Part 28

4.6K 194 2
                                    

'I thought I fell first but he actually was the one who fell first and fell harder once he knew I'm also into him'

Pintu bilik tidur mereka dia tutup dengan berhati-hati tidak mahu kelakuannya disedari si suami. Berbekalkan lampu telefon di tangan dia menuruni anak tangga satu persatu. Berdebar pula jantungnya bila dia terasa seolah-olah seperti pencuri sedangkan dia sekarang berada di rumah mertuanya.

Sebaik saja dia memijak lantai terakhir, dia menyuluh ruangan itu. Meliar matanya mencari di mana terletaknya bahagian dapur. Sebaik saja dia mengetahui kedudukan dapur, langkah di bawa ke arah sebelah kanan.

Ruang dapur yang tadinya gelap gelita bertukar cerah. Pergerakannya cukup perlahan tidak mahu isi rumah terjaga. Pukul 4 pagi dia terjaga sebab perut lapar. Dan elok pula dia terbangun tadi terpampang wajah Affan di depan mukanya. Lelaki itu tidur di posisi mengiring menghadapnya. Hampir dia menjerit tadi mujurlah akal dia masih waras.

Tengah hari semalam dengan kejadian tidak terduga berlaku serta tidak sedap badan membuatkan dia tidak lalu hendak menjamah sebarang makanan. Affan pula setiap saat bertanya andai dia dalam keadaan baik. Namun, dia hanya mengatakan dia baik-baik saja.

Bibir Afaf sempat menyanyi riang. Di dalam fikiran sudah membayangkan makanan yang akan dia jamah nanti. Memikirkan saja membuatkan air liur ditelan berkali-kali. Rasa tidak sabar pula. Lagi-lagi bila dia tengah datang bulan, memang selera makan dia akan bertambah-tambah.

Segala peralatan dapur untuk memasak dikeluarkan. Ada lagi lauk-pauk tengah hari tadi, tapi dia tak nak yang itu. Tekaknya terasa nak makan yang lain.

Afaf membuka satu persatu laci bawah mencari sesuatu. Kalau senang maggie sajalah yang terlintas di fikiran. Dia mengeluh kecil bilamana apa yang dia nak tidak ditemui.

Afaf menarik pula kerusi perlahan-lahan sehingga ke pintu kabinet. Puas dia cari bahagian bawah kalau ada makanan segera tapi tak jumpa. Kini, harapannya hanya di dalam kabinet bahagian atas.

Dia memijak kerusi itu dengan penuh berhati-hati. Pintu kabinet dibuka. Terjengket-jengket kakinya mengintai di dalam sana. Tidak cukup dengan itu, tangan dia juga berkerja mengangkat bekas-bekas kosong itu. Mana tahu ada terselit makanan yang dia inginkan. Namun, hanya ada bekas-bekas tupperware kosong di situ. Dibuka pula yang lain, namun harapan hanya tinggal harapan. Tidak ada juga.

Afaf tutup semula pintu kabinet dengan hampa. Dia berura-ura nak turun saja memandangkan pencariannya tidak membuahkan hasil.

"Afaf Adra binti Mohd Azhar." Kaku tubuh Afaf di situ. Dengar dari nada saja buat Afaf kecut perut.

Baru Afaf sedar. Affan kalau mood dia tidak baik, nama penuh Afaf dia akan sebut.

"Buat apa tu?" Affan sedengkan tubuh sambil berpeluk tubuh melihat tubuh isteri di sebalik pintu kabinet. Isterinya ingat dia tidak sedar agaknya. Dari tadi lagi dia melihat kelakuan isterinya namun dia biarkan saja. Telinga dia boleh tahan tajam juga. Dia mudah terjaga andai ada bunyi yang berdekatan.

Ayoyo... dah kena tangkap dengan si Affan.

Lambat-lambat Afaf memusingkan tubuh. Bibir menyengih serba salah sambil menggaru kening. Dia hanya melihat langkah kaki Affan yang kian mendekat.

"Err, Ad...Adra lapar."

Wajah Affan yang mencerlung tajam membuatkan dia mengecilkan diri. Mata dia tidak memandang Affan sebaliknya sedang memikirkan cara hendak turun dari situ tetapi tubuh Affan yang menghalang membuatkan niat dia terbantut.

"Dah tahu lapar kenapa tak kejutkan Affan, hmmm?" Affan menginjak sedikit tubuh ke hadapan. Kedua-dua belah tangan disandarkan di bahagian para kabinet. Memerangkap tubuh Afaf di tengah-tengah. Senyum senget dipamerkan saat mata Afaf terkebil-kebil memandangnya.

AFFAN_ADRA | In EditingWhere stories live. Discover now