Part 36

4.1K 167 5
                                    

'Andai kamu tahu rumah ternyamanku, adalah kamu."


Affan mengunci tubuh Afaf di sebalik comforter itu. Sesekali dia menggelang mengenangkan sikap nakal isterinya tadi. Setelah dia kembali tenang tadi, dia ingat nak masuk semula jumpa Afaf tapi isterinya itu sudah terlena. Jadi, dia keluar dari bilik dan kembali semula dengan segelas air suam untuk Afaf minum andai isterinya sudah terjaga. Dia juga sengaja tinggalkan sticky note untuk Afaf. Sudah buat jantung dia lari tempo, nak melarikan diri pula. Dia kenal sangat dengan sikap isterinya itu.

Dia kerling lagi cawan yang masih tidak terusik dari tadi. Namun, sticky note yang dia lekatkan tidak ada. Maksudnya semasa dia masuk ke bilik tadi, memang Afaf dah sedar.

"Adra, Affan nak solat magrib dulu. Boleh Adra tunggu?"

"Boleh." Afaf menyahut laju di sebalik selimut. Bibir Affan kembali lebar dengan senyuman sebelum tubuh menghilang ke dalam bilik air.

Setelah hampir 10 minit menunggu, Afaf kembali sorokkan diri di dalam comforter ketika dia nampak kelibat Affan keluar dari bilik air. Dia tidak mahu matanya tercemar andai dia memandang tubuh Affan.

Affan pula hanya mampu menepuk dahi dengan kelakuan Afaf. Dia tunduk memandang tubuh sendiri yang sudah lengkap dengan baju thirt hitam dengan kain pelikat. Dia juga ada rasa malu nak tunjuk tubuh badan sendiri.

Setelah itu, dia menunaikan solat magrib sendirian.


Afaf hanya duduk bersila di sisi Affan yang sedang mengalunkan ayat-ayat suci Al-Quran sementara menunggu masuk waktu isyak. Sesekali mata dipejam menikmati suara lunak si suami. Semasa Affan solat magrib tadi, dia mengambil keputusan untuk mandi pula.

Usai dia mandi tadi, sebelum keluar dari bilik air sempat dia mengintai keberadaan Affan. Kelihatan Affan begitu khusyuk membaca Al-Quran tanpa menghiraukan keadaan sekeliling. Namun, di sisi lelaki itu sudah tersedia bantal sebagai pelapik untuk duduk.

Sekecil-kecil itupun mampu membuatkan Afaf rasa terharu.

Affan, melakukan semua hal tanpa dia meminta.

Mungkin..

Dia terlalu awal memuji.

Namun, dia yakin dengan pilihanNya.

Dan juga sticky note yang Affan pernah tinggalkan untuknya.

Kata lelaki itu,

Hadirnya seseorang dalam hidup terkadang sebagai ujian.

Terkadang,

Hadirnya seseorang itu sebagai kebahagiaan hidup.

Jadi,

Dia memilih yang kedua kerana dia yakin kehadiran Affan membawa sinar kebahagiaan dalam hidupnya. Tubuh belakang Affan dipandang redup. Tiba-tiba hati rasa sayu semacam mengingatkan sesuatu.

Dada yang terasa sebu ditumbuk perlahan. Kenapa ketika dia dekat dengan tubuh itu, hati mudah sungguh tersentuh?

Berkali-kali dia menindakkan namun, ternyata ia memang realiti. Di saat dia jatuh tertuduk suatu ketika dulu untuk menerima takdir akan sebuah kehilangan, dia terlupa sesuatu yang indah akan menanti kelak.

"Adik, kalau suatu hari nanti kakak dah tak ada di sisi adik..."

"Kalau kakak dah tak boleh lapkan air mata adik ketika adik sedih.."

"Kalau kakak dah tak ada untuk jadi tempat adik bercerita dan meluah saat adik perlukan bahu untuk bersandar.."

"Carilah lelaki yang lebih menghargai dan sayangkan adik lebih dari adik sayangkan dia. Kerana, cinta mereka bukan main-main. Sekali mereka jatuh sayang, selamanya mereka akan sayang. Jangan jadi macam kakak. Buta dengan ayat cinta lelaki yang akhirnya memakan diri kakak. Maafkan kakak sebab tak pernah dengar nasihat adik."

AFFAN_ADRA | In EditingWhere stories live. Discover now