Panas terik matahari memaksa untuk Affan membuka mata. Namun seketika cuma apabila dia bertindak menarik kembali comforter menyelubung tubuh badan yang kian menghangat. Selepas solat tubuh tadi, badan tiba-tiba membahang panas. Tekak pula terasa perit dan sakit. Hendak menelan air liur pun terasa payah. Sudah lama rasanya dia tidak begini. Affan mengagau di sebelah. kosong. Dia menjengah lagi sekali. Tidak ada kelibat Afaf. Bibir mengeluh kecil. Sudahlah rasa nyawa seperti di penghujung. Afaf pula tidak ada di sisi.
Krikk..
Affan kembali selumbungkan badan apabila pintu terkuak dari luar. Dia pusingkan tubuh menghadap tingkap.
"Assalamualaikum, cinta hati." Afaf yang sedang menatang dulang berisi bubur ayam serta secawan air suam menghampiri Affan. Bibir tersenyum kecil dengan telatah Affan. Bukan dia tidak nampak mata Affan yang melilau mencari dirinya. Untuk hari ini, tugas menyediakan sarapan pagi beralih kepada dia pula memandangkan Affan tidak sihat badan. Sepatutnya dia yang demam kerana ulah Affan semalam. Ini terbalik pula.
Sudah, Afaf. Jangan difikirkan lagi hal berlaku. Baik, dia tengok baby besar ini dulu.
"Abang..oo..abang. Adra datang ni." Afaf meletakkan dengan berhati-hati dulang makanan di sisi meja katil. Punggung dilabuhkan di sisi katil. Ditolak-tolak tubuh badan Affan ke belakang sedikit. Tidak muat dia nak duduk kalau Affan berbaring hujung sekali. Ditarik comforter itu ke bawah untuk melihat wajah Affan.
"Ayang.." Suara serak basah Affan kedengaran di sebalik comforter. Diturunkan comforter ke bawah hanya nampak mata saja.
"Adra dekat sini abang." Tangan Afaf naik merasai dahi Affan. Panas sungguh. Kena kejutan penangan Afaf ke macam mana? Mata Afaf kembali melirik ke bawah. Tergeleng dia melihat tuala yang digunakan untuk mengurangkan suhu badan Affan berada di atas lantai. Segera dia mengambil semula dan diletakkan di atas meja katil.
"Ayang. Kenapa abang bangun Adra tak ada dekat sebelah. Sampai hati Adra tinggalkan abang. Adra memang tak sayangkan abang! Hantar abang balik rumah umi!" Merengus kecil Affan. Tangan Afaf ditarik lalu dicekup di dalam genggamam tangannya. Marah pun sempat lagi dicari tangan isteri.
Terkebil-kebil mata Afaf pandang Affan. "Memang orang lelaki kalau demam gelenya macam ini, ya?"
Pertama kali Afaf handle orang sakit. Tidak tahu pula yang Affan akan jadi manja macam ini apabila demam.
"Tak apalah, abang faham. Siapalah abang ni di hati sayang, kan? Pergilah tinggalkan abang sendiri. Pandai-pandailah abang hidup. Abang minta maaf, Halalkan makan minum abang." Affan segera melepaskan tangan Afaf. Tebatuk-batuk Affan. Comforter ditarik lalu tubuh dipusing membelakangnya Afaf. Merajuk.
"Abang, jangan buat teruk boleh dak? Sepatutnya Adra tau yang dekat tempat abang." Afaf menggulingkan mata. Tubuh Affan ditarik untuk menghadapnya. tetapi tak berjaya. Baik jaga Anggun dari Affan.
"Uhukk... abang tak larat ni sayang. Tunggu abang sihat kita bukak gelanggang WWE."
"Ishh, malas Adra nak layan.." Afaf berura-ura nak bangun.
"Tak kira. Abang nak Adra bertanggungjawab. Abang dah kata tak nak, Adra yang paksa." Masih tidak berpuas hati suara Affan.
"Sapa suruh abang jual mahal sangat. Orang gaqaih atas badan, baru nak bagi."
"Ayang, jangan mula. Abang tengah tak sihat ni. Tak mau cari gaduh dengan Adra." Affan membalikkan tubuh. Mata menjeling tajam ke arah Afaf.
Afaf tarik rambut dia dengan hati pasrah. Dia menghiraukan kata Affan. Mangkuk berisi bubur ayam diambil lalu disuakan ke arah Affan. "Makan sikit abang supaya demam cepat kebah."
YOU ARE READING
AFFAN_ADRA | In Editing
Romance'Dia adalah amanah yang akan aku jaga sehingga akhir hayat.' Afaf Adra binti Mohd Azhar. Seorang gadis yang bertubuh berisi dan mempunyai gummy smile. Dan penampilannya juga tidak menarik. Dalam diam dia menyukai seorang lelaki yang dia temui di ca...