"Selamat pagi, Afaf." Suara Khairil menyapa telinga sebaik saja pasangan pengantin itu memijak lantai ruang tamu. Afaf pula hanya tersenyum saja dan menunduk sedikit sekadar menyapa semula. Mujur Affan sudah berpesan dari awal untuk memakai tudung kerana pagi ini Khairil akan ikut serta. Katanya nak membasuh periuk belanga yang ditinggalkan semalam.
Mereka berdua beriringan ke ruang tamu. Afaf setia di belakang Affan sambil menggengam erat baju Affan. Affan pula hanya ketawa kecil.
"Selamat pagi, abah." Affan menghampiri Encik Fathi yang sedang duduk santai di atas sofa sambil membaca surat khabar.
"Selamat pagi, pak... abah." Afaf jenggukkan kepala dari belakang sambil tersengih malu. Dia menggaru kening. Semalam tidak sempat dia nak beramah mesra dengan ibu bapa Affan. Tidak disangka pula jadi menantu Encik Fathi. Dulu, selalu jumpa sebagai pembeli dan penjual nasi lemak saja. Kini, dah jadi menantu pak imam.
"Afaf. Jangan malu-malu dengan abah. Kita dah jadi keluarga. Affan ada membuli kamu ke semalam?" Encik Fathi meletakkan surat khabar di sisi.
Afaf menggeleng lembut. Sedikit lega Encik Fathi menerima dia yang biasa-biasa ini sebagai menantu.
"Lambat along turun pagi ni? Tak kerjakah?" Soal Encik Fathi.
"Kerja. Tapi bukak lambat sikit kot cafe. Nak cuci periuk belanga semalam dengan Khairil."
Khairil pula hanya duduk sambil bermain telefon pintar di tangan. Dia di sini pagi ini pun sebab Affan suruh.
"Lambat betul ya pengantin baru turun pagi ni. Semua dah menunggu nak makan sekali ni." Sapa Puan Aida sambil menatang dulang minuman panas keluar daripada dapur. Diikuti Puan Hajar di belakang.
"Eh, ibu pun ada." Tak sempat Afaf nak melangkah, terasa belakang baju ditarik dari belakang. "Hati-hati puan Adra. Kita tu kalau nampak ibu, tak pandang dah kiri kanan. Ibu tak pergi mana pun." Memerah pipi Afaf ditegur begitu. Iyalah, dulu dia pernah nak tersadung sebab kalut sangat. Tidak disangka kelakukan dia diperhatikan dalam diam.
"Abang, makanan dah siap. Marilah makan." Mereka beriringan ke dapur.
"Amboi, Anggun. Awal pula ya pagi ni?" Tegur Affan sebaik saja dia nampak tubuh Anggun sudah siap menunggu di situ. Di bawa langkah ke arah Anggun, lalu bibirnya mencium ubun-ubun Anggun. Rutin dia memang begitu.
"Walid, malulah Anggun." Anggun tolak tubuh Affan menjauh bilamana dia menjadi perhatian. Afaf hanya ketawa kecil. Dia masih berdiri di sisi meja menunggu Affan mengambil tempat terlebih dahulu.
"Malu konon. Kalau tak dapat perhatian sehari dari walid, bukan main muncung bibir tu." Affan ketawa bila Anggun menjeling tajam. Tak sempat tangan Anggun naik mengenai tubuhnya baik dia melarikan diri dulu. Cubitan Anggun bukan main berbisa.
Affan mengambil tempat berhadapan Puan Aida. Dia turut menarik lengan Afaf untuk duduk juga.
"Affan nak makan apa? Adra boleh hidangkan?" Sebaik saja punggung dilabuhkan di atas kerusi, Afaf menoleh seketika ke arah Affan. Kelihatan lelaki itu sedang menghirup kopi panas kosong.
"Adik, kenapa panggil suami dengan nama? Kan adik dah jadi isteri. Tak baik macam itu." Teguran dari Puan Hajar membuatkan Afaf mengemam bibir. Dia tunduk seketika. Yang lain hanya memandang sekilas sebelum meneruskan makan.
Affan senyum lagi. Tangan Afaf yang berada di bawah meja diusap lembut. "Janganlah tunjuk muka macam tapai basi tu depan rezeki. Nanti Affan cakap dengan ibu." Affan berbisik lembut.
"Tak apa ibu, Affan tak kisah pun. Lagipun Affan yang suruh Adra panggil macam itu. Lidah belum biasa lagi. Nantilah Affan ajar Adra masuk kelas vokal." Suasana meja makan itu gamat dengan ketawa dari mereka.
YOU ARE READING
AFFAN_ADRA | In Editing
Romance'Dia adalah amanah yang akan aku jaga sehingga akhir hayat.' Afaf Adra binti Mohd Azhar. Seorang gadis yang bertubuh berisi dan mempunyai gummy smile. Dan penampilannya juga tidak menarik. Dalam diam dia menyukai seorang lelaki yang dia temui di ca...