special chapter ii

1.1K 55 0
                                    

Everyone says 'If you love her you wait for her ' but nobody talks about how much the waiting hurts'

Sebaik lelaki itu berlalu, mata Afaf terpaku semula pada rak buku yang berada di sebelahnya. Bibir mula tersenyum lebar. Langkah di bawa ke arah rak yang menempatkan pelbagai buku itu. Tidak sengaja sewaktu Afaf ingin menarik satu novel yang menarik minatnya, turut terjatuh satu buku nipis di atas lantai. Melihat sekali imbas apa yang tercatit di depan kulit buku itu, Afaf tergamam.

Dengan teragak-agak Afaf tunduk mencapai buku itu. Tidak jauh dari buku itu terjatuh, ada satu sampul surat berwarna coklat yang sudah kekuningan dan terkoyak sedikit. Tidak sudah dia berfikir bagaimana buku miliknya berada di sini. Otaknya diperah untuk seketika. Seingat dia kali terakhir buku ini ada bersamanya 5 tahun yang lalu. Memang buku ini sentiasa di bawa ke mana-mana untuk menulis luahan hatinya.

Kalau difikirkan semula apa yang pernah dia tulis dulu, tidak tahu di mana dia mahu menyorokkan muka. Cukuplah diketahui bahawa buku itu sekadar meluahkan rasa suka kepada seseorang yang dia kagum dari jauh. Seseorang yang dia memerhati dari jarak jauh. Perlahan-lahan langkah dibawa ke arah kerusi yang diduduki tadi.

Buku di dalam pegangan tadi dilihat. Kulit buku tiada langsung habuk yang melekat. Dan helaian di dalam juga ada beberapa bahagian yang berlipat dan kembang sedikit. Bermakna buku itu telah dibuka beberapa kali. Dia membaca tulisan yang berada di atas kulit itu.

Coretan hati seorang Afaf Adra binti Mohd Azhar

22/01/2019

Pertama kali aku melangkah ke cafe ini aku dah jatuh cinta. Bauan coffee dan buku bercampur dalam satu ruangan. Suasana dia yang bertemakan hitam serta campuran warna warni yang di bahagi kepada dua sudut. Satu bahagian untuk berootd. Lagi satu bahagian dikhaskan untuk yang suka membaca.

Memang akan jadi tempat kegemaran aku nanti..

Aku datang tanpa pengetahuan kakak. Mesti nanti dia merajuk. hahaha..

Lain kali sajalah aku ajak dia pula.

Masa aku sampai ke kaunter untuk pesan coffee, mata aku terpandang seorang lelaki. Entah kenapa aku mula tertarik dengannya. Pakaian dia simple. Hanya baju thsirt hitam dan seluar tracksuit. Wajah dia pula. Aku tak nampak sebab dia pakai mask. Tapi, mata dia yang hitam pekat saat kami bertatapan untuk beberapa saat, menyelinap satu perasaan aneh dalam hati aku.

Rasa apakah itu?

Namun, aku abaikan saja rasa itu. Kerana aku sendiri tahu, rasa itu hanya sekadar suka melihat penampilan lelaki itu.

01/02/2019

Aku dah kata aku akan jejakkan kaki ke sini lagi. Tapi, semestinya bukan bersama kakak aku lagi. Dia ada mengajak aku ke sini bersama, tapi nantilah aku datang lagi. Nak berdating dengan diri sendiri sambil mengusya lelaki itu lagi sekali.

AFFAN_ADRA | In EditingWhere stories live. Discover now