"Bangun, nak..."
Affan tersentak saat terasa bahunya disentuh lembut. Affan mula bangkit dari sujud. Tidak sedar dia merintih dan berdoa terlalu lama akan Afaf dipermudahkan dalam urusan bersalin sehingga tidak sedar dia terlelap sewaktu dalam sujud. Setelah memberi salam, Affan meraup muka. Peluh yang merenek di dahi diseka dengan belakang tangan. Bibir tidak sudah beristigfar. Mimpi. Hanya mimpi. Affan meliarkan mata di sekeliling.
"Puan, Suami puan tu okay ke? Risau saya tengok dia meracau dalam sujud." Jururawat yang bernama Liyana bersuara. Afaf hanya mengangkat bahu. Nasi goreng disuap ke dalam mulut sambil melayan kesakitan yang berselang seli datang.
"Kamu okay ke Affan? Dari tadi saya cuba kejut kamu tak bangun-bangun. Teruk sangat ke kamu bermimpi tu?"
Terasa darah menyerbu ke muka. Merah padam. Rupanya doktor Asiah yang menyentuh bahunya tadi. Doktor yang akan menyambut kelahiran anaknya nanti. Dan juga dua orang jururawat yang turut berada di situ. Mereka sedang tersenyum sambil berbisik sesama sendiri.
"Saya minta maaf doktor." Affan segera bangun. Sejadah dilipat sebelum diletakkan di atas kerusi di situ. Beberapa hari ini memang dia tidak cukup tidur kerana menjaga Afaf. Mungkin penat badan serta hati sedikit resah memikirkan segala kemungkinan yang berlaku. Mana tidaknya Afaf sering bercakap hal yang pelik-pelik.
Doktor Asiah hanya menggeleng kecil. Nak gelak tapi dia tahu mungkin lelaki itu gemuruh memandangkan ini anak pertama.
Tidak lama pintu wad terbuka. Tergesa-gesa Encik Fathi melangkah masuk diikuti Puan Aida, Puan Hajar dan Anggun.
"Saya dengar suara anak saya dari luar tadi. Cucu menantu saya semua okay ke?" Elok pula Encik Fathi melihat menantu dia yang sedang elok bersila sambil makan. Wajah Affan pula masih kelihatan cuak.
"Masa kami masuk nak check Puan Afaf, suami puan tengah solat. Kami biarkan ajelah sementara nak tunggu. Tapi, kami kejut banyak kali, tak terjaga juga. Entah mimpi apa anak ustaz seorang ni." Seorang jururawat bernama Nadia bersuara.
"Sayang okay?" Affan mengemam bibir. Dia mengambil tempat di sisi katil Afaf. Malu tak tahu nak letak muka dekat mana. Entah berapa lama dia terlena dalam sujud tadi.
"Okay ajelah. Abang tu kenapa?" Afaf jongket kening bertanya. Terkejut dia apabila Affan tiba-tiba meracau. Nak bangun tolong kejutkan Affan, dia tak larat. Jadi, dia minta Doktor Asiah yang tolong.
Affan tidak membalas. Dia merenung isterinya yang sedang mengunyah sambil mata terarah pada siaran cartoon di television yang terpasang di dalam ruangan wad itu.
Lega hati Affan melihat bekal yang dia masak berselera Afaf makan. Jam di pergelangan tangan di belek. Hampir pukul 3 petang. Mereka mendaftar masuk tadi dalam pukul 10 pagi memandangkan Afaf sudah mengadu sakit sejak pagi tadi. Dan hampir setiap jam, jururawat akan memeriksa keadaan Afaf. Namun, belum sampai masanya lagi.
"Jangan malukan Adra, abang. Orang tengah sakit push anak dia keluaq, boleh pula tidoq." Afaf menarik nafas dalam apabila rasa sakit datang. Bekas nasi goreng yang tinggal separuh ditutup kembali.
"Sungguhkah? Mana abang nak letak muka ni sayang?" Affan jatuhkan kepala pada leher Afaf yang berlapik tudung. Disedut bauan dari tubuh Afaf. Dia masih resah tetapi melihat keadaan Afaf begitu membuatkan hati sedikit lega.
"Abang, Adra rasa..." Baru Afaf nak membaringkan tubuh semula, dahinya kembali berkerut menahan sakit yang luar biasa. Semakin kuat pula kesakitan itu mencucuk-cucuk di bahagian bawah. Dia rasa sudah sampai masa.
Affan panggung kepala. Melihat dahi Afaf sudah dibasahi peluh dan wajah Afaf yang berkerut-kerut membuatkan Affan kembali panik.
"Afaf dah nak beranak." Serentak Puan Hajar dan Puan Aida bersuara.
YOU ARE READING
AFFAN_ADRA | In Editing
Romance'Dia adalah amanah yang akan aku jaga sehingga akhir hayat.' Afaf Adra binti Mohd Azhar. Seorang gadis yang bertubuh berisi dan mempunyai gummy smile. Dan penampilannya juga tidak menarik. Dalam diam dia menyukai seorang lelaki yang dia temui di ca...