Part 60

3.4K 128 3
                                    

Afaf menjatuhkan kedua lutut. Tubuh Harazz yang berusia 4 tahun itu dibawa ke dalam pelukan. Dia baru saja mandikan Harraz sementara menunggu waris kanak-kanak itu datang. Terpejam mata Afaf sebaik saja wangian budak berusia 4 tahun itu meneroka hidung. Wangi membuatkan Afaf mula berangan sendiri. Hanya tinggal beberapa bulan lagi. Selepas itu, dia dapat peluk anak sendiri.

"Teacher Afaf.." Lamunan Afaf tercantas.

"Teacher kenapa nangis? Harraz ada buat teacher sakit?" Polos Harazz bertanya. Jemari kecilnya naik mengusap pipi Afaf yang terdapat cecair hangat. Afaf pula terkedu. Terdiam dia untuk beberapa saat. Tidak sedar bila cecair itu menitis.

"Nah, Harazz bagi ubat dekat teacher.." Kucupan di pipi Afaf membuatkan senyuman Afaf kembali lebar mengingatkan dia pada Affan. Lelaki itu sering kali memberikan dia ciuman hangat di wajah andai dia bersedih. Nampak saja wajah dia yang murung, laju saja Affan melabuhkan ciuman di pipi dan mengucapkan kata cinta.

"Kesayangan, cengeng sangat sejak-sejak akhir ni, kenapa?

"Hari ini apa lagi salah abang sayang?"

"Abang minta maaf sayang. Abang ada buat sayang nangis lagi hari ni, ya?"

Mahunya Afaf tidak rasa terharu. Affan selalu mengutamakan dia terlebih dahulu. Dia pula cepat saja nak menangis. Ibarat kaki tangan dia tidak berfungsi. Sekecil-kecil benda yang dia cuba sembunyikan dari Affan, laju saja Affan mengetahui. Setiap kali dia melihat atau teringin sesuatu, cepat saja Affan tunaikan.

"Tak perlu cakap, sayang. Abang tahu sayang nak, tapi sebab Adra takut susahkan abang, Adra tak cakap dengan abang. Abang sayangkan Adra sebab itu abang akan buat apa saja untuk Adra. Adra isteri abang, sayang. Tanggungjawab abang untuk bahagiakan bidadari dunia akhirat abang."

"Teacher..." Berkali-kali Harazz memanggil. Afaf kembali tersedar. Wajah polos Harazz sangat mencuit hatinya.

"Mana ada sayang. Teacher okay aje ni." Afaf picit pipi bulat Harazz. Sudahlah Harazz ni putih melepak, Tubuh pula berisi, memang sedap peluk.

Luth Harazz bin Luth Adib. Setiap kali Afaf menatap wajah itu, dia bersimpati kepada Harraz. Membesar tanpa kasih sayang seorang ibu pada usia setahun lebih. Apa yang diberitahu Kak As, ibu kanak-kanak itu meninggal dunia akibat kanser. Namun, Harazz membesar menjadi seorang kanak-kanak yang bijak persis Anggun. Sangat matang dan wajah itu langsung tidak menunjukkan riak sedih setiap kali kanak-kanak itu melihat ibu dan bapa yang mengambil kawan-kawannya di tadika. Apa yang boleh dia samakan di sini, mereka dibesarkan oleh susuk seorang ayah yang hebat. Tidak sabar dia untuk melihat bagaimana pula anak mereka dibesarkan oleh Affan.

"Sorry teacher. Lepas ni Harazz peluk teacher slow-slow.." Pecah tawa Afaf mendengar jawapan Harazz. Tubuh tembum Harazz dibawa ke dalam pelukan semula. Kejap dan ketat sehingga Harazz kembali menghamburkan tawa. "Teacher geram betul dengan kamu ni. Tembun sangat."

"Mohd Luth Harazz..." Panggil satu suara dari belakang membuatkan pelukan Afaf terlerai. Afaf segera bangun. Sambil memimpin tangan Harazz, langkah diayun menghampiri Puan Habibah. Tangan dihulur untuk bersalam. Huluran Afaf disambut.

"Kamu ni menantu Ustaz Fathi, kan?" Soal Puan Habibah. Tersenyum lebar Puan Habibah melihat Afaf. Sebelum ini, dia kenal Afaf hanya dari mulut Luth Harazz. Cucunya sering kali memuji Afaf sehingga dia tertanya bagaimana sebenarnya Afaf. Budak-budak memang jujur orangnya.

Anak lelaki dia juga sering memuji Affan. Siapalah yang tidak mencemburui seorang lelaki yang dibesarkan dalam didikan agama. Dan sedikit sebanyak dia bersyukur Luth Adib juga mula berjinak-jinak dengan ceramah agama. Sehingga hari ini dia belum berjumpa lagi dengan menantu Ustaz Fathi. Keluarga itu memang dihormati dan disenangi bukan hanya kerana baik namun anak lelaki Ustaz Fathi yang sering menjadi bualan hangat di antara anak muda membuatkan dia teringin melihat siapa yang menjadi pilihan lelaki itu.

AFFAN_ADRA | In EditingWhere stories live. Discover now