'Ketika aku sering menyembunyikan sakitku, mana mungkin dia tidak mengetahui'
Terbuka luas mata Afaf. Bibir digigit menahan sakit apabila terasa tendangan dari dalam perut. Sejak kandungan memasuki 8 bulan, tidurnya semakin berkurangan. Sering kali terjaga kerana anaknya akan kembali aktif sekitar jam 2 pagi. Itu belum lagi dia mula rasa cramp apabila sedang tidur.
Sudah dijelaskan oleh doktor yang memantau keadaan Afaf bahawa itu adalah normal bagi ibu mengandung. Pada awal kandungan memang akan mengalami simptom-simptom itu bermaksud bayi dalam kandungan berada dalam keadaan sihat. Untuk kes Afaf berlainan pula, alahan yang dialami semakin teruk dan berpanjangan sehingga terpaksa berhenti kerja. Mujur Kak As memahami. Afaf menarik nafas panjang sebelum dilepaskan perlahan.
Afaf menunduk memandang lengan Affan yang sedang melingkar kemas di bahagian bawah perut. Perlahan-lahan dia bergerak rapat ke arah hujung katil. Tangan mencapai telefon pintar di sisi meja katil. Pukul 2.30 pagi. Tidak sedar lama pula dia mengelamun.
Afaf menarik nafas lega apabila terasa pegangan Affan semakin longgar. Mungkin Affan merasakan pergerakan dari dia membuatkan tangan Affan mula beralih ke sisi kepala. Namun, lelaki itu masih lagi tidur dalam keadaan meniarap.
Perlahan-lahan Afaf bangun sambil rambut panjangnya disanggul. Bahagian bawah perut dipegang sambil perlahan-lahan kaki melangkah ke arah bilik air. Setelah hampir 15 minit, Afaf keluar semula. Melihat Affan yang masih tidak bertukar posisi membuatkan Afaf menarik nafas lega. Selalu lelaki itu mudah terjaga andai dia bergerak sedikit. Tidak langsung memberi peluang untuk dia pergi ke tandas sendiri. Lelaki itu akan memastikan dia masuk dan keluar dari tandas dalam keadaan baik. Maternity pillow dibetulkan semula untuk menyokong bahagian belakang badan. Dengan bersusah payah, Afaf berbaring semula menghadap wajah Affan. Afaf berdesis perlahan mencari posisi yang lebih selesa. Perbuatan itu dilakukan berhati-hati tidak mahu menganggu tidur Affan.
"Little Affan, jangan kacau walid tidur, sayang. Umi tak nak walid terjaga. Kesian walid jaga kita siang malam. Bagi walid rehat, ya sayang." Pujuk Afaf perlahan sambil mengusap perut apabila terasa tendangan lagi. Seolah-olah memahami, Afaf mencarik senyuman kecil apabila tiada lagi tendangan tersebut.
Mata Afaf naik mencari wajah Affan semula. Bibir tersenyum lebar takkala bertatapan dengan wajah tenang Affan. Afaf memberanikan diri mengucup dahi Affan. Lama. Disalurkan rasa sayang buat lelaki itu. "Adra sayangkan abang. Sangat-sangat."
'Cukup Engkau yang menjadi saksi bahawa aku ikhlas dan tulus mencintainya.'
Sebaik Afaf menjauhkan diri, tangan Afaf perlahan-lahan naik separas wajah Affan. Dari bahagian rambut, turun pula pada bahagian dahi, kening, hidung, pipi dan terhenti pada dua ulas bibir Affan yang kemerahan. Tanda lelaki itu tidak merokok.
Selama 8 bulan membawa perut dan hanya tinggal masa saja untuk melahirkan, beberapa kali dia burn out. Lagipula ini merupakan anak pertama, banyak yang dia tidak tahu. Dia penat dan hampir mengalah. Affanlah yang menjaga dia dari awal kandungan sehingga dia hendak melahirkan. Kalau bukan kerana lelaki itu masih setia menemani, mana mungkin dia sekuat ini. Saban Malam memujuk tanpa jemu.
Fikirannya mula memikirkan hal yang tidak baik. Melahirkan bukan sesuatu yang mudah. Ibarat tulang dipatah-patah. Nyawa sang ibu menjadi taruhan. Sekiranya takdir memihak pada dia, dia dan baby akan selamat. Kalau sebaliknya pula, dia perlu redha. Andai berlaku komplikasi saat melahirkan nanti, sekiranya Affan diberikan pilihan untuk memilih, dia akan menyuruh lelaki itu menyelamatkan nyawa anak mereka. Biarlah dia yang berkorban. Bukankah menjadi ladang pahala buatnya? Kalau dia meninggal dia dikira mati syahid.
YOU ARE READING
AFFAN_ADRA | In Editing
Romance'Dia adalah amanah yang akan aku jaga sehingga akhir hayat.' Afaf Adra binti Mohd Azhar. Seorang gadis yang bertubuh berisi dan mempunyai gummy smile. Dan penampilannya juga tidak menarik. Dalam diam dia menyukai seorang lelaki yang dia temui di ca...