Part 24

4.4K 243 11
                                    

I will always protect her even tho I'm hurting myself.

"Ida, mana anak kau? Hah?" Terjerit-jerit puan Kamelia sambil meluru masuk ke dalam rumah diikuti Kamal dan Hana di belakang.

"Apa kecoh-kecoh ni Lia. Majlis orang tak malu ke?" Suami Puan Kamelia yang sedang bersalaman dengan Encik Fathi terkejut saat isterinya merempuh masuk dan menghampiri ke arah pelamin yang diduduki oleh pasangan mempelai itu.

"Ada apa ni Lia?" Puan Aida muncul sebaik saja dia dengar berlaku perkecohan di situ. Dia memicit ubun-ubun lembut. Tengah hari tadi sudah berlaku perkecohan, sekarang ada lagi. Penat sungguh badan dia nak melayan.

"Kau tengok apa yang anak kau dah buat dekat anak aku?" Puan Kamelia menarik kasar tangan Kamal menghadap Affan. Kamal masih lagi menunduk. Sesekali rahang yang masih pijar dan bibir pecah yang masih pedih ditumbuk Affan semalam, dia usap lembut. Namun, bibir itu jelas tersungging senyuman jengkel di mata Affan yang dalam diam memerhati.

Kamal yakin saat dia melakukan perbuatan itu kepada Afaf semalam tiada siapa yang memerhati.

Affan segera berdiri dan berganjak melindungi tubuh Afaf dari pandangan Kamal.

"Ibu okay?" Anggun menyoal sebaik saja dia memandang sekilas wajah Kamal.

Afaf memangguk perlahan. Namun di mata Affan dia perasan tubuh itu sedikit menggigil ketika Afaf mendengar suara Puan Kamelia.

"Adra, pergi naik atas." Seru Affan tegas. Kali ini, dia tidak mahu Afaf melihat langsung wajah Kamal. Biar dia sendiri yang mendengar tomahan itu daripada membiarkan isterinya terluka berkali-kali. Cukuplah dia tinggalkan Afaf seorang diri menghadap mulut-mulut puaka orang sekeliling.

"Afaf Adra binti Mohd Azhar."

Lambat-lambat Afaf mengangkat wajah memandang Affan. Kecut perut Afaf bilamana Affan memanggil nama penuh dia.

Affan melarikan matanya dari memandang wajah Afaf. Dia tidak mahu Afaf membaca riak wajahnya. Dia tahu sejak dari pertanyaan Afaf di dalam bilik lagi isterinya itu sedang mencari jawapan.

"Anggun, bawa ibu naik atas. Sekarang!" Mata terarah ke arah Anggun yang masih setia menemani Afaf.

Laju Anggun menarik tangan Afaf. Kerana dia tahu pandangan Affan saat itu. Apa yang keluar dari mulut Affan itulah dia akan ikut tanpa membantah dan bertanya. Meriding juga bulu roma saat pandangan Affan tajam memandang. Dia tahu ada amarah yang cuba diselindung dan oleh kerana itu dia tidak mahu Afaf melihat sisi walidnya itu.

Lelaki itu memang jarang sekali akan marah. Tetapi, andai melibatkan orang tersayang, Affan boleh naik gila. Tengok sajalah wajah Kamal yang dipenuhi kesan lebam dan bibir pecah. Sudah tak nampak rupa orang.

Dialah yang menghantar video Afaf semalam menggunakan telefon pintar milik Afaf yang dia pinjam dari gadis itu dengan alasan ingin menunjukkan gambar selfie Afaf kepada Puan Hajar.

Affan tidak ada. Namun dia yang jadi mata-mata untuk Affan selama gadis itu berada di rumah Puan Aida. Lagipun itu semua arahan dari Affan sendiri kerana mereka tidak ada keluarga terdekat.

Segala yang berlaku di rumah Puan Aida, satu pun tidak tertinggal dan dimaklumkan oleh Anggun.

Affan berpeluk tubuh sebaik saja kedua-dua tubuh mereka itu hilang dari pandangan. Dia palingkan wajah semula ke arah Puan Kamelia yang sudah naik hantu sedari tadi. Dia masih beriak tenang. Ingin melihat sejauh mana fitnah yang dilemparkan oleh makcik bawang tersebut.

"Fathi, macam mana kau didik anak? Nama saja anak pak imam tapi bertumbuk dengan orang yang tidak tahu salah dia kat mana." Puan Kamelia menunding jari ke arah Encik Fathi pula.

AFFAN_ADRA | In EditingWhere stories live. Discover now