Sweet confession

2.2K 91 1
                                    

Recommended song :  Sumpah & cinta matiku by nidji

Assalamualaikum, cik Adra.

08/11/2023

Hati ini semakin menggila kerana teringatkan awak. Saban malam saya merayu pada Sang Pencipta untuk bertemu awak semula. Saya tidak tahu ingin menebus kesilapan saya macam mana lagi. Entah awak masih belum maafkan saya atau tidak. Entah awak masih berdendam dengan saya atau tidak. Saya tidak tahu. Saya nak awak dalam hidup saya. Saya tahu awak akan cakap saya gila. Awak fikir mudah untuk saya tebus kesalahan saya dengan jadikan awak sebagai pendamping hidup saya. Saya bukan hanya nak tebus kesalahan saya. Bukan itu tujuan utama saya.

Cuma, saya ada sesuatu yang saya nak awak tahu. Izinkan saya untuk berterus terang tentang perasaan saya pada awak sebelum semuanya berubah. Perasaan sewaktu kali pertama saya melihat awak melangkah ke dalam cafe ni. Saya nampak resah gelisah di mata awak setiap kali kita saling bertatapanSekurang-kurangnya, saya lega saya dah lepaskan beban ini di hati saya. 

Sebenarnya, saya dah lama crush dengan awak. Cuma, saya menunggu masa yang sesuai untuk berkenalan dengan awak. Saya nak kenal awak bukan batas sebagai kawan. Tapi, untuk angkat awak sebagai isteri sah saya. Tapi, saya sedar saya ni tak layak untuk meminta awak berada di sisi saya.

Awak istimewa. Sangat istimewa di mata saya. Sampai saya tidak menemukan kalimat yang sesuai untuk saya ungkapkan betapa awak bersinar di mata saya. Malah, yang lebih tahu tentang itu hanyalah DIA.

Oleh kerana itu, nama awak sentiasa meniti di bibir saya yang saya ceritakan hanya pada DIA. Hanya dalam diam, saya menikmati cara saya bertemu dengan awak. Diam dan tenang tanpa perlu melanggar syariat. Kelak, jika diizinkan Allah untuk kita bersama, awak pandang dan tataplah ke dalam mata saya. Dalami bagaimana istimewanya awak di mata saya.

Awak sedar bukan setiap kali kita bertatapan, saya mengelak bukan kerana saya tidak suka. Cuma, saya tidak mahu terlalu larut dalam perasaan yang belum pasti ke mana hala tujunya. Biarlah saya memiliki awak dalam keadaan saya betul-betul bersedia mahukan awak.

Memiliki perasaan kepada awak sebelum halal adalah ujian terberat bagi saya. Saya perlu yakinkan bahawa perasaan yang wujud dalam hati saya ini hanya sekadar nafsu atau ikhlas saya mahukan awak. Ternyata, tanpa sedar semuanya masih tetap sama. Dah 5 tahun awak istimewa dalam hati saya. Saya inginkan awak menjadi partner halal saya. Jadi, saya membuat keputusan untuk menjauhi awak. Bukan saya tidak menyedari kehadiran awak. Untuk itu, saya menjauhi untuk mendapatkan cintaNya dahulu.

AFFAN_ADRA | In EditingWhere stories live. Discover now