Part 57

3K 132 0
                                    

Mata Affan meliar mencari tempat duduk sebaik saja kaki melangkah masuk ke dalam restoran tersebut. Sempat juga dia godek telefon pintar tadi mencari restoran yang menyajikan sotong buncit yang diinginkan Afaf. Setelah hampir 15 minit carian di google dan membaca feedback pelanggan, Affan memutuskan untuk ke sini saja. Lagipun ini bukan kali pertama mereka jalan jauh begini.

Segera Affan menarik tangan Afaf sebaik saja mata dia ternampak meja kosong yang baru saja ditinggalkan oleh sepasang suami isteri yang sedang menjamu selera tadi. Seorang pelayan lelaki dalam lingkungan usia 30-an datang menghampiri sebaik saja mereka berdua melabuhkan punggung di situ. 1 buku yang terdapat menu diserahkan kepada Affan. Pelayan itu juga bersedia untuk mencatit pesanan dari pelanggan tersebut.

"Sayang nak makan apa?"

"Sekejap abang, Adra baru nak tengok ni, kan?" Afaf merengus kecil. Affan pula hanya ketawa kecil.

"Siapa nama kamu?" Soal Affan.

"Anas, ustaz." Sopan Anas menjawab. Melihat dari pemakaian Affan, tahulah Anas bahawa lelaki itu dari mana.

"Tak payah nak berustaz dengan saya sangat, Anas. Panggil aje Affan." Anas hanya mengangguk.

Mata Anas melirik ke arah Afaf untuk beberapa seketika. Comel dan cantik isteri lelaki itu. Jadi, inilah dia jantung hati ustaz muda ini. Bukan dia tidak kenal dengan Affan, seorang ustaz muda yang memberi impak besar buat anak-anak muda termasuk dia juga. Pernah beberapa kali dia singgah di masjid An-Nur untuk mendengar ceramah yang disampaikan oleh Affan. Tidak dinafikan wajah Affan nampak garang dan tegas apabila berhadapan dengan orang ramai. Tetapi, apabila dengan isteri, bukan main lembut wajah itu. Suara pun bukan main manja lagi. .

'Nak perkahwinan yang berkat jangan mulakan dengan bermaksiat. Biar Allah saja menentukan jodoh kamu. Sebab, yang terbaik itu tentunya pilihan dari Allah. Sabar.'

Itu kata-kata dari 6 tahun yang lepas. Anas masih ingat sehingga sekarang. Jadi tidak hairanlah kenapa begitu sekali Affan menegaskan perkara itu. Kini, buktinya cukup di depan mata.

Affan berdehem beberapa kali melihat tingkah laku Anas. Anas kembali tersedar. Dia menggaru kening yang tidak gatal. "Saya minta maaf, Affan. Cantik isteri."

"Berkat saya sabar Allah berikan yang terbaik, Alhamdullilah." Jawab Affan.

Anas kembali menunduk melihat kertas di tangan.

"Sotong buncit jahat ada?" Soal Affan sementara Afaf sedang membelek buku menu di tangan. Melihat wajah teruja Afaf, Affan telan air liur. Tahu yang bukan satu menu saja yang Afaf akan pesan nanti. Dia menyeluk poket jubah menarik keluar dompet lalu dia membelek beberapa helaian wang kertas.

"Ada, tapi kena pilih sendiri nak saiz yang macam mana. Ada di bahagian sana." Mata Affan diliarkan ke arah yang ditunjukkan oleh pelayan lelaki itu.

"Abang.."

"Iya ayang abang. Nak apa sayang?" Affan simpan semula dompet. Mata terarah semula pada wajah Afaf. Tersenyum kecil Affan melihat telatah Afaf.

"Abang, Adra macam nak inilah.."

"Boleh sayang. Kenapa pulak tak boleh? Lagi sayang?" Tanya Affan. Mata dilarikan pula ke arah buku menu di tangan Afaf.

"Betul ke Adra boleh pesan ni? Nanti duit abang habis macam mana?" Polos Afaf bertanya. Terkebil-kebil mata memandang Affan.

"Tak adalah sayang. Pilih aje Adra nak makan apa, abang tak kisahlah. Duit abang, duit awak, sayang." Affan mengukir senyuman apabila berpandangan dengan mata Afaf. Bibir Afaf mengukir senyuman lebar apabila mendengar jawapan Affan.

AFFAN_ADRA | In EditingWhere stories live. Discover now