Tiba di bangunan milik Rayyan, Rayyan melangkah masuk ke dalam dengan mendukung Mya bergaya bridal style.
"Eh! Tu bukan boss ke?" seloroh Giey sambil menunding jari ke arah Rayyan.
Fendi yang tidak berhenti ketawa sambil bermain dengan kad terup itu pantas berpaling ke arah belakang.
"Haah la. Tapi dah kenapa basah kuyup macam tu sekali?" kata Fendi pelik.
"Kan dekat luar sana tu hujan? Memang sah la basah kuyup macam tu.. kau pun tahu kan boss tu sejenis naik motor datang sini?" ujar Giey menjelaskan sedikit tentang Rayyan itu kepada Fendi.
"Oh? Dekat luar hujan eh?" Pantas Fendi menjenguk ke arah tingkap.
"Ha itu la kau.. fokus sangat nak menang sampai hujan turun pun kau tak perasan."
Fendi menjeling Giey manja.
"Tapi kan.. boss bawak siapa tu?" tanya Giey seraya kembali memandang ke arah pintu bilik Rayyan yang sudah tertutup rapat itu.
"Eh? Kau tak kenal ke?"
Giey menggeleng perlahan dengan mata membulat kecil.
"Senang betul kau hilang ingatan? Tu Mya la.. bakal isteri boss kita nanti.. dah lupa?"
"Oh ye ke? Kenapa nampak lain?"
"Lain apanya? Sama je aku tengok?" balas Fendi dengan dahi berkerut itu.
"Tak.. dia macam.."
"Haa kau.. jangan nak bukan bukan eh? Aku pantang orang cam gini cakap malam malam macam ni" amarah kecil Fendi. Terasa dirinya mula tidak senang duduk.
Giey tertawa. Idea mengusik tiba tiba muncul dalam kepalanya.
"Bahh!"
"Aaa!" Hilang habis suara jantan Fendi apabila jeritannya itu sebijik kedengaran seperti perempuan menjerit.
Giey memandang Fendi tidak percaya lalu perlahan lahan dia mula tertawa.
"Di.. teruk do kau jerit.."
"Argh!! Diam la kau! Main la sorang sorang!! Malas aku nak layan kau!" Fendi mula bangun dari duduk lalu melangkah menuju ke arah bilik meninggalkan Giey seorang diri sahaja di meja itu.
"Laaa.. Fendi! Rileks la! Aku gurau jee!" jerit Giey tetapi Fendi buat tak endah sahaja dengan jeritan Giey itu.
Manakal situasi Rayyan telah pun meletakkan tubuh badan Mya di atas sofa. Dia membetulkan sedikit baju Mya yang terselak itu sebelum dia bangun dan berjalan ke arah almari.
Nasib baik la bangunan miliknya ini semua sedia ada. Tak ada la kalut nak cari barang kepentingan nanti.
Rayyan mengambil selimut kecil dalam almari lalu bawa ke arah Mya. Tubuh gadis itu diselimutkan. Kepala Mya di usap lembut dengan anak matanya tidak lepas melihat wajah pucat Mya.
"Suruh Fendi beli bubur la kejap buat Mya" gumam Rayyan seraya bangun dari duduk. Dan tiba tiba, kelakuan Rayyan terbantut apabila Mya menyambar pergelengan tangannya.
"Jangan tinggalkan saya please.." rayu Mya dengan lemah. Mata sedang sedang sahaja mahu membuka.
Rayyan tersenyum.
"Aku tak pergi mana pun.. aku just nak suruh Fendi belikan kau makanan je" beritahu Rayyan dengan lembut.
Mya menggeleng kepala sambil merengek. Manja betul Mya tiba tiba ni.
Rayyan tertawa geli hati tatkala buat pertama kalinya Mya berkelakuan sebegitu terhadap dirinya.
"Okay la. Aku tak tinggalkan kau." Rayyan mengalah. Mengalah dengan kecomelan Mya. Seterusnya, dia mula duduk di atas lantai. Tangan kanannya digenggam erat oleh Mya bagaikan tidak mahu lepas.
YOU ARE READING
RAYYAN MIKHAEL [✔︎]
Action"Kau jangan jadi bebal sangat boleh tak?" - RAYYAN MIKHAEL "Sampai hati panggil saya bebal.." - MYA ELMIRA "Dah kau bebal nak buat macam mana?" - RAYYAN MIKHAEL RAYYAN MIKHAEL adalah lelaki yang bila berbicara langsung tidak menjaga hati dan perasa...