'You Win because you made me fall in love deeply and no one can beat you.'
Afaf duduk bersila di atas katil sambil tubuh dibaluti dengan comforter tebal. Bila dia datang bulan, badan cepat betul letih. Nak buat apa-apa pun terasa malas sungguh. Lagi-lagi bila dia tertidur lama di dalam kereta. Apalah nasib Affan dapat isteri pemalas macam ini?
Niatnya tadi nak berehat sekejap, tapi dengan katil pula selesa ditambah aircond yang membuatkan dia kembali diulit lena. Dia mengerling jam di dinding hampir masuk waktu magrib. Dia picit batang hidung lembut untuk menghilangkan sisa mengantuk. Kalau dibiarkan macam ini, naik lemak badan dia nanti.
Sesekali dipicit dahi, pening mungkin kerana tidur terlalu banyak.
Setelah itu, dia melepaskan comforter ke bawah. Tubuh badan dia renggangkan ke kiri dan kanan. Mata meliar ke seluruh ruangan bilik sehinggalah matanya terhenti pada satu gelas air suam yang ditutup dengan piring dan di cawan itu dilekatkan dengan satu sticky note. Bibir Afaf mengoyak senyuman lebar dan dia mengambil sticky note tersebut.
'Affan bagi masa untuk Adra berehat dan bertenang. Sat gi Affan masuk bilik, Adra sudah siap depan Affan. Affan nak lanjutkan sesi yang tergendala tadi.'
Mati terus senyuman Afaf. Air liur terasa berpasir untuk ditelan. Dia rasa nak terjun balkoni sekarang juga. Tapi, masalahnya rumah Affan setingkat saja. Nak lari dari rumah? Sekeliling rumah Affan mana ada rumah lain dia hendak menumpang tidur.
Krikkk...
Afaf rasa jantung nak terkeluar ketika telinga mendengar pintu bilik dibuka perlahan.
"Afaf Adra binti Mohd Azhar, dah bangun ke belum?" Affan berdiri di hadapan pintu. Dia menunggu hampir 5 minit untuk Afaf menyahut namun sunyi saja di dalam sana. Dia tidak terus terjah kerana dia menghormati privasi si isteri.
Sunyi dan sepi.
Affan mengangkat bahu. Daun pintu ditolak dan mata terarah ke arah katil. Isterinya itu tidur. Tetapi tidak sampai sesaat bibir terjongket senyuman nakal. Dia melangkah dalam keadaan berjaga-jaga ke arah pintu almari. Dibuka pintu almari sambil mengerling ke belakang. Affan tahan diri dari ketawanya terlepas.
Di sebalik comforter itu tajam mata Afaf memerhati tindak tanduk Affan yang sedang membongkok mencari sesuatu dalam almari. Seharian Affan membiarkan dia di dalam bilik untuk berehat. Namun, sehingga kini dia belum berani nak berhadapan dengan Affan.
Sewaktu Affan masuk ke dalam bilik tadi, dia berpura-pura tidur. Fikirnya mungkin Affan akan mandi kerana sudah hampir waktu malam. Dia hanya melihat dengan ekor mata ketika langkah kaki Affan hendak keluar semula. Baru dia nak menarik nafas lega, Affan kembali membalikkan tubuh.
Dia cepat-cepat sorokkan tubuh dalam selimut sebaik dia rasa langkah Affan kian menghampiri. Nafas terasa pendek bila dia dapat rasa katil tenggelam dan makin dia tahan nafas bila tubuh Affan kian menghimpit. Bau wangi dari tubuh Affan menyapa hidung. Sempat akal dia berfikir, Affan ni sembur minyak wangi banyak mana sampai ke petang bau lagi. Dia curi-curi bau badan sendiri. Eeee.... tak wangi pun. Sebab dia tak mandi lagi memang lah tak wangi.
Sampai bila entah dia nak menyorok sedangkan hanya ada dia dan Affan saja di dalam rumah itu. Afaf bukannya apa dia masih malu dengan Affan pasal kes kena dukung itulah.
Sejak mereka sampai tengah hari tadi, mereka tidak keluar pergi mana-mana pun. Dia ada juga menghalau Affan supaya Affan keluar dari rumah, bersiar ke, pergi cafe teman Khairil ke, balik rumah abah ke? Tetapi Affan berkeras hendak menemani dia berehat saja di rumah.
YOU ARE READING
AFFAN_ADRA | In Editing
Romance'Dia adalah amanah yang akan aku jaga sehingga akhir hayat.' Afaf Adra binti Mohd Azhar. Seorang gadis yang bertubuh berisi dan mempunyai gummy smile. Dan penampilannya juga tidak menarik. Dalam diam dia menyukai seorang lelaki yang dia temui di ca...