Part 76

3.6K 155 2
                                    

Tubuh Affan yang sedang mengendong Aariz itu Afaf pandang dengan riak tak puas hati. Aariz elok pula sedang tersenyum sambil mata memandang dia. Semasa dengan dia, Aariz menangis macam tak ingat dunia. Disuakan susu Aariz tidak mahu. Check pampers, masih tak penuh lagi. Nak sumbat puting, Affan tak nak biasakan anak mereka dengan itu. Hampir 15 minit dia mendodoikan Aariz, tangisan anak itu tetap juga tak reda. Sampai dia sudah buntu nak buat apa. 

"Aariz kesayangan walid. Kenapa menangis ni? Umi buat apa dekat awak?" 

"Hah? Umi kacau awak tidur? Umi buat apa? Cuba cerita dengan walid." 

"Umi cubit pipi awak? Dia babab punggung awak? Amboi, nak kena umi awak ni."

"Aariz, tak payahlah kawan dengan umi. Kawan dengan walid aje." 

"Biasee dia tu, cubit pipi tembam awak ni." Dan Affan pula seoalah-olah sengaja menaikkan darahnya dengan digomol geram pipi Aariz.  

"Aariz sayang. Kenapa umi awak tu pandang walid macam nak telan? Apa salah walid kali ni? Cepat pejam mata, Aariz. Mami hulk dah nak mengamuk!" Affan segera berpusing sebaik saja bantal dibaling ke arahnya. Bergegar badannya menahan tawa melihat wajah memerah Afaf. 

Tidak lama, telinga Afaf mula mendengar Affan mengalunkan zikir sambil menepuk perlahan punggung Aariz. Kelihatan anaknya juga menguap kecil dan setelah itu Aariz juga mula terlelap dalam pangkuan Affan.  

"Aariz sayang. Tidur bagi lena. Jangan kacau walid dengan umi awak. Bagi masa dekat walid 15 minit pun jadilah. Awak tak tengok ke tu umi awak dah macam mami hulk sambil tengok walid melayan awak." Affan tersengih setelah mencium pipi Aariz. Perlahan-lahan tubuh kecil itu diletakkan di atas katil sebelah Afaf.

Tungku yang sudah suam Affan ambil dari tangan Afaf lalu diletakkan di bawah katil. Bibir dikemam rapat melihat dahi Afaf yang bertempek dengan herba. Rambut pula disanggul tinggi. Comel dengan berbaju kurung kedah dan kain batik. Bertambah comel dengan bibir yang muncung sedepa.

"Tepi sikit sayang, Bagi abang duduk sebelah awak." Dengan tidak rela Afaf mengenjak sedikit ke tepi memberi ruang pada Affan. Bila Affan dah mula ganti nama 'awak', Affan dah mula tunjuk kuasa. Buat Afaf ikut tanpa banyak soal. Affan tak marah, tapi itu cara dia memberi tanda. Geram manja-manja dengan si isteri.

Afaf mencebik bibir. Perlahan-lahan satu kaki yang masih belum tersarung dengan stokin disembunyikan. Mata masih melihat Affan yang sedang duduk di penjuru katil sambil mengurut betisnya.

"Sebelah kaki tak settle lagi ayang. Ingat abang tak nampak. Nak tunjuk protes ke dengan abang?" Terangkat sebelah kening Affan.

"Kenapa tak cakap dengan Adra Nek Minah yang akan temankan Adra tidur? Habis, abang tidur dekat mana?" Soal Afaf dengan nada tidak puas hati.

"Abang, dengar tak Adra tanya abang ni?" Mata melirik ke arah Afaf yang mula tergaru-garu. Jam pergelangan di belek. Hampir pukul 10 malam.

"Abang dengar sayang. Cakap slow-slow sudah. Terkejut anak kita tu sayang." Affan bangkit. Kaki melangkah ke arah almari lalu satu kelambu dikeluarkan dari situ.

"Sampai hati abang palau Adra." Afaf perlahankan suara semula.

"Bagi abang pasang kelambu kejap, boleh? Dah lewat sangat ni. Takut ada nyamuk. Abang risau kulit Adra nanti gatal-gatal naik ruam, Adra tak selesa pula nak tidur." Dihampiri katil semula dan dipasang pada setiap penjuru kayu yang terdapat paku. Affan menyelak semula kelambu sebelum ditarik lagi sebelah kaki Afaf.

"Aipp..Duduk diam-diam sayang. Macam nak tangkap belut dalam parit dia punya perangai." Affan tampar perlahan betis Afaf.

"Adra boleh buat sendirilah." Afaf mencebik bibir. Keluarlah sudah perangai bapak-bapak Affan. 

AFFAN_ADRA | In EditingWhere stories live. Discover now