Bab 01 - RAYYAN MIKHAEL

13.1K 287 9
                                    

Riang sungguh Mya menyanyi di awal pagi sambil menyiram bunga di halaman rumah majikannya. Hampir 2 tahun rutin harian paginya sebegini. Dan hampir 2 tahun juga si Mya bekerja dengan Datin Rosdina sebagai pembantu rumah.

"Mya"

Terkejut Mya tatkala namanya di panggil dari arah belakang. Dia menoleh dengan pantas ke arah belakang.

"O..oh? Datin? Ehehe." Mya tersengih. Wayar getah air di halakan ke tepi.

"Sedap nyanyinya tu? Ada apa apa ke?" Datin Rosdina mula mengusik. Kening digerak gerakkan sambil mengukir senyuman senget.

"Eh.. tak ada la Datin.. saya cuma ambil aura pagi sambil siram bunga ni je ha" jawab Mya yang masih tersengihnya itu.

Datin Rosdina mengulum senyuman.

"Datin nak apa apa ke? Saya boleh buat sekarang?" Mya mula menyoal.

"Oh tak! Saya cuma nak bagitahu awak.. pukul 11 pagi nanti anak saya sampai rumah.. so saya nak awak kemaskan bilik hujung sama baris dengan bilik awak tu ye?"

"Anak datin?"

"Haah."

"Bila masa datin ada anak? Saya tak tahu pun?"

Datin Rosdina ketawa kecil.

"Ada. Cuma saya je tak bagitahu awak.. dia belajar dekat UK.. so memandangkan dah habis study dekat sana.. saya suruh la dia balik sini."

Mya menggangguk faham.

"Tapi awak kena ingat tau.. dia tu jenis cakap tak jaga hati dan perasaan orang.. cakap main lepas je.. jadi saya harap awak dapat uruskan dia dengan baik la eh? Sebab saya tak ada dekat rumah, saya ada meeting dengan client.. pukul 3 petang macam tu saya balik. Okay?"

"O.. okay datin. Arahan diterima" balas Mya sambil jarinya membuat gaya 'ok'.

Datin Rosdina mengukir senyuman sebelum dia mengangkat kaki melangkah ke arah kereta.

Masuk sahaja Datin Rosdina dalam kereta, Mya menghela nafas lega. Ingatkan apa la tadi. Selepas itu, dia menilit jam di pergelengan tangannya.

"Datin cakap dia datang pukul 11 kan? Sekarang dah pukul 8:42.. hmm kemas sekarang la" omel Mya seraya meletakkan semula wayar getah itu di tempat asal dan menutup air.

Kaki mula di hayun ke arah pintu lalu melangkah masuk. Dia mula mendaki tangga untuk naik ke tingkat atas.

"Hmm.. datin cakap bilik tu sebaris dengan bilik aku kan?" omel Mya setelah dia tiba di tingkat atas itu. Dia melihat pintu bilik tidurnya dan pintu bilik kosong di hadapan biliknya itu bersilih ganti.

Tangan mula naik membuka tombol pintu.

"Eh? Tak kunci rupanya.. mungkin datin dah bukakan untuk aku kemas bilik ni?" andaian Mya. Setelah pintu bilik itu dibuka. Mulutnya perlahan lahan terlompong luas.

"W.. wahh.. apa sal semua hitam ni? Premium betul bilik ni?" puji Mya sebaik sahaja dia melangkah masuk ke dalam bilik itu.

Mana tak terkejut kalau bilik yang dia pernah jumpa lain dari yang lain. Selalunya bilik berwarna cerah cerah gitu. Macam bilik aku. Warna pink. Kan cantik lawo gitu. Ni hitam? Bosan. Tapi.. cantik.

RAYYAN MIKHAEL [✔︎]Where stories live. Discover now