"Assalamualaikum."
Terpancul wajah Encik Fathi dan Puan Aida saat Afaf membuka pintu.
"Wa'alaikumussalam." Afaf tunduk mencium tangan Puan Aida lalu dia bergerak ke tepi untuk mereka masuk ke dalam rumah.
"Siapa tu dik?" Laung Puan Hajar yang berada di dapur.
"Pakcik dengan makcik duduk dulu, ya. sekejap Afaf panggilkan ibu." Afaf tunduk hormat lalu berlalu pergi
Encik Fathi dan Puan Aida melabuhkan punggung di atas sofa berangkai tiga itu. Tidak sampai beberapa minit muncul Puan Hajar dari dapur
"Eh, Ida dengan Fathi rupanya. Ingatkan siapa tadi." Setelah selesai mereka bersalam, Puan Hajar duduk di atas sofa single.
Afaf tidak ikut serta kerana dia sedang sediakan pencuci mulut di dapur. Lagipun perbualan dengan orang-orang lebih tua, tidak baik pasang telinga.
"Ada apa yang datang ke sini?" Bukan apa cuma tertanya-tanya juga. Jarang sekali ada orang yang bertandang ke rumah mereka kecuali berhajat.
Puan Aida menepuk paha Encik Fathi. Sempat mereka bermain mata.
Encik Fathi berdehem sedikit sebelum dibetulkan duduk.
"Macam ni Hajar, kami datang ni ada hajat. Kami nak meminang anak Hajar Afaf dengan anak kami, Affan." Ujar Encik Fathi.
Berkerut kening makcik Hajar. Dia sedang memikirkan sesuatu. Bukankah lelaki itu sudah mempunyai isteri.
"Affan? Bukan dia dah ada isteri? Anak yang selalu saya nampak tu anak dia, kan?" Soal Puan Hajar ingin tahu.
"Eh, bukan. Anggun tu anak Afnan, anak perempuan saya. Dia dah meninggal 6 tahun lepas. Kami ada dua anak saja Hajar."
"Maafkan saya Fathi dan Ida. Saya tak tahu. Kebetulan anak saya juga meninggal 6 tahun lepas." Puan Hajar turut bersimpati.
"Ya Allah, betulkah Hajar? Kalau boleh saya tahu anak Hajar meninggal sebab apa?"
"Kemalangan." Bila mana suasana sunyi, Encik Fathi menyampuk.
"Perkara lama biarlah berlalu. Kita doakan mereka saja ya."
Kedua-dua wanita itu hanya mengangguk.
"Jadi, macam mana dengan hajat kami tadi, Hajar?" Soal Encik Fathi berbalik semula pada tujuan mereka datang ke situ.
"Mereka baru jumpa sekali Aida. Betul ke Affan berkenaan dengan Afaf?" Soal Puan Hajar.
"Saya pun tak tahu Hajar. Seminggu lebih lepas saya buat kenduri itu baru Affan beritahu saya."
"Kita panggil tuan badan sajalah. Apa-apa keputusan saya ikut Afaf saja."
Seketika Afaf muncul bersama dulang minuman dan pencuci mulut. Dia mmgoyak senyuman tipis lalu dia meletakkan berhati-hati dulang itu di atas meja. Air teh panas disuakan kepada Encik Fathi dan Puan Hajar.
"Afaf, duduk sini sekejap." Puan Hajar meleler lengan Afaf saat gadis itu ingin berlalu.
"Sekejap ya, ibu." Afaf kembali semula dengan satu kerusi plastik di tangan. Setelah itu dia duduk di sisi Puan Hajar.
Dan mereka bertiga hanya berbual kosong. Dia pula hanya menjadi pendengar pergaulan orang tua-tua. Rasa tak manis kalau menyampuk. Sekiranya mereka bertanya dia, barulah dia membuka mulut.
"Afaf." Afaf mengangkat wajah sebaik saja Puan Aida memanggil.
"Ya, makcik?" Sahut Afaf bersama senyuman.
YOU ARE READING
AFFAN_ADRA | In Editing
Romance'Dia adalah amanah yang akan aku jaga sehingga akhir hayat.' Afaf Adra binti Mohd Azhar. Seorang gadis yang bertubuh berisi dan mempunyai gummy smile. Dan penampilannya juga tidak menarik. Dalam diam dia menyukai seorang lelaki yang dia temui di ca...