Part 30

4.9K 190 2
                                    

"If your soul feel happy around him then Allah has written him for you.'

"Sini, dekat Affan."

Ketika Afaf naik ke bilik tadi, hampir masuk waktu subuh. Affan suruh naik tidur semula tapi perut kenyang lagi. Jadi, dia hanya duduk bersila di atas katil sambil bermain telefon. Sehingga tubuh Affan masuk ke dalam bilik dan lelaki itu solat subuh sendirian.

Lambat-lambat Afaf dekati Affan. Di hadapan lelaki itu sudah tersedia bantal sebagai pelapik untuk duduk. Affan pula masih di atas sejadah. Segak berjubah dan berkopiah.

Ustaz Affan sangat gayanya.

"Perut sakit lagi? Nak Affan urutkan tak?"' Gelengan dari Afaf membuatkan Affan menarik nafas lega.

Kelam kelibut juga dia semalam mencari hot bag pack bersama Khairil. Puas pusing juga hendak mencari sebab perlu mendapatkan segera.

"Okay, sekarang cerita dengan Affan masalah Adra." Affan mulakan bicara sebaik saja dia melihat si isteri telah duduk selesa di atas bantal itu.

Sepanjang bertunang memang mereka tak jumpa langsung. Lagipun dia sendiri tidak mahu bertunang terlalu lama.

Persiapan majlis pun dia tidak masuk campur. Bahagian dia, dia uruskan dengan Khairil. Dan untuk Afaf pula, apa yang dia rasakan terbaik buat Afaf, dia setuju saja. Lagipun ada umi dan Khairil sebagai mata-mata untuknya. Anggun juga ada jagakan Afaf untuknya.

Dia tahu ada sesetengah yang mempertikai hubungannya dengan Afaf. Iyalah, ramai yang terkejut dia nak kahwin sedangkan dia tidak pernah berkenalan dengan perempuan.

Kes isterinya itu mamai semalam pun dia tidak pasti adakah Afaf dalam sedar atau tidak.

Selagi Afaf tidak buka mulut, dia takkan bertanya lebih.

"Afaf Adra, cakap dengan Affan.." Affan peluk tubuh. Dia pasang riak serius bila mana Afaf masih diam.

Afaf diam lagi. Dia menggaru kening yang tidak gatal. Mata diliarkan sekeliling dari berpandangan dengan Affan.

"Kenapa diam ayang, hmmm?" Affan melambai-lambai tangannya ke arah Afaf. "Affan dekat depan Adra ni."

"Adra ingat Adra tak laku... Huarghhh...." Afaf meraung. Sengaja bibir disebek nak menarik perhatian Affan. Afaf kesat tubir mata yang kering itu. Saja nak berdrama pagi-pagi dengan Affan.

Affan ketawa kecil. Nak tarik perhatian Afaf untuk bercakap dengan dia pun, alahai....

Kena panggil ayang, baru nak bersuara si Afaf ni.

"Haipp.."

"Kenapa sayang cakap macam tu?"

"Nak kena babap jugak budak kecik ni."

Lembut suara Affan memujuk.

"Adra sedih. Kenapa lambat sangat Affan nak jumpa Adra? Kenapa Affan lambat sangat nak notice Adra? Adra penat tau, Fan."

Penat Afaf nak jelaskan. Dia tidak tahu nak menjelaskan macam mana. Dia harap Affan tahu dia sukakan lelaki itu. Tetapi, macam mana dia nak mendekati Affan kalau lelaki itu nampak tidak berminat dengan dia.

Affan biarkan saja isterinya itu reda sendiri.

"Dah?"

Affan layankan saja kerenah Afaf.

"Hmmm..."

Affan pandang Afaf. Affan pandang Afaf. Satu dengan pandangan berbalam satu dengan pandangan redup.

"Siapa cakap Affan tak nak Adra? Affan saja jual mahal. Jual murah satgi ramai orang minat pulak! Affan nak Adra tengok Affan sorang." Affan mengomel kecil. Dia memandang ke arah lain sambil menggosok leher. Malu.

AFFAN_ADRA | In EditingWhere stories live. Discover now