Bab 07 - RAYYAN MIKHAEL

4.5K 133 2
                                    

Kepala Mya hanya menunduk memandang lantai sahaja apabila Datin Rosdina menatapnya sungguh lama. Ni rasanya dah masuk minit ke 7. Tak sakit ke mata dia pandang aku tanpa kelip dari tadi?

"Awak ada hubungan apa apa dengan Rayyan ke, Mya?" Datin Rosdina mula bersuara sambil menyilang tangan pada dada.

Mya merespon dengan gelengan kepala. Mata pula tidak berani mahu melihat wajah majikannya itu. Sungguh menyeramkan.

"Kalau tak ada pape.. kenapa saya tengok korang berdua rapat semacam? Hm?" soal Datin Rosdina lagi.

"K..kan datin suruh saya jaga dan tengok tengokkan Encik Rayyan?"

"Memang la. Tapi cara awak macam.. ada hubungan dengan dia je?"

"Eh! Tak ada lah datin. Buat apa saya nak ada hubungan dengan anak majikan saya sendiri? Lagipun tahap saya dengan dia jauh bezanya datin" ujar Mya yang bersungguh sungguh itu.

Datin Rosdina mengecilkan mata sebelum dia mengangguk kepala.

"Okay. Kalau macam tu la awak cakapkan.. tak apa.. saya percayakan awak."

Mya menghela nafas lega. Bibir pula perlahan lahan mengukir senyuman.

"Terima kasih datin." Mya membongkokkan badannya 3o darjah tanda hormat pada majikannya itu.

"Sama sama. Saya naik atas dulu" pamit Datin Rosdina seraya melangkah pergi meninggalkan Mya.

"Datin!"

Langkah Datin Rosdina terhenti tatkala jeritan kecil dari si Mya dari arah belakang. Dengan itu, Datin Rosdina langsung memusingkan badannya menghadap Mya.

"Yes?" respon Datin Rosdina dengan kening terangkat sebelah.

"Malam ni datin nak makan apa? Saya masakkan."

"No thanks. Malam ni saya ada dinner. Jadi awak masakkan untuk Rayyan sorang je la ye?"

"Ooo. Okay datin."

Datin Rosdina mengulum senyuman sebelum dia memusingkan badannya ke hadapan dan terus mengatur langkah keluar dari dapur lalu menuju ke arah anak tangga.

Mya menghela nafas lega lagi. Wahh naik meremang bulu roma aku.

"Kemain pucat mukanya tu dik? Okay ke?" usik Rayyan sebaik sahaja dia keluar dari disebalik dinding dapur itu.

Mya menyepetkan mata melihat Rayyan yang tertawa itu. Ni kalau aku tumbok muka dia ni habis hilang kekacakkan pada wajah dia tu.

Malas nak layan, Mya langsung melangkah melintasi Rayyan.

"Eh kejap!" Rayyan menyambar pergelengan tangan Mya. Namun, pantas Mya menariknya lalu melirik ke arah anak tangga.

"Jangan la pegang pegang saya! Nanti mama awak tengok!" amarah Mya dengan dahi berkerut kerut itu.

Rayyan turut melirik ke arah anak tangga sekilas sebelum dia kembali memandang Mya.

"So? Biar la dia tengok? Apa masalahnya?"

"Tak boleh la. Mama awak dah fikir bukan bukan dah pasal kita.. ada ke tadi dia tanya saya yang saya ni ada hubungan dengan awak.. saya terus la cakap tak ada" beritahu Mya tentang kejadian sebentar tadi.

"Kau cakap tak ada?" Rayyan menjongket sebelah kening.

Mya mengangguk laju tanpa sedikit pun rasa takut.

Maka dengan itu, anak mata Rayyan mula menatap lama pada wajah Mya lalu tertawa sinis secara perlahan. Seterusnya, kaki Rayyan juga mula melangkah mendekati Mya dengan anak matanya masih setia lurus memandang wajah gadis kecil itu.

RAYYAN MIKHAEL [✔︎]Where stories live. Discover now