Part 20

4.5K 178 3
                                    

'There may be a million things to smile about, but you are definitely my favorite one.'

Affan yang tadinya duduk bersandar mula tegakkan tubuh. Dia mengeliat kiri ke kanan untuk menghilangkan lenguh. Telefon yang dia pegang sedari tadi diletakkan di sisi. Bibir mengoyak senyuman tipis sebelum bertukar menjadi tawa kecil. Memikirkan itu saja buatkan dia geli hati. Dia baru saja mesej dengan cik tunang. Cukup memberitahu hal-hal penting saja. Lagipun dia tidak suka membuang masa dengan berbalas mesej walaupun bergelar tunangan orang.

Tunang.

Tidak disangka status dia sudah berubah secepat ini. Affan kerling lagi telefon yang masih menyala. Dia membaca satu pesanan itu.

'Majlis lagi 2 minggu'

Affan memberi kata putus. Kotak rantai yang dia bawa turun tadi dia buka semula. Ada sebab dia memberikan kotak rantai sebagai tanda. Ada sesuatu yang dia letakkan di dalam sana. Dia membuka kotak rantai tersebut. Terdapat sticky note yang disusun cantik seperti sedia kala. Namun, cincin yang dia sertakan bersama tidak ada di situ.

Affan hembus nafas berat. Rambut yang berjuntai di dahi, dia raup ke belakang. Pasrah betul nampak wajahnya ketika ini. Tidak sedar wajah dah pipi membahang panas.

'Affan-Adra'

Memikirkan itu saja membuatkan dia hampir gila. Dia menggosok belakang leher. Dari panggilan 'puan' upgraded ke 'Adra' pulak!

Kini dia mengukir senyuman senget. Mati-mati dia ingat lamaran dia ditolak. Rupanya tidak sama sekali. Dia dapat jawapan melalui sticky note itu juga.

Tulisan comel loteh macam tuan dia. Jenuh juga Affan nak membaca.

3 sticky note, semuanya berbalas.

Affan membuka Sticky note pertama.

"W'alaikumussalam. Hai, saya Afaf Adra binti Mohd Azhar. Saya penjual nasi lemak. Awak okay, kan?

Berbunga hati Affan. Hebat betul ya penangan seseorang apabila dilamun cinta.

Dibuka pula sticky note yang kedua.

Status : tunangan Affan
Soon will be mrs. Affan

Afaf macam perli dia pula ya?

Affan mengecilkan mata di hujung kertas paling bawah.

'Lambatnya awak notice saya, encik tunang😌.'

Kini, terlepas ketawa Affan. Bergegar badan dia. Gelak sampai menangis.

Yang terakhir buat Affan rasa nak cubit-cubit geram si Afaf itu.

'Btw, kotak saya tak nak simpan.
Awak tolong buangkan ya."

Sebulan dia frust dan berdiam diri sebab nak kumpul semangat balik. Malam ini baru dia ada kekuatan nak buka semula kotak ini. Khairil juga memberi cadangan sebab Khairil ada tanya macam mana dia meminang gadis itu. Umi dan abah tidak masuk campur sebab mereka takut dia kecewa.

Dan tidak disangka dengan kedatangan gadis itu petang tadi di cafe miliknya. Dia hanya mampu memerhati dari jauh gadis itu duduk di sana sehinggalah gadis itu terjumpa buku kecil yang memang sengaja dia letakkan di sana.

Kerana dia tahu setiap pelanggan yang datang ke sana mereka lebih berminat dengan bacaan novel cinta dari buku-buku motivasi.

Buku kecil itu memang dia tuliskan khas untuk kisah dia dan si gadis.

Segala resah gelisah saat dia teringatkan gadis itu, hanya di dalam buku kecil itu dia mencurahkan segala isi hati.

Termasuklah sticky note yang dia tuliskan selama ini sebagai 'tanda' untuk Afaf tahu yang dia sebenarnya mahukan gadis itu.

Selama ini dia notice saja kelakukan Afaf, cuma dia bukan lelaki yang suka bermulut manis dengan yang bukan sah menjadi miliknya lagi.

Sebab itulah dia minta Encik Fathi dan Puan Aida hantar rombongan meminang kepada Afaf secepat mungkin setelah dia mengetahui status gadis itu.

Affan tunduk lagi membaca sticky note itu.

Rasa nak marah, tapi tidak tahu nak marah dengan siapa.

Nak marahkan gadis itu? Tidak sanggup dia. Mungkin, dialah yang patut dipersalahkan. Atau gadis ini saja nak kenakan dia.

Nakal dia nakal lagi si dia itu.

Sabar, Affan bakal kau itu anak bongsu. Akal dia tak boleh nak jangka. Dia mengingatkan diri.

Affan picit batang hidung.

Dia nak main-mainkan orang, orang main dengan dia balik.

Dapat dia bayangkan wajah Afaf saat dia mengumumkan berita itu. Mesti cuak. Padam muka, sapa suruh nak test dia.

Affan menyimpan semula sticky note dalam kocek seluar. Kotak itu pula dia genggam erat. Affan berkira-kira nak bangun namun terbantut dengan kehadiran Puan Aida.

"Amboi, along. Bukan main happy muka. Kenapa?"

Puan Aida mendekati Affan sebelum punggung di labuhkan di hadapan Affan.
Dari jauh bukan main ceria wajah anak sulungnya ini. Baru minggu lepas, dia nampak wajah itu keruh. Kini, lain pula.

Affan berdehem sedikit. Memerah pipi bila ditegur begitu. Jarang sekali dia nak tunjuk tapi malam ini dia ketawa bebas kerana seorang gadis bernama Afaf Adra. Tidak sangka pula kelakuan dia menarik perhatian umi.

"Umi, dua minggu."

"Apa yang dua minggu?" Berkerut kening Puan Aida

"Majlis akad nikah along dan Afaf." Senada suara Affan.

"Apa yang 2 minggu ni Ida?" Soal Encik Fathi yang baru saja tiba melabuhkan punggung di atas kerusi kayu. Dia baru saja pulang dari masjid selesai solat isyak. Bila mana dia lihat dua beranak ini sedang elok bersembang di luar rumah, dia ikut serta.

"Along nak nikah, abah." Ujar Affan.

"Aikk, bukan tak jadi? Kan kita dah terima jawapan dari pihak sana?" Soal Encik Fathi hairan.

Puan Aida dan Encik Fathi diam saja menanti bicara Affan. Anak lelakinya itu dalam diam sedang senyum manis.

"Abah, umi, kalau dapat kotak tapi isinya kosong, tandanya apa tu?" Affan angkat kening, bibir senyum senget.

Makin berkerut dahi Puan Aida dan Encik Fathi

Bila dia lihat wajah bingung keduanya, dia meletakkan semula kotak itu dan dihulurkan kepada Puan Aida.

Teragak-agak huluran Affan Puan Aida sambut. Iyalah, tak macam kotak cincin langsung.

"Ya Allah, betulkah along." Puan Aida bersilih ganti memandang Affan dan kotak yang telah kosong itu.

"Hmmm...."

"Bakal menantu awak tu nampaknya saja nak kenakan anak kita." Encik Fathi ketawa sambil kepala digeleng perlahan. Dia turut melihat isi dalam kotak yang dihulurkan kepadanya.

"Ya Allah, budak bertuah tuu lah..."

"Jadi, abah. Along dah buat keputusan. Majlis lagi 2 minggu." Affan segera bangkit. Tidak mahu disoal kerana keputusan yang dia buat memang tidak akan berubah.

"Along, mana sempat umi nak panggil tetamu. Ya Allah budak bertuah ni."

Puan Aida mengeluh berat. Kalau Affan dah beri kata putus begitu mana boleh dia kata apa-apa.

"Ida, tak payahlah risau lebih-lebih. Bukan awak tak kenal anak awak macam mana. Celah gigi dia saja. Petik jari, sekejap saja urusan." Ujar Encik Fathi dalam ketawa yang masih bersisa.

Mereka ucap syukur dalam diam.

AFFAN_ADRA | In EditingWhere stories live. Discover now