"Abang kesayangan Adra.."
Afaf mencebik bibir sambil mendepakan tangan sebaik saja tubuh Affan muncul dimuka pintu wad itu. Di tangan lelaki itu ada satu beg makanan yang dipesan Afaf. Affan membawa langkah ke arah Afaf sebelum beg berisi makanan diletakkan di atas meja di sisi katil.
"Adra kesayangan abang.."
Kepala Afaf yang ditutup dengan tudung sarung diusap lembut sebelum wajah menunduk mencium dahi Afaf. Bibir pucat itu diusap lembut.
Affan sudah memaklumkan kepada keluarga bahawa Afaf sudah sampai waktu untuk bersalin. Dan mereka sudah pun dalam perjalanan ke sini.
"Sayang okay tak ni? Adra nak makan tak? Abang ada bawa nasi goreng kesukaan sayang."
Afaf mengangguk. Affan mengeluarkan bekas dari dalam paper beg. Semerbak bau nasi goreng sebaik saja bekas dibuka. Affan meniup sedikit sebelum diusap ke dalam mulut Afaf. Namun, hanya beberapa sudu sebelum Afaf menolak.
"Uwekkk...."
Affan segera tadahkan telapak tangannya. Habis makanan yang dimakan tadi terluah balik. Mata Afaf berkaca. Rasa serba salah apabila terpandang tangan Affan sudah tercemar dengan muntahnya.
"Adra minta maaf. Adra tak sengaja." Air mata Afaf laju mengalir sambil menekup mulut dengan tangan.
"Tak apa, abang tak kisah. Buang, jangan tahan." Langsung tiada riak geli yang terlakar di wajah Affan.
"Adra tak rasa nak muntah dah. Abang tak geli ke dengan muntah Adra? Adra minta maaf." Berkali-kali Afaf memohon maaf. Air mata tidak henti-henti mengalir. Afaf cuba tahan bau yang menyengat hidung.
"It's okay, sayang. Abang tahu Adra tak sengaja. Abang pun tak teringat yang pihak hospital dah sediakan bekas untuk Adra muntah. Adra nak muntah lagi tak?" Afaf menggeleng lagi. Tekaknya perit nak muntah pun.
"Boleh sayang ambikkan tisu dalam laci tu? Abang nak ambik, tak sampai pula. Abang minta maaf terpaksa susahkan sayang." Tidak menunggu lama, tisu yang berada di dalam laci sebelah katil Afaf dicapai.
"Terima kasih sayang." Tisu yang digunakan untuk mengelap muntah tadi dibuang ke dalam tong sampah.
"Abang masuk tandas kejap nak cuci baju. Kalau sayang perlukan apa-apa, let me know okay." Afaf hanya mengangguk sambil memerhati Affan yang mula bangkit.
"Berehat sayang. Tak lalu jangan paksa." Ubun-ubun Afaf dicium lembut sebelum langkah dibawa ke bilik air.
Beberapa minit Affan muncul semula dengan memakai baju kemeja yang baru.
Perlahan-lahan Affan melabuhkan punggung di atas kerusi di sisi katil tersebut itu. Sebelah tangan mengenggam erat tangan Afaf. Sebelah tangan menyeka peluh yang mula merenek di dahi Afaf. Sesekali tangan Afaf dikucup lembut. Air mata yang mengalir di pipi Afaf diseka perlahan.
"Sakit, abang..."Memang tadi rasa lapar namun rasa sakit yang datang membuatkan Afaf tidak lalu pula. Jururawat ada pesan untuk makan supaya ada tenaga untuk meneran nanti. Namun, hanya beberapa suap saja dia boleh telan.
"Pusing belakang sayang. Abang urutkan. Maafkan abang sebab ni aje yang abang mampu buat untuk sayang." Afaf mula berpusing dan mengenjak sedikit ruang untuk Affan. Affan bangun dan mengambil tempat di sisi Afaf. Belakang pinggang Afaf diurut lembut dan diulang-ulang berkali-kali.
"Isteri abang kuat, isteri abang hebat. Kuat demi little Affan, sayang." Affan berbisik lembut di telinga Afaf.
Afaf menarik nafas dalam sebelum dihembuskan perlahan-lahan. Dia cuba menahan rasa sakit yang datang. Genggaman tangan Affan digenggam lebih erat. Sakit. Jururawat ada juga datang memeriksa bukaan. Tetapi, masih belum masanya lagi.
YOU ARE READING
AFFAN_ADRA | In Editing
Romance'Dia adalah amanah yang akan aku jaga sehingga akhir hayat.' Afaf Adra binti Mohd Azhar. Seorang gadis yang bertubuh berisi dan mempunyai gummy smile. Dan penampilannya juga tidak menarik. Dalam diam dia menyukai seorang lelaki yang dia temui di ca...