Bibir ketawa kecil, perjalanan tidak sampai setengah jam tapi Afaf mudah betul terlena.
Tersedar sesuatu, Affan panjangkan tangan membuka dashboard kereta. Di dalam itu, ada Al-Quran milik Afaf yang diberikan oleh Puan Hajar pagi tadi. Puan Hajar kata itu adalah Al-Quran kegemaran Afaf sebab itulah ibu mertuanya bawa sekali.
YOU ARE READING
AFFAN_ADRA | In Editing
Romance'Dia adalah amanah yang akan aku jaga sehingga akhir hayat.' Afaf Adra binti Mohd Azhar. Seorang gadis yang bertubuh berisi dan mempunyai gummy smile. Dan penampilannya juga tidak menarik. Dalam diam dia menyukai seorang lelaki yang dia temui di ca...